Isnin, Disember 21, 2009

Majlis Ijtima’ Perawat Akrine (MIPA) 2009








Alhamdulillah,,,, segala pujia-pujian hanyalah untukNya kerana dengan rahmat dan belas kasihannya masih diizinkan kita untuk terus hidup di muka bumi ini. Selawat dan salam atas kekasih kita Nabi Muhammad kerana dengan penat lelahnya dalam dakwah telah menyebabkan kita merasai nikmat iman dan islam sekarang. Pada 19hb Disember telah berlangsungnya program MIPA di Akrine, kuang, Selangor. Dan syukur saya berpeluang mengikuti program ini.

Perjalanan saya bermula dari kuala Terengganu dengan menaiki bas pada malam 18hb. Jutaan terima kasih kepada sahabat saya saudara hezri yang berada di klang,Selangor kerana sudi menjemput di terminal klang dan menumpangkan saya di rumahnya. Saya telah berkenalan dengan Hezri semasa Kursus rawatan di Akrine pada julai lepas. Dan hezri telah menjemput saya di terminal bas klang jam 5.30pagi.


Rasanya ini kali
pertama saya menjejak kaki ke klang selepas tahun 2005 ketika menuntut ilmu di klang. Kemudian kami solat subuh di masjid sebelum di bawa ke rumahnya. Pagi itu kami bersembang dan saudara hezri menceritakan pengalaman2 merawatnya. Banyak sungguh pengalaman dan kes2 yang beliau lalui selepas kursus di akrine. Hebat pengalaman sahabatku ni kalau nak disbanding dengan aku…
Perjalanan dari klang ke kuang memakan masa kira-kira 30minit. Sepanjang perjalanan banyak ilmu yang dikongsi bersama saudara hezri. Alhamdulillah tepat jam 9pagi kami tiba di sana. Kelihatan begitu ramai perawat yang pernah berkursus di Akrine hadir ke MIPA kali ini. Alhamdulillah kehadiran perawat dianggarkan 70 orang.

Sesi
pendaftaran dilakukan dan semua perawat mendapat kad perawat Akrine masing-masing. Saya sebenarnya tidak sabar untuk bertemuperawat-perawat ‘otai’ yang akan turut hadir dalam MIPA 09 ini seperti ustaz wan asrul TIAF, ustaz abu mujahid, ustaz fahruddin dan wan RAINS, ustaz Azrin dan lain-lain

Majlis Ijtima’ ini bermula selepas ketibaan Tuan Guru Akrine, Ustaz Abdul Majid ke dewan majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan kemudiannya ucapan Perutusan MIPA 09 dari tuan guru sendiri.. Perutusan pada kali ini menekankan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh para perawat.

Konsep Niat, Doa, Ruqyah
dan Tindakan/Teknik amat dititikberatkan dalam proses merawat. Perutusan sempena MIPA bolehlah dirujuk di blog akrine,,, http://akrine.blogspot.com/ .



Pengerusi Majlis,Ustaz Zed


Perutusan MIPA 09 oleh Ustaz Abdul Majid


Selain itu, Teknik rawatan terbaru iaitu Akrionic juga diperkenal dan diterangkan oleh pencipta Akrionic ini.



Pencipta Akrionic..


Pengalaman merawat turut dikongsi oleh beberapa perawat iaitu oleh Cikgu Sarji AkrineBera, Ustaz Marzuki dan Ustaz Wan Asrul TIAF.


Khusyuk mendengar cerita pengalaman merawat


Fokus

Alhamdulillah sempat juga saya berjumpa dan bersembang dengan perawat2 ‘otai’ yang hadir di MIPA kali ini.

Antaranya Ustaz Azrin (http://www.urutbatinrawatsihir.com/) dari urut batin dan rawat sihir. Beliau seorang yang cukup sederhana. Ustaz Azrin menegaskan bahawa dalam menuntut ilmu perlulah ada pengorbanan barulah ilmu itu dihargai. Ini berdasarkan pengalaman beliau. Pada mulanya beliau menganjurkan kursus secara percuma, tetapi malangnya ianya dilihat tidak dihargai oleh pelajar. Oleh itu, beliau menetapkan bayaran jika ingin belajar atau kursus dari beliau.

