Isnin, Januari 18, 2010

Semester Baru



Alhamdulillah dengan izin Allah, Saya kini berada pada Semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Masih ada 3 semester lagi untuk dilalui untuk mendapatkan Ijazah dan ditempatkan ke sekolah2 di Malaysia,, insyaAllah. Bermakna sudah hampir 4 tahun saya berada di Besut. Bagi kami pelajar semester 5, semester ini kami akan menempuhi praktikum selama sebulan di sekolah2 sekitar besut. Praktikum ini akan bermula pada 21 Mac ini, insyaAllah.

Pada Semester ini juga, beban tanggungjawab saya juga agak bertambah kerana diamanahkan beberapa jawatan. Insya Allah, pada 28 hingga 30 Januari ini, program Perkampungan Menara Gading akan dianjurkan di Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Program ini memfokuskan sasaran kepada 80orang peserta yang terdiri daripada lepasan SPM,STPM dan STAM.Dan Saya diberi amanah sebagai pengarah untuk program ini. Majoriti Ajk program ini adalah pelajar2 UDM.

Pada minggu lepas juga saya diberi keizinan olehNya untuk mengikuti dan membantu Guru Saya, Baba (Tn HJ Zulkefle Ab Rahman) bagi merawat seorang pelajar wanita yang mengalami masalah gangguan. Pada mulanya, saya menerima sms dari Baba yang meminta saya melihat keadaan seorang pelajar yang kerasukan. Baba ketika itu sedang menguruskan sesuatu urusan dan saya diminta mewakilinya sementara Baba menyiapkan urusan2nya. Ketika tiba, pelajar itu sudah kelihatan sedar sementara kawannya membaca yasin disebelah. Saya meruqyah air untuk diminum oleh pelajar itu. Pada mulanya saya anggap kes selesai, tetapi saya kemudiannya mengikuti mereka ke surau selepas diminta oleh rakan2nya agar merawat pelajar itu. Menurut rakan2, pelajar ini telah mengalami masalah ini kira-kira 2 tahun lepas. Menurut perawat2 yang merawatnya, ia adalah masalah sihir.

Saya memulakan ruqyah dengan membaca Pembuka ruqyah (27-30 Al-Fajr) dan Surah Al-Fatihah. Pelajar itu kerasukan sebelum saya sempat menghabiskan bacaan fatihah. Mulanya, saya mengajak agar jin dalam tubuh pesakit untuk berdialog dengan saya, malangnya jin tersebut enggan. Saya menawarkan pelbagai tawaran tetapi sia2. Ia semakin sombong. Saya kemudian membaca ayat2 ruqyah untuk menyiksa jin tersebut. Ketika dibaca, ia menangis dan kesakitan. Teapi jin ini masih sombong dan enggan keluar dari badan pesakit. Saya menggunakan sejadah untuk memukul belakang pesakit tersebut, dan ternyata jin itu dalam kesakitan dan mengelak dari dipukul. Pesakit kemudian bangun untuk menyerang saya tetapi rakan2 seramai 5 orang memegang pesakit tersebut. Saya kemudian menekan jari kaki pesakit dan akhirnya jin yang td mulanya sombong kesakitan dan mula bercakap sambil memarahi saya agar melepaskannya. Saya terus meruqyah dan memberi amaran untuk menyembelihnya jika dia masih enggan. Saya kemudian cuba menarik jin tersebut, tetapi tidak berhasil. Malah Jin tersebut sempat memperli saya kerana dia tidak berjaya ditarik keluar. Ternyata selepas disembelih, jin tersebut masih gagal disembelih. Maklumla, saya ini masih belajar, kurang amalan, dan banyak maksiat yang sentiasa dibuat.

Tak lama kemudian, baba datang dan meminta rakan2 pesakit tadi melepaskannya. Sebaik saja dilepaskan, ia terus melarikan diri dan mengunci diri dalam tandas surau. Baba kemudiannya meruqyah air dan memujuk pesakit agar keluar dari tandas untuk berbincang secara baik. Akhirnya pesakit keluar dan masuk kembali ke surau. Saya lihat ketenangan Baba dalam menghadapi kes ini. Baba meminta pasakit agar melihat tapak tangan dan muka baba. Pesakit akhirnya cuba bertindak ganas dan menyerang baba. Dengan menggunakan tapak tangan dan menepuk di dahi pesakit, pesakit terus tersedar dari rasukan. Kemudian, pesakit diberi minum air ruqyah dan diberi beberapa amalan sebagai pendinding.

Pada semester ini juga, Mas’ul untuk Usrah kami telah dilantik. Mohd Adhwan (lebih dikenali sebagai che’ mat) telah diamanahkan sebagai mas’ul bagi menggantikan Akh Fazli yang kini ditempatkan di sekolah di Langkawi, Peninggalan Akh Fazli merupakan satu kehilangan besar buat kami semua. InsyaAllah, pada tahun ini, perancangan awal telah dibuat agar usrah pada tahun ini berjalan dengan lancar.

Semester ini juga menyaksikan pertandingan merebut Jawatan dalamMajlis Perwakilan Pelajar di IPGM KSM. Sebanyak 6 jawatan dipertandingkan. Kelas saya telah menghantar 3 orang wakil, iaitu Arif Arifin sebagai calon YDP, Abd Ghaffar sebagai calon Bendahari dan Siti Hajar Aisha sebagai calon Penolong Setiausaha. Pada hari ini 18hb, keputusan pilihanRaya diumumkan, dan Alhamdulillah ketiga-tiga calon memenangi pilihan raya kali ini. Tahniah kepada kalian bertiga. Selamat berjaya dalam memikul amanah ini.

Apapun, harapan saya,

Semoga Semester kali ini memberi rahmat dan kejayaan kepada semua

.

2 ulasan:

Cik Saerah berkata...

Amboii..panjang nyerr karangan pengalaman dia,,huhuhu.Gud job!

Muhammad Ubaidullah berkata...

xda la.. sekadar berkongsi...

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template