Isnin, Mei 31, 2010

Permulaan...


Alhamdulillah,,...

Pada Sabtu,29 Mei 2010, bermulalah pengajian saya di Darussyifa’ Kuala Terengganu. Majlis pada hari itu bermula dengan Perasmian Kursus Perubatan Islam Kumpulan 6 Darussyifa Kuala Terengganu oleh Ybhg Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Bilangan Pelajar untuk kumpulan ini kira-kira 120 orang. Selepas selesai majlis perasmian dan kudapan, sesi Kuliah Pertama dimulakan.

Apa yang mengejutkan,Sejurus sahaja Tuan Guru hendak duduk bagi memulakan kuliah, tiba-tiba seorang peserta wanita kerasukan. Apa yang saya ingat, peserta wanita yang kerasukan itu menjerit, “Aku benci kau!” kepada Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Keadaan kembali tenang selepas mangsa diusung keluar oleh perawat-perawat Darussyifa dari bilk kuliah.

Kuliah dimulakan dengan Bacaan Ikrar Pekajar Baru dihadapan Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din secara beramai-ramai. Kemudian, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din terus menyampaikan kuliah beliau. Antara isi kandungan kuliah pertama:

1. Pasang dan Perbetulkan Niat untuk belajar. Niatkan semoga ALLAH menjadikan ilmu ini satu kebaikan kepada diri dan Niatkan hanya kerana ALLAH.

2. Ini adalah ilmu Allah dan Ianya dari Nabi Muhammad iaitu Alquran.

3. Banyak cara Rasulullah mengahadapi orang sakit,, (Intisari dari peristiwa2 yang diambil melalui hadis-hadis Sahih)

· Peristiwa Nabi Rawat sendiri orang yang datang mengadu sakit

· Nabi ajarkan dan suruh merawat sendiri

· Nabi suruh memkan Madu(Ubat2)

· Nabi menyuruh agar merujuk kepada pakar(yang lebih arif berkenaan penyakit)

4. Ilmu ini adalah Fardhu Kifayah

5. Fungsi air dalam kehidupan. Termasuk jenis air yang terbaik utk rawatan.

6. Ruqyah- Jibril sendiri yang meruqyah nabi yang terkena sihir

7. Jangan sesekali mengatakan kepada pesakit, bahawa anda telah disihir. Ini elakkan fitnah dan pergaduhan.

8. DOA adalah SENJATA utama kita dalam merawat. Dan ZIKRULLAH adalah kekuatan kita.

9. Pendinding Diri dan Keluarga- cara dan kaedah2

10. Bacaan Ruqyah Asas Pertama beramai2 (dulunya dipanggil Asas 10 pertama).

Pelajar juga diberi kesempatan untuk bertanyakan beberapa soalan dan dijawab oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din sendiri.

Bacaan Ruqyah Asas Pertama terpaksa ditukar dari Asas 10 pertama kerana beberapa faktor. Antaranya adalah kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang bekas Mufti yang mengatakan Selawat Syifa’ yang diamalkan selama ini adalah HARAM. Walaupun isu ini telah pun dijawab dan diterangkan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, tetapi, kenyataan ini masih tidak ditarik. Dan Dalam Bacaan Ruqyah Asas Pertama ini, beberapa bacaan telahpun dikeluarkan dari Asas 10 pertama. Antaranya ialah selawat Syifa sendiri.

Kursus ini dijangka akan tamat pada bulan MEI 2011.

Semoga pengajian saya di sini akan berjalan dengan lancar..



Sabtu, Mei 29, 2010

LIFE LINE 4 GAZA..

Assalamualaikum wbkt.



Terdapat beberapa soalan asas yang sering ditanya berhubung dengan penyertaan NGO Malaysia dalam Misi Flotilla Life Line for Gaza (LL4G), misi kemanusiaan ke Gaza. Berikut dicoretkan beberapa noktah yang insyAllah dapat memberi sedikit gambaran latarbelakang Misi LL4G ini.



2. Misi Kemanusiaan LL4G adalah inisiatif secara formal ke empat yang pernah dilakukan untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza dalam menghadapi cengkaman ganas rejim zionis Yahudi. Misi-Misi ini diterajui oleh NGO-NGO dari seluruh dunia bagi memberi bantuan asas yang diperlukan oleh penduduk Gaza yang telah terkepung semenjak lebih 3 tahun yang lalu. Misi LL4G ini adalah misi terbesar melalui laut yang pernah diusahakan dan disertai oleh NGO-NGO dari lebih 50 negara, dari pelbagai latarbelakang agama dan bangsa. Peneraju dan pengendali utama Misi LL4G ini adalah IHH (Insan Hak ve Hurriyetleri Insani Yardim Vakfi), sebuah NGO terkemuka Turki dengan mendapat sokongan penuh Kerajaan Turki.



