Selasa, Mac 16, 2010

Kursus Akrine






Alhamdulillah...




Dengan izinNya pada 13 dan 14 Mac, saya berkesempatan untuk mengikuti kursus rawatan AKRINE pada kali kedua..



Kali ini, saya bersama junior sy di IPGKSM, Abrar,, hadir untuk mengikuti kursus ini..


Alhamdulillah,, banyak ilmu terutama teknik2 baru dipelajari sepanjang kursus ini...

Saya berpeluang berkenalan dengan muallij2 dari semua negeri.



Antara gambar2 yang diambil:



Ustaz Majid


Sesi Praktikal (Jin sihir )



Scanning (Teknik 1881)




Tulisan yg ditulis oleh jin saka




Saka



Muallij2 Akrine


Semua peserta amat berpuas hati dengan ilmu2 dan pengalaman yg diperolehi sepanjang kursus kali ini..

Semoga ilmu yg diperoleh dapat digunapakai untuk kebaikan diri, keluarga dan masyrakat,,, InsyaAllah...


Sekian...

Khamis, Februari 25, 2010

Salam Maulidur Rasul..





Assalamualaikum..

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan Salam Maulidurrasul kepada semua umat islam..

Moga sama2 kita menghayati falsafah yang tersirat disebalik sambutan maulidurrasul ini..

Ahad, Februari 21, 2010

Jangan Bersedih....







Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia

Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri




Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi





Ahad, Januari 31, 2010

LAPORAN PERKAMPUNGAN MENARA GADING TRG 2010 (PMGanu 2010)



LAPORAN PERKAMPUNGAN MENARA GADING TRG 2010 ( PMGanu 2010)

Pada 28-30 Januari 2010 telah berlangsungnya program Perkampungan Menara Gading 2010(PMGanu) bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program yang julung-julung kalinya diadakan di negeri terengganu ini merupakan anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Program ini juga telah mendapat kerjasama dan tajaan dari pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu(MAIDAM) dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Objektif penganjuran PMGanu 2010 kali ini bertunjangkan 3 perkara iaitu:
1. mendedahkan lepasan SPM,STPM dan STAM mengenai cara hidup mahasiswa di IPT.
2. Melahirkan budaya ilmu dikalangan bakal-bakal mahasiswa terengganu.
3. Membina dan merapatkan jaringan ukhwah antara peserta-peserta.

Pelbagai pengisian telah disajikan kepada para peserta sepanjang berlangsungnya PMGanu kali ini. Antaranya, Ceramah, Forum dan Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yang sememangnya disusun dan dirancang dengan teliti bagi memastikan objektif utama program ini dapat dicapai.

Majoriti barisan urusetia untuk program kali ini merupakan mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Manakala fasilitator untuk PMGanu ini dijemput khas dari Persatuan Pelajar Islam Selangor(PEPIAS). Para urusetia dan fasilitator program PMGanu pada kali ini jelas kelihatan amat bersemangat dan bersungguh-sunguh dalam mempastikan program yang pertama kali dianjurkan di terengganu ini berjalan dengan lancar. Apa yang sungguh membanggakan adalah kerana mereka langsung tidak mendapat sebarang bayaran untuk penat lelah dan keringat yang mereka curahkan sepanjang program ini berlangsung. Tahniah dan syabas kepada semua komuti dan fasilitator.

Pada awalnya, pihak penganjur telah menetapkan hanya untuk menerima penyertaan peserta seramai 80 orang sahaja. Tetapi, pada hari pendaftaran PMGanu, jumlah peserta yang mendaftar ialah seramai 106 orang (43 lelaki dan 63 perempuan). Jumlah peserta seramai 106 ini merupakan di luar jangkaan penganjur dan menyebabkan penganjur terpaksa menyediakan penginapan tambahan untuk peserta. Sepanjang program ini, peserta dilihat memberikan kerjasama dan menunjukkan minat yang tinggi dalam melalui setiap aktiviti yang dirancang.