Ustaz Fakhruddin RAINS (http://prainurusyifa.blogspot.com/) juga sempat saya “temu ramah”. Pada mulanya saya lihat Ustaz RAINS agak pendiam, tetapi selepas didekati beliau seorang yang mudah mesra dan serius orangnya. Beliau menyatakan bahawa sesungguhnya beliau mendapat peringatan dan teguran dari Allah kerana beliau baru je "sangkut pakaian perawat”.

Saya juga berpeluang mendekati ustaz Wan Asrul TIAF (http://terapi-alfatah.blogspot.com/) . Ustaz Wan Asrul seorang yang memiliki ilmu yang tinggi dalam ilmu perubatan.Menurut beliau, sudah hampir 19 tahun beliau mendalami ilmu perubatan ini. Antara ilmu menarik yang sempat dikongsi oleh beliau ialah cara memagar rumah dari toyol dan orang minyak. Menurut beliau juga segabai perawat dalam mengamalkan sesuatu ayat, perawat perlu tahu niat mereka samada “untuk atau kerana”. Beza Istilah “Untuk” dan “kerana” perlulah diperhalusi. Selain itu dalam berzikir kepada Allah juga ditimbulkan istilah “INGAT dan SEBUT”.

Sebelum balik ke klang, sempat juga saya berbual dengan Ustaz Abu Mujahid (http://abumujahid-urduni.blogspot.com/) berkenaan kursus anjuran TIAF di Kelantan pada 26hb ini. InsyaAllah saya akan menghadiri kursus ini. Ustaz bertanggungjawab dalam menguruskan penganjuran kursus ini khusunya menyediakan tempat,promosi dan lain2.

Gambar-Gambar yang sempat diambil:


Berkongsi ilmu


Berbincang dan berkongsi ilmu




Bersalaman sebelum berpisah



Tunggu giliran nak bersalaman


Sesungguhnya banyak ilmu dan kenalan yang diperoleh sepanjang program MIPA 09 ini. I’Allah program ini akan menjadi program tahunan di AKRINE..


Khamis, November 19, 2009

Selamat Bercuti..





Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,,, dengan izin kurniaNYA berjaya juga kami semua pelatih guru di IPGM KSM dan IPGM lain melalui peperiksaan...

Dan bermulalah cuti bagi semester ini...19/11/09 hingga 2/1/10

Semoga cuti ini digunakan sebaik mungkin..

Diri ini pula mengharapkan segala program yang telah aku rancang berjalan dengan lancar...

InsyaAllah,, jika ada ruang dan peluang akan aku coretkan apa yang aku buat sepanjang cuti ini,,,..

Dan seseungguhnya DIA jugalah sebaik-baik perancang...

Akhir kata,, selamat bercuti kepada semua dan selamat merancang cuti anda dgn sebaik-baiknya...


p/s: selepas ini aku akan berangkat ke Tanjung Chap, Bachok untuk Mukhayyam bersama ahli2 usrah di IPGM KSM selama 2 hari...


Sabtu, November 07, 2009

Salam...





Assalamualaikum....

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua khususnya kepada pelatih2 di semua IPGM.

Semoga Allah memberi kejayaan kepada kita semua..





FIKRAH PERJUANGAN ISLAM

FIKRAH PERJUANGAN ISLAM

Bahan Bacaan Untuk Memantapkan Kefahaman Berkenaan Tajuk Ini
Dakwah Islamiah : Ciri dan Matlamatnya – Abdullah Nasih Ulwan.
Manhaj Hidup Muslim - Sayyid Qutb dan Abu’ A’la Al-Maududi
Ciri-ciri Khusus Masyarakat Islam – Muhammad Abdullah al-Khatib
Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam – Dr Yusof al-Qardhawi
Islam : Fikrah, Harakah & Daulah – TG Hj Abd. Hadi Awang.