3. Misi LL4G melibatkan 9 buah kapal dengan 3 daripadanya dari Turki. Tiga buah kapal dari Turki ini akan belayar daripada pelabuhan Antalya menuju ke Laut Mediterranean di mana mereka akan bergabung dengan 6 buah lagi kapal di satu lokasi yang telah ditetapkan di sekitar perairan Cyprus, sebelum memulakan perjalanan menerobos sekatan tentera laut Israel menuju ke Gaza. Enam buah kapal berkenaan akan membawa bahan bantuan, termasuk bahan bangunan untuk membina semula bangunan sekolah, hospital dan perumahan yang dihancur-leburkan oleh Israel selama 23 hari serangannya di penghujung 2008 dan awal 2009.



4. Penglibatan NGO Malaysia dalam Misi LL4G ini terbahagi kepada dua iaitu (1) Gabungan lebih 50 NGO dari seluruh Malaysia di bawah kendalian IHH, dan (2) NGO di bawah kendalian Free Gaza Movement di mana Perdana Global Peace Malaysia adalah salah satu NGO berkenaan.



5. Bagi penyertaan di bawah kendalian IHH, setiap peserta perlu mengemukakan permohonan melalui koordinator negara masing-masing di mana HALUAN Palestin adalah koordinator bagi Malaysia. Pemilihan peserta perlu melalui saringan kesesuaian termasuk aspek keselamatan. Difahamkan terdapat kuota yang diperuntukkan bagi sesebuah negara atau organisasi bagi tujuan ini. Media dan penyertaan NGO mempunyai kuota berasingan.



6. Dalam Misi LL4G di bawah kendalian IHH ini, Malaysia diwakili oleh 6 NGO utama iaitu HALUAN, JIM, PACE, AQSA SYARIF, Yayasan Amal dan Muslim Care. Manakala dari segi bilangan peserta, HALUAN diwakili oleh 3 orang, JIM seorang yang juga mewakili PACE dan AQSA SYARIF, Yayasan Amal 1 orang, dan Muslim Care 1 orang. Selain itu, team media yang besama Misi LL4G Malaysia kendalian IHH adalah terdiri dari 5 orang iaitu 3 orang dari ASTRO AWANI dan 2 orang mewakili media dalaman HALUAN dan Akhbar Sinar. Dalam team media ini, 2 orang daripada mereka adalah aktivis HALUAN manakala seorang aktivis QASA SYARIF.



7. Memandangkan Misi LL4G adalah misi kemanusiaan yang melibatkan penyaluran bantuan berbentuk material dan juga projek, sumbangan kewangan dari setiap peserta NGO adalah elemen penting dalam menetukan penyertaan dalam misi ini. Dalam hubungan ini JIM telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM200,000 melalui IHH untuk membeli pelbagai barangan dan peralatan yang diperlukan, dan seterusnya membawanya ke Gaza melalui Misi LL4G ini. Di samping itu, kutipan yang terkumpul melalui kempen intensif 48 jam yang berjumlah kira-kira RM200,000 juga insyaAllah akan disampaikan kepada sasaran-sasaran yang ditetapkan.



8. Media memainkan peranan penting dalam menjayakan Misi Lifeline 4 Gaza ini. Oleh itu setiap kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan penyertaan media. Pada awalnya Misi LL4G di bawah kendalian IHH bercadang untuk membawa TV3 dalam kumpulan ini, namun di saat akhir pihak TV3 telah menarik diri dan difahamkan akan bersama kumpulan Free Gaza Movement. Usaha utuk mendapatkan khidmat Bernama TV juga mengalami kegagalan. Dengan inisiatif yang dijalankan oleh AQSA SYARIF, team LL4G ini akhirnya disertai oleh ASTRO AWANI. AQSA SYARIF adalah penaja utama dalam membawa ASTRO AWANI dalam Misi LL4G ini.



9. Semua peserta Misi LL4G di bawah kendalian IHH akan belayar di atas kapal Mavi Marmara, sebuah kapal penumpang yang boleh memuatkan seramai 1,080 penumpang. Namun bagi tujuan pelayaran ini, Mavi Marmara hanya akan membawa kira-kira 700 penumpang sahaja. Mavi Marmara yang telah berlepas dari Istanbul pada 24 Mei 2010 dalam satu majlis yang gilang gemilang kini telah berlabuh di Pelabuhan Antalya, Selatan Turki dan akan mengambil peserta misi sebelum berlepas ke Gaza. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pelepasan ke Gaza tertangguh untuk beberapa hari disebabkan oleh kelewatan pelepasan kapal dari Greece. Maklumat terkini membayangkan pelayaran ke Gaza insyaAllah akan berlepas pada 27 Mei 2010 selepas Zohor.



Selamat Aliman

Ahli Misi LL4G mewakili JIM/PACE/AQSA SYARIF



Antalya, Turki

26 Mei 2010

Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru..

SAJAK "GURU O' GURU"

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
barat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang
Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang
Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang
Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dialah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat. "

USMAN AWANG 1979 ..
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template