Selaku pengarah program ini, saya menyusun sepuluh jari meminta kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang berlangsungnya program ini. Jutaan terima kasih kepada pimpinan PKPIM pusat, Abg Fahmi dan Kak Akma, Presiden PEPIAS, Abg Zulhelmi dalam usaha sehingga terhasil PMGanu yang pertama ini. Buat semua sahabat Barisan Perjuangan saya, iaitu semua komiti-komiti dan fasilitator yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan PMGanu ini.Kalian semua merupakan mahasiswa dan pejuang yang hebat. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Ingatlah bahawa, “barangsiapa yang membantu agama Allah, maka Allah akan membantunya”


Tidak dilupakan buat adik-adik peserta PMGanu 2010 yang sekarang bergelar “Graduan Perkampungan Menara Gading Terengganu 2010”, didoakan agar kalian menjadi mahasiswa yang terbaik. Ingatlah bahawa, Generasi yang terbaik ialah Generasi yang mengubah Generasi selepasnya kepada lebih baik dan kalianlah Generasi itu.

Akhir kata, Kepada semua yang terlibat, semoga rantaian Ukhwah yang telah terbina sepanjang PMGanu 2010 ini berkekalan hingga akhirnya.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah di PMG lain kita akan bertemu lagi!!

Disediakan:
Muhammad Ubaidullah Bin Mohd Kamaruddin
Pengarah PMGanu 2010

Jumaat, Januari 22, 2010

Perkampungan Menara Gading 2010

Program Perkampungan Menara Gading-MENARA TERENGGANU 2010 yang akan diadakan di UMT pada 28-30 JANUARI 2010 . Program ini adalah merupakan satu program yang julung-julung kalinya diadakan di negeri Terengganu.

Program ini bertujuan melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan prograsif agar mampu bergerak secara proaktif sejajar dengan peredaran zaman. Program ini juga bertujuan untuk membantu mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta memupuk sahsiah yang tinggi dengan memiliki matlamat yang jelas dan mampu untuk membangunkan diri, keluarga dan negara berlandaskan kefahaman dan penghayatan Islam yang syumul.

Program ini akan diadakan pada :

Tarikh :
28-30 JANUARI 2010
Tempat :
Universiti Malaysia Terengganu ( UMT )
Sasaran :
Pelajar Lepasan SPM,STPM dan STAM
Bayaran :
RM 30
(bayaran boleh dilakukan semasa hari pendaftaran)



Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi :

Saudara Khairul Ikhwan : 0139966160
Saudari Ainon : 0145396634

http://pmganu.blogspot.com/

Isnin, Januari 18, 2010

Semester Baru



Alhamdulillah dengan izin Allah, Saya kini berada pada Semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Masih ada 3 semester lagi untuk dilalui untuk mendapatkan Ijazah dan ditempatkan ke sekolah2 di Malaysia,, insyaAllah. Bermakna sudah hampir 4 tahun saya berada di Besut. Bagi kami pelajar semester 5, semester ini kami akan menempuhi praktikum selama sebulan di sekolah2 sekitar besut. Praktikum ini akan bermula pada 21 Mac ini, insyaAllah.

Pada Semester ini juga, beban tanggungjawab saya juga agak bertambah kerana diamanahkan beberapa jawatan. Insya Allah, pada 28 hingga 30 Januari ini, program Perkampungan Menara Gading akan dianjurkan di Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Program ini memfokuskan sasaran kepada 80orang peserta yang terdiri daripada lepasan SPM,STPM dan STAM.Dan Saya diberi amanah sebagai pengarah untuk program ini. Majoriti Ajk program ini adalah pelajar2 UDM.

Pada minggu lepas juga saya diberi keizinan olehNya untuk mengikuti dan membantu Guru Saya, Baba (Tn HJ Zulkefle Ab Rahman) bagi merawat seorang pelajar wanita yang mengalami masalah gangguan. Pada mulanya, saya menerima sms dari Baba yang meminta saya melihat keadaan seorang pelajar yang kerasukan. Baba ketika itu sedang menguruskan sesuatu urusan dan saya diminta mewakilinya sementara Baba menyiapkan urusan2nya. Ketika tiba, pelajar itu sudah kelihatan sedar sementara kawannya membaca yasin disebelah. Saya meruqyah air untuk diminum oleh pelajar itu. Pada mulanya saya anggap kes selesai, tetapi saya kemudiannya mengikuti mereka ke surau selepas diminta oleh rakan2nya agar merawat pelajar itu. Menurut rakan2, pelajar ini telah mengalami masalah ini kira-kira 2 tahun lepas. Menurut perawat2 yang merawatnya, ia adalah masalah sihir.

