Selasa, Mac 10, 2009

Salam Maulidur Rasul




Alhamdulillah,,,.. Dapat juga kita meraikan hari kelahiran Kekasih kita, Rasulullah pada tahun ini.. Selawat dan salam keatas junjungan baginda dan keatas ahli keluarga dan para sahabat....

Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Setiap tahun pada tanggal 12 Rabiul Awal, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan segala macam majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga."

Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."

Jelas terlihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah s.w.t terhadap amalan kebaikan begitu cepat sekali sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah s.w.t akan memberi pembalasan yang tiada ternilai oleh kita,hambaNya. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Jalalaludin As-Sayuti berkata: "Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah Subhanahu Wataala akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya." Beliau berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah Subhanahu Wataala akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu."


SALAM MAULIDUR RASUL 1430H
BUAT SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT

1 ulasan:

IdzaRis79 berkata...

Tuan punya blog,assalamulaikum dan salam perpaduan,
mohon izin iklan disini,
PNM berbesar hati menjemput Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan untuk hadir ke Bengkel Teknik Bercerita. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghebahkan serta memanjangkan program ini kepada orang ramai yang berminat terutama masyarakat sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bagi menyertai program tersebut.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh :14 Mac 2009 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat :Bilik Serbaguna,
Aras Satu, PNM

Sasaran :Remaja/ Dewasa

Pengendali : Sakae Sasamori (Pencerita dan Pakar Runding Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Jepun

Penyertaan : *Percuma
*Makanan dan alatan
disediakan
*Sijil diberikan
kepada mereka yang
hadir pada setiap
sesi susulan (4 siri).

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan pegawai kami Puan Norhasliza (03-26871743) atau Cik Cherana (03-26871711).

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template