Selasa, April 07, 2009

PERBEZAAN??






Alhamdulillah dapat juga aku menaip untuk post kali ni.. Terima kasih kepada insan yang bertanya soalan. Sebenarnya ia memberi aku idea untuk menaip pada post kali ini.


Seringkali kita mendengar soalan tentang perbezaan istilah2 dalam agama Islam.. Antara biasa yang kita dengar dan bincang adalah: apa beza Sifat Ar-Rahman Allah dan sifat Ar-Rahim Allah.,Beza ayat Makiyyah dan Madaniyyah,, Beza Iblis dan Syaitan,,, Beza dosa kecil, dosa besar dan pahala,, beza Taufiq dan Hidayah,, beza Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah dan banyak lagi. Dan persoalan yang timbul inilah menunjukkan betapa pekanya seseorang individu itu dan semangat inkuirinya dalam menambahkan penetahuan agama mereka.. Tahniah kepada yang bertanya soalan kepada saya tu..


Hmm.. Ok la,, Sebelum saya terangkan, saya akui bahawa saya bukanlah orang yang benar2 layak dalam membincangkan hal ini.. Tetapi ini adalah sekadar sedikit perkongsian ilmu.. Biarla sy terangkan serba sedikit pasal beza Taufiq dan Hidayah… Ada perbezaan antara kedua ini.. ???Pastinya bezanya bukanlah ,, JANTINA BERBEZA!( maklumla,, kalau sekali dengar pasti kita fikir hidayah dan taufiq ni merupakan seorang lelaki dan perempuan)maaf…Sekadar gurauan..


Ok la, Kalau dilihat dari sudut maksud tu, HIDAYAH adalah petunjuk dan ilham dari Allah kepada hambanya(alquran dan assunnah).. Kita sebagai umat ISLAM seharusnya bersyukur kerana dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN… Taufiq ni plak dapatlah ditafsirkan sebagai kekuatan yang menggerakkan kita kepada hidayah yang ALLAH kurniakan itu dan mengamalkan semua ajaran2 ISLAM... Contohnya begini: Kita Sebagai Umat Islam,,, Allah kurniakan Hidayah untuk kita agar mengerjakan IBADAH seperti SOLAT.. Contoh,, Bila kita terdengar azan,, kita terdetik bahwa kita perlu SOLAT.. Tetapi,, kalau tanpa TAUFIQ,,kita xkan mampu melakukannya.. Kerana TAUFIQ la yang menggerakkan kita melakukan SOLAT.. Perumpamaannya beginilah,,,. Kita dah duduk dalam Kereta (simbolik bg agama ISLAM),, Pastu,, kita perlu ke MYDIN,, (simbolik SOLAT) sebab nak beli barang2 keperluan.. Then,, Katakan,, MINYAK habis or ENJIN rosak ( simbolik kpd TAUFIQ),, mana mungkin kita dapat ke destinasi kita..





Maka,, disini kita lihat betapa pentingnya Taufiq dan Hidayah Dari ALLAH.. So,, xleh r kita berbangga dengan amalan2 kita,, mana la tau,, tetiba ALLAH tarik NIKMAT TAUFIQ DAN HIDAYAH ni..Marilah Sama2 kita MenSyukurinya..
Kalau ada tersalah dan silap tu,, arap diperbetulkan dan ditegur..Maklumla,, sy bukanla benar2 Faqih dalam permasalahan agama..Sekada berkongsi ilmu yg ada..
Renung2kan dan Selamat Beramal..=p

Ahad, April 05, 2009

Apa ertinya saya menganut Islam?



Sedang membaca artikel2 dalam laptop,, terjumpa Sedikit petikan daripada buku Apa Erti Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan yang dapat dikongsi untuk Post kali ini..

Apa ertinya kita menganut Islam?


Ingatlah firman Allah yang berbunyi:
“Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang Muslimin dahulu dan (begitu pula) dalam Al-Quran ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas kamu dan supaya kamu menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada (tali) Allah, Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”
(Surah Al-Hajj: ayat 78)



Saya Mestilah Muslim di Sudut Aqidah:

Aqidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Aqidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Saya mestilah beriman dan mempercayai perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh para salafussoleh dan para imam yang telah terbukti kebajikan, kebaikan, ketaqwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.
Untuk menjadikan aqidah saya benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang Muslim saya mestilah:



1. Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Kesemua ini dapat dibuktikan melalui keindahan, kerapian dan keselarasan alam ciptaan Allah, yang mana setiap unit alam ciptaan Allah ini memerlukan unit yang lain untuk menjamin kewujudan dan kestabilannya. Satu unit daripada kejadian alam ini tidak mungkin wujud dalam keadaan yang stabil tanpa kewujudan unit yang lain.


Kewujudan alam yang seindah dan sekemas ini tidak akan terjamin keselamatan dan kesejahteraannya tanpa tadbir dari Allah yang Maha Berkuasa. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman:
“Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain daripada Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan.”
(Surah Al-Anbiyaa’: ayat 22)



2.Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak menciptakan alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.
Matlamat dan tujuan Allah menciptakan alam ini sukar difahami secara terperinci kecuali melalui seseorang rasul yang diutuskan Allah atau melalui wahyu Allah. Dalam hubungan ini Allah berfirman:
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia.”
(Surah Al-Mukminun: ayat 115-116)




3.Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab Allah untuk mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana akhirnya penghidupan mereka. Saya mestilah beriman bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul yang terakhir dari para rasul yang diutuskan Allah. Beliau telah dibantu dan diperkuatkan Allah dengan Al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi. Dalam hubungan ini Allah berfirman:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan)
‘Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thaghut itu’. Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya.” (Surah An-Nahl: ayat 36)
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template