Saya memulakan ruqyah dengan membaca Pembuka ruqyah (27-30 Al-Fajr) dan Surah Al-Fatihah. Pelajar itu kerasukan sebelum saya sempat menghabiskan bacaan fatihah. Mulanya, saya mengajak agar jin dalam tubuh pesakit untuk berdialog dengan saya, malangnya jin tersebut enggan. Saya menawarkan pelbagai tawaran tetapi sia2. Ia semakin sombong. Saya kemudian membaca ayat2 ruqyah untuk menyiksa jin tersebut. Ketika dibaca, ia menangis dan kesakitan. Teapi jin ini masih sombong dan enggan keluar dari badan pesakit. Saya menggunakan sejadah untuk memukul belakang pesakit tersebut, dan ternyata jin itu dalam kesakitan dan mengelak dari dipukul. Pesakit kemudian bangun untuk menyerang saya tetapi rakan2 seramai 5 orang memegang pesakit tersebut. Saya kemudian menekan jari kaki pesakit dan akhirnya jin yang td mulanya sombong kesakitan dan mula bercakap sambil memarahi saya agar melepaskannya. Saya terus meruqyah dan memberi amaran untuk menyembelihnya jika dia masih enggan. Saya kemudian cuba menarik jin tersebut, tetapi tidak berhasil. Malah Jin tersebut sempat memperli saya kerana dia tidak berjaya ditarik keluar. Ternyata selepas disembelih, jin tersebut masih gagal disembelih. Maklumla, saya ini masih belajar, kurang amalan, dan banyak maksiat yang sentiasa dibuat.

Tak lama kemudian, baba datang dan meminta rakan2 pesakit tadi melepaskannya. Sebaik saja dilepaskan, ia terus melarikan diri dan mengunci diri dalam tandas surau. Baba kemudiannya meruqyah air dan memujuk pesakit agar keluar dari tandas untuk berbincang secara baik. Akhirnya pesakit keluar dan masuk kembali ke surau. Saya lihat ketenangan Baba dalam menghadapi kes ini. Baba meminta pasakit agar melihat tapak tangan dan muka baba. Pesakit akhirnya cuba bertindak ganas dan menyerang baba. Dengan menggunakan tapak tangan dan menepuk di dahi pesakit, pesakit terus tersedar dari rasukan. Kemudian, pesakit diberi minum air ruqyah dan diberi beberapa amalan sebagai pendinding.

Pada semester ini juga, Mas’ul untuk Usrah kami telah dilantik. Mohd Adhwan (lebih dikenali sebagai che’ mat) telah diamanahkan sebagai mas’ul bagi menggantikan Akh Fazli yang kini ditempatkan di sekolah di Langkawi, Peninggalan Akh Fazli merupakan satu kehilangan besar buat kami semua. InsyaAllah, pada tahun ini, perancangan awal telah dibuat agar usrah pada tahun ini berjalan dengan lancar.

Semester ini juga menyaksikan pertandingan merebut Jawatan dalamMajlis Perwakilan Pelajar di IPGM KSM. Sebanyak 6 jawatan dipertandingkan. Kelas saya telah menghantar 3 orang wakil, iaitu Arif Arifin sebagai calon YDP, Abd Ghaffar sebagai calon Bendahari dan Siti Hajar Aisha sebagai calon Penolong Setiausaha. Pada hari ini 18hb, keputusan pilihanRaya diumumkan, dan Alhamdulillah ketiga-tiga calon memenangi pilihan raya kali ini. Tahniah kepada kalian bertiga. Selamat berjaya dalam memikul amanah ini.

Apapun, harapan saya,

Semoga Semester kali ini memberi rahmat dan kejayaan kepada semua

.

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template