Sabtu, Februari 21, 2009

10 Muwassafat Tarbiyah






Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Rabu, Februari 18, 2009

Sesaat Di Dunia

Kenapa kini kita manusia terkejar-kejarkan dunia hingga terabai agama?Adakah kita lupa?
Memang diakui dunia itu masih dalam keperluan kita...Nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri masih mengisi keperluan dunianya tetapi tidak sampai mengabaikan akhirat. Masih ada satu lagi kehidupan yang kekal iaitu akhirat yang Allah janjikan balasannya, amatlah indah jika cukup amalan kita. Pernah saya terbaca, jika kita memasukkan kehebatan dunia maka tercabutlah kehebatan Allah dari hati kita. Astaghfirullahalazim.
Bukanlah bertujuan untuk meminta kita terus meninggalkan segala urusan dunia tetapi wajar kita iringi urusan dunia itu dengan urusan akhirat. Kita perlu mengadaptasikan agama itu dalam kehidupan. Kita tidak dapat memisahkan kedua-duanya jika kita mahu keselamatan di akhirat kelak.

Adakah bergetar hati kita jika disebutkan kalimah Allah di hadapan kita? Adakah mengalir airmata kita jika dibacakan segala kisah perjuangan dan jerih payah mereka,para sahabat dalam menyampaikan agama?




Tetapi bagaimana pula jika didengarkan lagu-lagu yang syahdu?
Putus cinta?
Jatuh cinta?
Pasti terbuai-buai hati kita terasa seperti lagu tersebut menceritakan kisah kita sehingga adakalanya menitiskan air mata.
Bagaimana kita terleka dari mengingati mati?
Bagaimana kita terleka dari mengingati akhirat?
Bagaimana kita boleh meletakkan dunia itu matlamat pertama?
Jawapannya,muhasabah diri kita kembali...

Adakah kita sering berfikir tentang kebesaran Allah?
Adakah kita sering menceritakan kebesaran Allah?
Hati itu memerlukan makanan rohani. Apakah makanan rohani kita?
Pelbagai amalan yang boleh kita lakukan,contohnya membaca Al Quran. Al Quran itu ibarat setitis air yang apabila dititiskan dari hari ke hari ke atas batu maka berlubanglah ia. Begitu jua Al Quran, jika dibaca sentiasa maka, akan mendapat nur hati kita dengan izin Allah.
Kadangkala, apabila kita berkumpul bercerita tentang kebesaran Allah,bukan saja tujuan kita untuk menyampaikan tetapi jua memberi peringatan kepada diri sendiri.Syaitan akan sentiasa menggoda kita hingga ke akhir kalam.

Mengucapkan kalimah syahadah itu begitu mudah bukan? Tetapi apabila di akhir kalam, syaitan semakin kuat menggoda kita supaya lalai mengucapkan kalimah itu. Jadi, bukanlah semudah yang disangka untuk mengucapkan kalimah itu.Barangsiapa dapat mengucapkan kalimah itu di akhir kalamnya, maka wajiblah syurga baginya.
Tetapi bagaimana jika kehidupan selama ini kita biarkan nafsu dan syaitan menguasai hati dan tiba saja di akhir kalam kita mahu mengucapkannya? Mungkin terjadi dengan izin Allah tetapi segala penentu di akhir hayat kita ialah sebanyak mana amal kita dan bagaimana iman kita. Itulah segala penentu di akhirat kelak yang memang pasti muncul dalam beberapa ketika kita hidup di dunia...



Sama-samalah kita muhasabah diri,ambillah beberapa saat yang ada untuk merenung sedalam-dalamnya keadaan kita di dunia sebelum dipindahkan ke alam yang kekal abadi.
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab kelak, dan timbang-timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang kelak...

Jumaat, Februari 13, 2009

Renungan.....

10 NASIHAT IMAM HASAN AL-BANNA

1) Apabila kamu mendengar azan, bangunlah serta merta mengerjakannya.

2) Bacalah Al-Quran dan jadikanlah ia sahabat anda.

3) Usahalah bertutu bahasa arab. Ianya syiar islam..