Dr Muhd Iqbal …“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap. Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya”

MUQADDIMAH
Manusia dilahirkan secara fitrahnya untuk menjadi pejuang…. Terdapat sifat berpasangan dan berlawanan dalam diri manusia.
Merujuk kepada manhaj perjuangan Islam; matlamat menegakkan u’budiyah kepada Allah dan menolak taghut
Manhaj perjuangan Islam mesti merujuk kepada ciri-ciri Islam; proses menegakkan aqidah dan syariat hendaklah mengikut manhaj yang selaras dengan ciri-ciri Islam.

ISLAM
Agama / Wahyu Allah yang diturunkan kepada manusia melalui perantaraan malaikat Jibril yang mengandungi syariat-Nya.
Al-Quran dan Sunnah/Hadis

PENGUASAAN & KEFAHAMAN
Untuk menjadi orang yang benar-benar hebat dalam memperjuangkan Islam; memahami hakikat Islam dengan baik dan sempurna.

REALITI UMAT ISLAM HARI INI
GHAZWATUL FIKR (SERANGAN PEMIKIRAN)
Menganut ideologi dan fahaman-fahaman sesat dan menyesatkan; nasionalisme, kapitalisme, komunisme, pragmatisme, sekularisme, liberalisme, feminisme, zionisme, hedonisme dll.

FIKRAH PERJUANGAN ISLAM
Timbang tara @ kayu ukur menilai semua perkara.



CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM

RABBANIYYAH (KETUHANAN)
Islam datang dari Allah yang bersifat Rab.
Akan melahirkan mukmin bersifat Rabbani iaitu beriltizam dengan Islam dari segi iktikad, pemikiran, cita-cita, percakapan, dan perbuatan.
Sumber Rabbani; asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat.

SYUMUL
Lengkap dan mencakupi (menyeluruh)
a) dasar dan teras manhaj.
b) kesan pembentukan terhadap manusia yang menerimanya.
c) Pelaksanaan untuk mencapai matlamatnya.

INQILABIYAH
Melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.

ALAMIYAH (UNIVERSAL)
Dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan.
Nilai-nilai Islam bersifat sejagat.
Menjamin hak asasi manusia.

WAQI’IYYAH (REALITI)
Praktikal bukan utopia, semula jadi atau mampu diamalkan oleh semua manusia. (berpijak di bumi nyata)

THABAT DAN MURUNAH
Tetap dan anjal.
Tetap dari segi prinsip tetapi boleh berubah dari segi pelaksanaannya.

Ciri-ciri lain….
Risalah dan jalan penyampaian jelas.
Bergerak mengikut kemampuan.
Melaksanakan hazar (waspada).
Memudah dan jangan menyusahkan.
Tadrij (beransur-ansur)
Menimbang kemaslahatan dakwah demi memenuhi tuntutan syariat.

Sayyid Qutb….”Manhaj ini akan dapat dilaksana jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini. Mereka beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan berusaha untuk menerapkannya dalam hati dan kehidupan mereka. Mereka mengorbankan segala-galanyanya demi merealisasikan matlamat ini….. Melawan hawa nafsu dan menentang sesiapa yang dikuasai oleh hawa nafsu”

SUMBER

http://usrahfikrahdakwah.blogspot.com

Kepemimpinan....

KEPEMIMPINAN YANG BERKESAN DAN BERPENGARUH
“Al-qiadah ul-qudwah”

Maksud pemimpin dan kepimpinan :
Orang yang memimpin
Buku pedoman, petunjuk

Keupayaan(kebolehan, pencapaian) sbg pemimpin,
Daya (tindak-tanduk, kecekapan ) seorang pemimpin.

Silap faham tentang kepimpinan :
Kepimpinan dianggap wibawa, kekuasaan, dominasi atau kekuatan. “Tenangkan dirimu! Kerana sesungguhnya aku bukan raja, Namun aku hanyalah anak seorang perempuan biasa memakan daging kering.” Hadis Nabi s.a.w.
Kepimpinan merupakan jawatan atau kedudukan; sehinggakan untuk memimpin seseorang itu menyiapkan keperibadian lain, jira yang berubah-ubah, dan sifat ini bukan sifat yang asli. Semasa perjanjian Hudaibiah. Abu Sufian berkata “Sungguh sekarang kekuasaan anak saudaramu sudah menjadi agung!”. Abbas menjawab “Sesungguhnya, (kekuasaannya) itu adalah kenabian (bukan kerajaan). Abu Sufian berkata “Jika demikian, betapa indahnya.”

