Sabtu, Januari 05, 2008

Cara mendidik wanita..

Sedikit Nasihat Mengenai Cara-cara Mendidik Kaum Wanita

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

Khamis, Januari 03, 2008

Anda Pemarah??

MARAH????

Ada seorang pemuda yang sangat
> > > > pemarah. Dia tidak dapat
mengawal
> > > > kemarahannya walaupun ianya
hanya satu
> > > > masalah kecil sahaja. Pada
suatu hari,
> > > > bapanya telah menghadiahkannya
dengan
> > > > seguni paku. "Untuk apakah
paku-paku
> > > > ini ayah?" tanya pemuda
> > > > tersebut. "Setiap kali kamu
marah,
> > > > kamu pakulah tembok batu di
hadapan
> > > > rumah kita ini, bagi melepaskan
> > > > kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari
> > > > yang pertama sahaja, pemuda
itu telah
> > > > memaku sebanyak 37 batang paku
pada
> > > > tembok batu tersebut. Selepas
beberapa
> > > > minggu, setelah dia dapat
mengurangkan
> > > > kemarahannya, jumlah paku yang
> > > > digunakan juga berkurangan. Dia
> > > > mendapati, adalah lebih mudah
mengawal
> > > > kemarahannya dari memukul paku
> > > > menembusi tembok batu tersebut.
> > > > Akhirnya tibalah pada suatu
hari,
> > > > dimana pemuda tersebut tidak
marah,
> > > > walau sekali pun.
> > > >
> > > > Dia pun memberitahu ayahnya
mengenai
> > > > perkara tersebut dengan
gembira.
> > > > Bapanya mengucapkan tahniah dan
> > > > menyuruh dia mencabut kembali
paku
> > > > setiap hari yang ia lalui tanpa
> > > > kemarahan.Hari berganti hari,
dan
> > > > akhirnya dia berjaya mencabut
kesemua
> > > > paku-paku tersebut. Pemuda
tersebut
> > > > lantas memberitahu perkara
tersebut
> > > > kepada bapanya dengan
bangganya.
> > > > Bapanya lantas memimpin
tangannya ke
> > > > tembok tersebut dan
berkata "Kau telah
> > > > melakukannya dengan baik,
anakku,
> > > > tetapi lihatlah kesan lubang-
lubang
> > > > di tembok batu tersebut,
tembok itu
> > > > tidak akan kelihatan sama lagi
seperti
> > > > sebelumnya. Bila kau menyatakan
> > > > sesuatu atau melakukan sesuatu
ketika
> > > > marah, ianya akan meninggalkan
kesan
> > > > parut dan luka, sama seperti
ini. Kau
> > > > boleh menikam seseorang dengan
pisau
> > > > dan membunuhnya. Tetapi
ingatlah, tak
> > > > kisah berapa kali kau memohon
maaf dan
> > > > menyesal atas perbuatam mu,
namun
> > > > lukanya masih tetap ada. Luka
di hati
> > > > adalah lebih pedih dari luka
fizikal.
> > > > Sahabat adalah permata yang
sukar
> > > > dicari. Mereka membuatkan kamu
ketawa
> > > > dan menggalakan mu ke arah
kejayaan.
> > > > Sahabat juga adalah seorang
> > > > pendengar,berkongsi suka dan
duka dan
> > > > sentiasa membuka hatinya
kepada kita..'',)

RM 20??

Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak
lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu.

Anak : Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?

Ayah : "Ya... nak tanya apa?"

Anak : "Berapa pendapatan ayah sejam?"

Ayah : "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah
mula menengking.

Anak : "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.

Ayah : "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"

Anak : "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah.
Kemudian memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah.... boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?".

Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit? nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur,dah lewat dah ni..."

Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini",
berkata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih
banyak ayah", katanya begitu gembira.

Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit di bawah bantal itu?" jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah.

"Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah. ", jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.


THE MORAL OF THIS STORY : -

Share RM 20 nilai masa untuk seseorang yg disayangi. Hanya peringatan kepada yang bekerja kuat dalam hidup.


We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts.

Sekiranya kita mati esoknya, syarikat kita bekerja dengan senang boleh gantikan kita dalam masa yang singkat, tetapi keluarga (famili) dan sahabat yang kita tinggalkan akn merasai akan kehilangan kita sepanjang hayat. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family. Don't work too hard... and you know what's the full word of FAMILY ?

FAMILY = ( F )ATHER ( A )ND ( M )OTHER, (I) ( L )OVE ( Y )OU

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template