4) Jangan bertengkar dalam apa2 keadaan

5) Jangan banyak ketawa

6) Jangan banyak bergurau.

7) Berlemah lembut dalam percakapan

8) Jauhi mengumpat

9) Ta'ruf dengan setiap muslim

10) Kewajipan lebih banyak dari masa yang ada.



......................................................................


" Masinnya air laut x mampu menyerap kedalam isi ikan,

tetapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya...


Begitulah hati......

Hati yang hidup sangat sukar dinodai,,

Tapi,,, Bila hati telah mati,,mudahnya dipengaruhi....


...........................................................................



Dari Abu Hurairah r.a.. Nabi s.a.w. bersabda :

" ALLAH s.w.t berfirman : Wahai anak Adam! Luangkanlah dirimu untuk beribadat:

Nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan,, dan Aku menutup kefakiranmu..

Jika kamu tidak melalakukannya nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam

keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran kamu."

(riwayat al-Tarmizi)



...............................................................................

Sabtu, Februari 07, 2009

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah


Alhamdulillah…
Akhirnya dapat juga aku menulis dan mengemaskini blog aku ini. Terima kasih pada sahabatku, Muslim dan Afiq kerana sudi meminjamkan broadbandnya untuk kegunaanku. Alhamdulillah… Di kesempatan ini, ingin aku coretkan serba sedikit perjalanan hidupku sebagai seorang bakal pendidik untuk ‘post’ kali ini.
Biarlah kumulakan ianya dengan tarikh 30 Januari 2009..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Alhamdulillah…
Tanggal 30 Januari 2009, genaplah umurku berusia 21 tahun. Sesungguhnya, aku seolah2 tidak mempercayai bahawa sekarang umurku sudah 21 tahun. Terasa baru sahaja aku menghabiskan zaman persekolahanku dan belajar di Ipsm. Terasa perwatakan dan akhlak diri ini tidak sesuai dengan usia ini. Sepatutnya aku harus lebih berfikiran matang dan memiliki akhlak yang baik,.Tapi itu semua tidak berlaku,. Aku seolah masih berfikir seperti keanak-anakan dan akhlakku amatlah tidak memuaskan samada untuk diriku atau untuk sahabat2. Buat sahabat2 semua,, maaf banyak2.. Walaupun aku sedar dah banyak kali diri ini meminta maaf,, tetapi terus juga melakukan kesalahan kepada kalian..Maafkanku.. Buat semua rakan samada rakan sekelasku ( Abd Halim, Mohd Ridhwan, Afiq, Izzat, Ghafar, Muzammil, Hafiz, Ariff , Hafizi dan semua bdk pmpuan) mahupun rakan usrahku (Abg Fazli, Rauhan, Quddus, Che’Mat, Nabil, Afiq, Izzat, Ghafar dan Hafiz)Terima kasih kerana sudi menjadi teman dan sahabat buat diri ini dalam perjalanan hidupku.. Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup kalian semua.