Kepimpinan berkesan dan berpengaruh :
Fungsinya diterjemahkan oleh pemimpin dengan perilaku (interaksi aktif) dalam suasana penuh kewaspadaan dan ketenangan sehingga terlaksana program verja, dan nilai produktiviti meningkat serta akhirnya target dan sasaran dapat dicapai.

Fungsi kepemimpinan
Membantu mencapai target dan sasaran organisasi.
Boleh menggerakkan ahli menuju target dan sasara organisasi.
Mewujudkan interaksi dan keterikatan antara individu dalam organisasi.
Memelihara kekuatan dan kesetiaan organisasi.



Sifat-sifat pemimpin yang menimbulkan kesan atau pengaruh :
Dia merupakan anggota yang baik dalam organisasi.
Dia menyakini kemampuan dan kemahiran setiap anggota.
Mahir berkomunikasi ringan dengan para anggota organisasi.


Jadilah pemimpin yang bijaksana.
Jalan-jalan menuju kebijaksanaan ialah
............baca, fahami dan hayati al-quran ”al-quran hikmah”
……….baca, fahami dan hayati hadis/sunnah “as-sunnah hikmah”
……….mengkaji dan memahami sirah “as-sirah hikmah”
……….meningkatkan kualiti ibadah fardhu
……….meningkatkan ibadah sunat khususnya qiamullail
……….membaca dan meneliti sejarah kehidupan sahabat nabi.
………membaca dan meneliti sejarah kehidupan pemimpin baik; baik muslim atau tidak.
………budaya iqra’ dll.

Khamis, Oktober 29, 2009

PENDEKATAN DAKWAH DENGAN LIDAH DAN QUDWAH

1.0 Pendahuluan

Dakwah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat Islam. Tanpa usaha dakwah masyarakat akan menjadi pincang kerana perkara kebajikan tidak akan berlansng dan kemungkaran akan berleluasa. Namun, persoalan yang timbul ialah; apakah pendekatan yang perlu digunakan dalam melakukan dakwah. Kertas kerja ini menyorot dua pendekatan yang boleh digunakan iaitu dakwah dengan lidah dan dakwah dengan qudwah.

2.0 Pengertian Dakwah

Dakwah bermaksud menyeru dan memanggil. Dakwah yang dimaksudkan di sini ialah seruan kepada manusia untuk menerima Islam dan seruan untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran

Dalilnya ialah firman Allah:

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون

Maksudnya:Hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan (Islam), menyuruh melakukan kebajikan dan mencegah melakukan kemungkaran. Justeru, hakikat dakwah sebenarnya ialah amar makruf, nahi munkar.

3.0 Pendekatan Dakwah Dengan Lidah

Al-Quran menjelaskan, pendekatan dakwah yang perlu dilakukan ialah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Allah berfirman:

ادعوا إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

Maksudnya:Berdakwahlah kamu ke arah jalan Tuhanmu dengan Hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Hikmah mempunyai dua maksud iaitu kebijaksanaa dalam meletakkan sesuatu pada tempatnya dan juga bermaksud sunnah Nabi saw. Nasihat yang baik pula adalah dengan menggunakan lidah. Bergitu juga berbahas dan berdebat memerlukan kemahiran berbicara. Di sinilah pentingnya pendekatan dakwah menggunakan lidah.

4.0 Pendekatan Dakwah dengan Qudwah

Pendekatan yang asas dalam berdakwah ialah dengan qudwah atau tunjuk ajar. Ini kerana manusia lebih terpengaruh dengan apa yang dibuat berbanding apa yang didengar. Justeru itu, para anbiya’ yang membawa dakwah Islam ke seluruh umat ditarbiyah oleh Allah untuk menjadi manusia terbaik yang boleh diikuti oleh manusia. Pendekatan ini menuntut pendakwah menghiasi diri dengan dua perkara iaitu amal dan akhlak.

