Rabu, April 28, 2010

Praktikum




Alhamdulillah... sudah lama rasanya saya tidak update blog ini. InsyaAllah,, kali ini, saya akan kongsi sedikit pengalaman yang saya perolehi sepanjang saya berpraktikum..
Saya berpraktikum di SK Tok Raja, Jertih, Terengganu selama sebulan bermula dari 21 mac hingga 15 April 2010. Satu pengalaman yang amat bermakna buat diri saya sebagai seorang bakal pendidik pada 2 tahun akan datang, insyaAllah.

Serba sedikit mengenai SK Tok Raja. Sekolah ini memiliki bilangan guru yang tidak berapa ramai, iaitu seramai 4 orang guru lelaki dan 8 orang guru wanita. Jadi, jumlahnya hanya 12 orang. Murid-murid pula tidaklah berapa ramai kerana setiap tahun hanya memiliki satu kelas dan purata murid untuk sekelas Cuma 30 orang. Sekolah ini masih lagi dalam proses pembinaan kerana kerja-kerja untuk mebina bangunan baru baru sahaja bermula.

Saya bersama 3 lagi rakan ditempatkan di sekolah ini. Pada mulanya, kami agak terkejut dan sedih melihat keadaan sekolah yang agak menyedihkan dan tidak sedap untuk mata memandang. Ini desebabkan beberapa bangunan dirobohkan dan hanya ada 3 blok bangunan yang digunakan sebagai kelas dan pejabat. Kantin sekolah dijadikan kelas untuk prasekolah,tahun 2 dan tahun 3. Manakala, garaj parking untuk kenderaan guru dijadikan kantin.

Tetapi setelah mula berada di SKTR ini, rasa sayang khususnya kepada murid-murid makin bertambah. Kerana jumlah mereka yang tidak begitu ramai, maka hubungan mesra mudah berlaku antara kami dan murid-murid. Banyak kenangan manis yang kami alami bersama murid-murid di SK Tok Raja ini. Hubungan kami dengan Guru-guru juga seperti rakan karib. Lebih-lebih lagi guru lelaki. Maklumla, guru lelaki Cuma 4 orang. Begitu juga guru wanita yang mesra dan menganggap kami seperti anak-anak kerana umur kami sebaya dengan umur anak-anak mereka.

Di SKTR, saya telah diamanahkan untuk mengajar murid tahun 5 untuk subjek matematik. Di sekolah ini, setiap tahun hanya mempunyai satu kelas. Ini bermakna, dalam kelas yang sama terdapat murid-murid yang berbeza tahap dan kemampuan mereka. Ini merupakan tugas yang agak mencabar buat diri saya kerana saya perlu menyediakan pengajaran yang berbeza dalam waktu yang sama agar semua murid mampu menerima apa yang saya ajar.


Dalam kelas yang saya ajar, ada beberapa murid yang tidak tahu membaca kerana berasal dari kelas pemulihan ketika tahap 1. Ini menyukarkan saya untuk mecapai objektif dan hasil pembelajaran. Tetapi, hati dan perasaan saya sayu dan kagum kerana murid-murid yang tidak tahu membaca dan lemah dalam matematik amat bersungguh-sungguh untuk mengikuti pembelajaran bersama saya. Mereka selalu meminta agar saya mendekati mereka dan menerangkan apa yang saya ajar dan amat bersungguh-sungguh untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti. Apa yang melucukan, ketika ditanya dan diminta untuk menjawab soalan, hampir semua murid mahu menjawab. Tetapi, apabila dah berada di hadapan, rupa-rupanya mereka langsung tidak dapat menjawab, bahkan mereka pula bertanya pada saya apa yang mereka perlu buat. Barulah saya faham bahawa sebenarnya mereka ingin mendapat perhatian dari saya, guru baru mereka.

Apa yang paling menggembirakan dan menyedihkan adalah semasa saat kami hendak berpisah. Saya sangat hairan kerana, semua pelajar-pelajar nakal sepanjang sebulan saya berada di sini, tiba-tiba berubah menjadi sangat manja dan mesra. Contohnya, ketika bergambar mereka berebut-rebut memeluk erat dan raut wajah mereka langsung tidak menggambarkan kenakalan mereka selama ini. Mereka kelihatan kesedihan. Ini merupakan pengajaran yang amat saya hargai kerana baru saya sedar bahawa selama ini mereka hanya inginkan perhatian dari guru mereka. Dan seperti biasa, banyak hadiah yang kami perolehi dari murid-murid tanda penghargaan mereka.

...............................................

Sesungguhnya banyak pengalaman yang saya timba sepanjang menjalani praktikum. TUGAS sebagai MURABBI, MUALLIM dan MUADDIB cuba saya aplikasikan dan amalkan..

Bagaimana pula dengan tugas MUALLIJ??? Alhamdulillah saya menggunakan ilmu yang sangat sedikit ini dengan membantu beberapa orang guru dan pekerja di sekolah atas permintaan mereka. Hampir semua kes yang saya sempat rawat berkaitan dengan gangguan makhluk halus . Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya merawat.

Walau apa pun, semua perjalanan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang berada di SK Tok Raja ini, tidak lain tidak bukan adalah perancangan dan percaturanNya jua...


ALHAMDULILLAH..

SEKIAN...



9 ulasan:

syazwan safwan berkata...

Muallij..
kosa kata baru bagi saya..
Tq cikgu Ubai..

Muhammad Ubaidullah berkata...

Sama2,,,

Sekarang perawat islam pakai gelaran Muallij(perawat). nak bezakan antara bomoh dan perawat islam..


4M

Murabbi
Muallim
Muaddib
Muallij

bella pinky berkata...

alhamdulillah...
teringin nk g praktikum gop~~=)

bella pinky berkata...

alhamdulillah..=)
tahniah cg ubai..gud job.
teringin nk g praktikum gop=)..

Muhammad Ubaidullah berkata...

Bella: Terima kasih..

Sabar2.. nanti sampai la giliran cikgu bella pulak..hehe

bagi r kami yg dah lama masuk IPGKSM ni kuor dlu.. =)

Kawan Lama berkata...

Bestnya jadi cikgu...

Muhammad Ubaidullah berkata...

To Bukhari:

Best tu,, best jugak.. hehe..
Meh r skali... Tp,, qori dah nak jadi ahli farmasi..=)

Bukhari berkata...

Dakpe la...aku support dari plkg je..hehe

Muhammad Ubaidullah berkata...

hehe.. support guane tu qori?? =p

Blanje2 bereh gok,, ke guane??hehe

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template