Alhamdulillah…
Segala puji buat Sang Pencipta kerana masih lagi dipanjangkan umurku agar aku berpeluang beribadah dan bertaubat sebanyaknya kepadaNya. Tapi diri ini sering kali melupakanmu.. Ampunkan dosaku..
Terima kasiih buat ibu bapaku yang kini dah genap 21 tahun kalian menjaga dan mendidik diri ini. Terima kasih!!! Buat ummi,,,. Terima kasih kerana mengandungkanku, melahirkanku,,menyusukanku, mendidikku dan memberi kasih saying kepaku..
Sepatutnya pada setiap hari lahir kita, bukanlah kita yang selayaknya mendapat hadiah,,tetapi mereka iaitu ibubapa kita. Tanpa mereka, xkan mungkin kita ada di muka bumi Allah ini. Terima Kasih buat UMI dan ABU. Mungkin mereka berdua tidak mampu membaca apa yang dicoretkanku dalam blogku ini,maklumlah mereka tidak celik IT. Tapi, aku bangga memiliki kamu berdua yang pastinya xkan sesekali dapat ditukar ganti..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Alhamdulillah…..
Walaupun mungkin aku tidak menerima sebarang hadiah pada sambutan hari lahir tahun ini,, tapi bagi diriku,, banyak lagi hadiah yang x berupa kebendaan yang aku dapat. Antara yang paling bermakna dan paling aku syukuri ialah apabila aku mendapat ijazah dari baba pada 2/2/09.. Sesungguhnya ianya amat bermakna. Terasa satu perkara yang tidak dapat aku ungkapkan. Terasa ketenangan,,,.. Aku masih teringat kata2 baba.. Bagi beliau,, memiliki ijazah perubatan islam lebih dan amat bermakna buat diri beliau. Mungkin itu yang kurasai skrg. Tetapi aku sedar bahawa terbeban satu tanggungjawab dan amanah apbila memilikinya. Bagiku, sahabat2 aku yang tidak berkesempatan mendapat pada malam itu lebih baik amalannya dan akhlak mereka berbanding diriku ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk berubah menjadi lebih baik seperti sahabat2 ku yang lain..
Dan, pada petang isnin itu juga kami menjalankan usrah bersama baba. Ini adalah usrah terakhir kami bersama baba kerana baba akan menyambung pelajarannya. Semoga kami berkesempatan bersama beliau lagi kelak. Pada hari itu, kami membaca surah Al-Fajr. Kemudian, seperti biasa, baba akan menghurai serba sedikit mengenai surah yang dibaca. Apa yang paling menarik dan diberi perhatian dalam surah ini ialah pada ayat ke 27 hingga ke ayat 30 iaitu ayat terakhir:

“27. (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia
30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "


Dalam ayat ini Allah menyeru kepada hambanya supaya masuk ke syurga yang disediakanNya. Juga memberi motivasi dan suntikan kepada kita sebagai hamba agar mengejar maqam “jiwa mutmaiinaah” .. Pastinya amat sukar mencapainya,tetapi jika dah Berjaya, pasti syurga untuk kita. Jadi, marilah sama2 mengejarnya…

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

Alhamdulillah…….
Pada 4/2/09 pula, kami menjalankan usrah kami yang pertama bersama anak2 usrah masing2.. Aku dan nabil berpasangan dalam menjalankan usrah ini. Alhamdulillah, kami mempunyai anak2 usrah yang masing2 memiliki kehebatan dan kelebihan masing2. Terasa diri ini tidaklah layak dalam mendidik dan member tunjuk ajar kepada mereka. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami dalam memikul beban dakwah ini. Mereka semua memiliki kelebihan masing2. Aku masih teringat kata2 baba, apabila kita berada dalam satu jemaah dan usrah, setiap ahli usrah seolah2 memiliki semua kelebihan yang dimiliki oleh semua ahli usrah. Caranya, pastilah dengan perkongsian ilmu sepanjang usrah dan bersama. Ini amat bertepatan dengan rukun usrah yang ketiga iaitu takafu(bertolong2an). Semoga Allah merahmati dan memberi kekuatan kepada kumpulan kami ini. Alhamdulillah, pada malam itu kami memulakan usrah pertama kami dengan saling berkenal-kenalan@takruf yang merupakan rukun pertama usrah sebelum mencapai rukun kedua usrah iaitu tafahhum(saling faham memahami). Malam itu kami menjelaskan serba sedikit tentang perjalanan usrah yang bakal kami semua lalui bersama sepanjang semester ini.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Alhamdulillah…..
5/2/09… Kira2 jam 4.30 petang kami berkesempatan bertemu baba bersama anak2 usrah akhowat beliau. Ini adalah hari terakhir baba di IP ini dan beliau meninggalkan amanat2 beliau kepada kami sebagai suntikan semangat bagi menjalankan usrah di ip tercinta ini. Abg Fazli dilantik sebagai mas’ul atau ketua kumpulan usrah ikhwah sepanjang peninggalannya. Banyak perkara yang disampaikan baba pada perjumpaan yang agak singkat ini. Baba berharap ‘bertemu kami dan berpisah kami adalah keranaNya’..I’Allah..Menurut baba, tugas dakwah ini adalah satu tugas yang mesti direbut oleh kita. Jika kita xnak buat, Allah akan pilih hambaNya yang lain dalam memikul tanggungjawab ini. Adakah kita hendak hidup didunia ini dalam sia2 sahaja.Pastinya kita mahu meninggalkan dunia ini dan bertemu dengan Allah dalam keadaan yang diredhaiNya. Semoga kami diberi kekuatan olehNya.