4.1 Amal Pendakwah

Amal para pendakwah perlu digilap Justeru pendakwah mesti menampilkan diri mereka sebagai

  1. seorang yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat terhadap persoalan ghaib iaitu hakikat alam akhirat, syurga dan neraka dan keyakinan pada janji-janji Allah seperti janji rezki dan kemenagan Islam.
  2. seorang yang prihatin dengan ibadah-ibadah khusus iaitu solat lima waktu, puasa wajib, zakat dan haji.
  3. seorang yang prihatin dengan amalan-amalan sunat seperti solat rawatib, solat dhuha, solat malam, puasa sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya.

4.2 Akhlak Pendakwah

Akhlak pendakwah juga perlu dibina. Justeru pendakwah perlu dilihat sebagai

  1. Seorang yang amanah, merendah diri, pemalu, pemaaf dan tidak lekas marah.
  2. Seorang yang menjaga lidah.
  3. Seorang yang mencintai dan meyayangi orang lain
  4. Seorang yang mengutamakan kepentingan orang lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan

5.0 Dakwah Dengan Lidah

Dakwah dengan lidah memerlukan pendakwah menghiasi diri dengan beberapa perkara iaitu:

  1. Ilmu tentang perkara yang ingin disampaikan.
  2. Kepetahan lidah dalam menyampaikan dakwah.
  3. Bijak dalam mengukur dan melihat tahap ilmu sasaran dakwah.
  4. Bijak menggunakan pendekatan penyampaian yang sesuai berdasarkan sasaran dakwah.

5.1 Ruang Dakwah Dengan Lidah

Antara ruang-ruang dakwah dengan lidah yang boleh dimanfaatkan ialah:

  1. Nasihat menerusi perbualan dan pergaulan seharian
  2. Tazkirah ringkas pada waktu-waktu yang bersesuaian. Antaranya dengan membaca buku-buku nasihat agama yang sesuai pada kesempatan yang terluang seperti selepas solat waktu di surau dan masjid.
  3. pertemuan dalam kumpulan kecil (usrah)
  4. Ceramah, forum dan seminar di rumah, pejabat, masjid dan surau.

5.2 Dakwah Dengan Penulisan

Dakwah dengan penulisan juga adalah sebahagian dakwah yang berkesan dewasa ini. Antara ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan ialah:

  1. menulis tazkirah ringkas untuk diedarkan kepada masyarakat setempat.
  2. mencetak bahan-bahan nasihat yang diperolehi menerusi sumber-sumber yang dipercayai.
  3. menggunakan ruang teknologi maklumat seperti email, blog dan web.
  4. menggunakan ruang penulisan dalam akhbar seperti surat pembaca dan lain-lain.

6.0 Penutup

Para pendakwah perlu meletakkan kerja dakwah sebagai satu usaha mendapatkan redha Allah. Dengan itu mereka perlu bertindak menurut kehendak Allah. Jika tidak amal dakwah hanya akan menjadi sia-sia.

Rabu, September 16, 2009

Nasyid IPGM Zon Timur





Alhamdulillah pada 10hb september yang lalu (khamis) telah berlangsung Pertandingan Nasyid IPGM Zon Timur. Pertandingan ini bertempat di IPGM Kampus Dato' Razali Ismail, kuala terengganu. Pertandingan ini disertai 4 buah IPGM Zon Timur iaitu, IPGM Kampus Sultan Mizan, IPGM Kampus Kota Bharu, IPGM Kampus Dato' Razali Ismail dan IPGM Kampus Tengku Afzan..






Dan sepanjang berlangsung pertandingan ini, inilah keputusannya...




Johan : IPGM Kampus Dato' Razali Ismai


Naib Johan:IPGM Kampus Tengku Afzan


Ketiga: IPGM Kampus Sultan Mizan


Keempat:IPGM Kampus Kota Bharu




Walaupun hanya meraih tempat ketiga, tetapi kami berpuas hati dengan pencapaian ini.