……………………………………………………………………………………………………………………………………………
Alhamdulillah…
Syukur kepadanya kerana masih diberi peluang untuk terus menghirup udara segar dan melakukan ibadah kepadaNya sehingga kini. Wajib kita bersyukur kerana masih diberi nikmat Iman dan Islam dan berada dalam agama yang diredhai Allah iaitu ISLAM. Sebagai tanda bersyukur kepadaNya, marilah kita bersama membaiki diri dan membantu agamaNya agar terus subur di hati2 umat Islam. Sesungguhnya, amat sedikit dari hambaNya yang bersyukur.
Seorang sahabat pernah berdoa, “Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit”. Rintihan Doa ini didengari oleh seorang sahabat rasulullah, beliau bertanya, “mengapa pula engkau berdoa sedemikian?” Maka menjawab oleh sahabat td,n “tidakkah engkau perhati dalam alQuran Allah selalu menyeru kepada golonganNya yang sedikit?”. Ya! Jika kita lihat, dalam al-quran banyak disebut oleh Allah mengenai golongan yang sedikit ini. Allah memuji golongan ini dan menjanjikan syurga buat mereka. Cthnya; “Dan sedikit dari hambaku yang bersyukur”.
Marilah kita sama2 meningkatkan kesyukuran kita kepadaNya.
Segala puji bagiMu tuhan yang telah mengurniakan berjuta2 nikmat kepada hamba2mu, tetapi banyak sekali kami melupakannya. Maka ampunkanlah dosa2 kami, Ya Allah…
Tidak dilupakan kepada Nabi tercinta, Muhammad s.a.w… Selawat dan salam keatas junjungan baginda,Kerana dengan usaha dakwah Baginda kita merasai nikmat iman dan islam sekarang. Sesungguhnya Baginda merupakan contoh tauladan dalam semua genap aspek kehidupan muslim. Buat para da’ie,, bersamalah mencontohi ketabahan, kegigihan dan kesabaran Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Islam di muka bumi ini. Bersamalah kita mencontohi para sahabat2 dalam mencintai Baginda. Ya Rasulullah, kami ummatmu mencintai dan merinduimu..

Saya akhiri coretan saya ini dengan sedikit rangkap lagu raihan,SYUKUR…
“Ucaplah Allahamdulillah,,, Syukur kita kepada Allah… Selawat keatas nabi, Muhammad Ya Rasulullah…”

PERBANYAKKANLAH MENYEBUT ALHAMDULILLAH…….
Salam…
……………………………………………………………………………………………………………………………………………

KBM

KBM



Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku melalui Kem “Keindahan BersamaMu (KBM)” pada 26hb hingga 27hb Januari di Kem Pupuk Semangat, Telok Kalong, Kemaman, Terengganu.

Aku diberitahu oleh Akh Fahzan mengenai kem ini.Kemudian, aku bersama Afiq dan Hafiz diberi tugas sebagai antara fasilitator di program ini. Kami bertiga menaiki kereta Afiq untuk ke kemaman.

Kami tiba di SMI Al-Amin kira-kira jam 9.15 malam untuk taklimat fasilitator. Taklimat pada malam itu di sampaikan oleh Abg Bai. Di sana aku dapat berkenalan dengan ramai fasilitator yang akan bersama dalam kem ini.

Antaranya, Abg Farid, Kak Nina, Akh Norhafizam(Pengarah Program), Amad (Tmbln Pngrh), Izzah, kak shidah, Mus’ab, Fahmi,Fahzan, Khairuddin,Safwan, Hafizuddin dan ramai lagi.. Jumlah fasilitator lebih kurang 20 orang manakala peserta hampir 100 orang. Peserta berumur lingkungan 14 tahun hingga 18 tahun.

SLOT UTAMA KBM:
• Knowing me, knowing you
• In-Team
• Badan Cergas, Otak Cerdas
• Meniti Angin Malam
• Simulasi
• Hijrah
• Menyemai kasih, menuai sayang


…….……………………………………………………………….…………………………………………………………….


Pada hari pertama Kem, semua fasilitator menyambut kedatangan peserta kem dengan senyuman mesra. Kami semua mengangkat beg peserta yang datang dan dikumpulkan pada satu tempat. Ini penting bagi memberi gambaran positif kepada peserta agar mereka berminat untuk melalui kem ini.

Slot Knowing me, knowing you ataupun Ice Breaking dimulakan. Para fasilitator memperkenalkan diri masing2 kepada semua peserta. Kemudian peserta diperkenalkan dengan 3S (senyum, salam dan sapa). Mereka diminta mencari sahabat yang dikenali dan rapat untuk menjalankan aktiviti ini. Peserta diminta memegang hidung pasangan masing2, menyapu pipi, memeluk dan mengucapkan ‘Saya syg awak’ di telinga sahabat masing2. Kemudian, mereka masing2 mendoakan sahabat masing2 dengan membacakan doa tersebut secara berbisik di telinga rakan mereka.

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Teringat aku kenangan KBM di bachok dan kenangan bersama sahabat2 di SmkaDG dan Ipsm. Buat semua sahabat2ku, aku mengharapkan persahabatan kita berpanjangan.Maaf kerana selalu menyakiti hati kalian. Semoga persahabatan sampai ke akhir hayat,. Ku berharap agar kalianlah yang menyembahyangkan jenazah aku jika ajalku sampai dahulu dan begitulah sebaliknya.. InsyaAllah…

…………………………………………………………………………………………………………………………………….

Slot In-Team diteruskan. Semua peserta diminta membentuk kumpulan masing2. Kemudian diberi masa untuk membentuk Nama kumpulan dan Army Yell.. Setiap kumpulan ditemani fasilitator bagi membantu memudahkan tugasan peserta. Kemudian masing2 membuat persembahan mereka di atas pentas. Peserta kem ini amat kreatif dalam tugasan ini. Antara nama kumpulan yang dibentuk ialah, Lambaian sukses (kumpulan aku dan fahzan),,Penyu terbang, Gali Ubi (kumpulan afiq dan hafiz) dan kumpulan2 yg lain. Kemudian bagi slot Badan Cergas, Otak Cerdas, peserta berkumpul di tepi pantai bagi peserta lelaki manakal peserta perempuan diadakan di dalam dewan.

……………………………………………………………………………………………………………………………………..


Slot kemuncak bagi KBM ialah slot Meniti Angin Malam. Terdapat 2 slot untuk Meniti Angin Malam. Pada slot pertama, peserta ditayangkan dengan video kesedaran. Video kebesaran ALLAH,, Rasulullah,, Pengorbanan Ibu dan Ayah.. Semua peserta mengalirkan air mata kesedihan dan keinsafan sepanjang slot ini. Paling menarik ialah,,ketika semua peserta dalam mood sedih,,tiba2 ada jenazah di usung masuk kedalam dewan melalui tengah2 peserta dan menuju ke pentas. Kelihatan mereka amat terkejut .. Semua peserta diminta membayangkan bahawa itu adalah jenazah ibu mereka. Suasana ketika itu bertambah sedih. Jenazah tersebut kemudian dibacakan yasin, disembahyangkan dan di usung keluar dari dewan melalui peserta. Lakonan salah seorang fasi yang bertindak sebagai anak kepada si jenazah dengan menjerit2 dan menangis meminta kemaafan dari jenazah ibunya menambahkan lagi kesyahduan suasana malam itu. Semua peserta termasuklah fasi mengalirkan air mata kesedihan dan keinsafan pada slot ini.