Ini merupakan percubaan sulung kami. Sebelum ini kami hanya bertanding di peringkat IPGM KSM sahaja.. Tambahan pula, kami hanya berpeluang berlatih hanya dalam masa sehari kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan berbanding kumpulan lain yang rata2nya sudah 3minggu memulakan latihan,.




Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian..


Ahad, September 06, 2009

JOM JADI JUTAWAN..


SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 1 PAHALA.SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT 27 PAHALA
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 270 PAHALA .........
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU 18900 PAHALA SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 94500 PAHALA
MARI KITA TUKARKAN DALAM BENTUK RM.SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 1.00
SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT RM 27.00
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 270.00
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU RM 18,900.00
SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 94,500.00 SATU HARI!!!
PAHALA SOLAT DALAM 30 HARI DALAM BULAN RAMADHAN RM 2,835,000.00WOW! MASYA ALLAH KITA SUDAH JADI JUTAWAN HANYA DALAM BULAN RAMADHAN 30 HARI SAHAJA!!!!
NABI SAW MEMBERITAHU SEKIRANYA KITA MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI CONTOH ALIF LAAAAAAM MIIM, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN PAHALA ATAS SETIAPNYA.
SAHABAT PUN BERTANYA SATU PERKATAAN SATU PAHALAKAH?NABI SAW MEMBERITAHU LAGI BUKAN BEGITU, ALLAH SWT MEMBERIKAN PAHALA ALIF 1 PAHALA LAM 1 PAHALA DAN MIM 1 PAHALA.
WOW!!!
BILA KITA BACA AL-QURAN DALAM RAMADHAN INI DAN DITUKARKAN DALAM RM BERAPAKAH JUMLAHNYA?
BAGAIMANA DENGAN ZIKIR, SADAQAH, SOLAT SUNAT, ZAKAT,PUASA, MALAM LAILATUL QADAR DAN LAIN-LAIN LAGI?
SESUNGGUHNYA ALLAH SWT ITU TERAMAT MAHA PEMURAH DAN MAHA KAYA. TIDAK ADA MANA-MANA PERNIAGAAN, PEKERJAAN, MULTI LEVEL MARKETING, JUTAWAN INTERNET DAN LAIN LAIN DALAM DUNIA YANG MAMPU MENAWARKAN BONUS SEBANYAK INI!!!BAGAIMANA DENGAN ANDA?
MASIH NAK JADI PAPA KEDANA ATAU JADI JUTAWAN!!!!! AYUH AJAK KELUARGA, RAKAN DAN YANG LAINNYA MENYERTAI KAMI MENJADI JUTAWAN JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEBELUM TERLAMBAT DAN TARIKH TUTUP SAMPAI.TETAPI SEDIHNYA MASIH RAMAI KITA YANG MAHU MISKIN DIDUNIA DAN MISKIN DI AKHIRAT! MENGAPA?ALAH SWT JUGA MENGAJAR KITA BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA MANUSIA INI SENANTIASA (DIULANGI SENANTIASA) BERADA DALAM KERUGIAN MELAINKAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN JUGA DI DALAM KESABARAN.
TAK GUNA JIKA KITA ADA DEGREE KE, JADI AKAUNTAN KE, MASTER IN BUSINESS ADMIN (MBA) KE, KALAU TAK TAU NAK KIRA UNTUNG RUGI BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT.
JADI MARI KITA LIHAT SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI!!!!!!*SESUNGGUHNYA RM1.00 TAK MUNGKIN SAMA NILAI DENGAN 1 PAHALA ALLAH SWT. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERAPA BESAR NILAINYA SATU PAHALA ITU. RENUNGKANLAH. WALLAHU'ALAM.
SELAMAT BERPUASA,SELAMAT BERAMAL,SEMOGA RAMDHAN INI MEMBERI SATU MAKNA KEPADA KITA. REBUTLAH PELUANG YANG HADIR SETAHUN SEKALI INI SAHAJA. MUNGKINKAH INI RAMDHAN TERAKHIR BUAT KITA TAK SIAPA YANG TAHU.......



dipetik dr:http://ummihumaira.blogspot.com/2009/08/jutawan-ramadhan.html

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template