Kemudian, peserta dibenarkan keluar untuk solat isya’ dan kemudiannya slot ke 2 Meniti Angin Malam dimulakan. Semua fasilitator sudahpun diberi tugasan masing2. Aku, afiq dan hafiz bertugas sebagai pemukul. Semua peserta diberi kain untuk menutup mata masing2 dan semua lampu dipadamkan. Peserta kemudian di bawa oleh fasi berjalan2 di sekitar dewan dan duduk berjauhan dari sahabat mereka. Mereka hanya perlu diam dan mengikut arahan fasi. Semua fasi kemudian mula menjalankan tugas masing2. Abang Bai dan Kak Nina memulakan tugas mereka dengan membawa peserta ‘mengembara’. Mereka seolah2 dibawa berjalan melihat kembali kehidupan mereka,,Hubungan mereka dengan ibu bapa dan keadaan mereka semasa menjadi mati,dimandikan, di solatkan, dikafankan,,diusung ke kubur , di tanam dan disiksa dala kubur. Semasa slot mereka dimandikan,, semua fasi menyimbah air mandian mayat di sekitar peserta agar menambahkan suasana sebenar semasa ‘kembara’ mereka. Ketika tidak dapat menjawab soalan oleh malaikat mungkar nakir,, 3 kali sebatan di mainkan menmbahkan lagi kegerunan dan ketakutan kepada para peserta..

Kemuncaknya,, apabila semuanya hampir selesai, semua peserta diminta bangun dan berlari ke arah azan dilaungkan. Semua peserta mencari2 suara azan dan menuju kepada fasi yang melaungkan azan. Salah seorang peserta lelaki,tidak sedarkan diri dan tidak mampu mengawal emosi pada saat itu. Dia kemudiannya ditenangkan oleh seorang fasi. Pada saat semua peserta diminta membuka mata, mereka amat terkejut kerana di hadapan mereka terdapat satu jenazah sedang terbaring bersama batu nesan. Masing2 mengalirkan air mata..

Sesungguhnya ini adalah pengalaman yang pastinya tak dapat dilupakan sesiapa,,merasai bagaimana saat pabila mati… Semua peserta menyatakan mereka amat tersentuh dan insaf apabila melalui pengalaman ini. Semoga Allah menetapkan hati2 ini dalam agamanya dan mengingatinya…


………………………………………………………………………………………………………………………………….

Keesokan harinya slot Simulasi dan Hijrah diadakan di surau kerana dewan digunakan untuk program bersama ibu bapa peserta. Mereka akan ditemukan pada tengah hari. Di surau,,peserta melakukan simulasi atau refleksi diri masing2 sepanjang melalui kem ini. Kemuncaknya, ialah slot ‘Lafaz Tersimpan”. Peserta diagihkan kad ucapan untuk ditulis dan ditujukan kepada ibu bapa mereka. Rata2 peserta menulis dengan sepenuh hati mereka dan mengalirkan air mata ketika menulisnya. Mungkin apa yang ditulis adalah lafaz yang mereka tidak dapat ungkapkan dengan kata2 kepada ibu bapa mereka..
Kemudian mereka beratur untuk menuju ke dewan bagi di pertemukan dengan ibu bapa mereka yang hadir dalam slot “Menyemai kasih, menuai sayang”. Suasana menjadi bertambah sedih pabila anak2 dipertemukan dengan ibubapa masing2..Inilah slot terakhir sebelum kami berpisah dan menamatkan program ini.

…………………………………………………………………………………………………………………………………….

Alhamdulillah,, sesungguhnya begitu banyak pengalaman dan ilmu yang dapat kami ambil sepanjang program yang agak singkat ini disamping dapat menambah kenalan dan mengeratkan ukhwah sesama fasilitator. I’Allah,, kami akan menggunapakai segala ilmu yang ditimba untuk kebaikan diri dan lain.

p/s: maaf kerana susunan ayat dan isi yang digunakan tidak menarik. Mungkin kekurangan idea untuk menaip pada kali ini.. Sekadar perkongsian pengalaman.I’Allah akan diperbaiki,.
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template