Ahad, Januari 31, 2010

LAPORAN PERKAMPUNGAN MENARA GADING TRG 2010 (PMGanu 2010)



LAPORAN PERKAMPUNGAN MENARA GADING TRG 2010 ( PMGanu 2010)

Pada 28-30 Januari 2010 telah berlangsungnya program Perkampungan Menara Gading 2010(PMGanu) bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program yang julung-julung kalinya diadakan di negeri terengganu ini merupakan anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Program ini juga telah mendapat kerjasama dan tajaan dari pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu(MAIDAM) dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Objektif penganjuran PMGanu 2010 kali ini bertunjangkan 3 perkara iaitu:
1. mendedahkan lepasan SPM,STPM dan STAM mengenai cara hidup mahasiswa di IPT.
2. Melahirkan budaya ilmu dikalangan bakal-bakal mahasiswa terengganu.
3. Membina dan merapatkan jaringan ukhwah antara peserta-peserta.

Pelbagai pengisian telah disajikan kepada para peserta sepanjang berlangsungnya PMGanu kali ini. Antaranya, Ceramah, Forum dan Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yang sememangnya disusun dan dirancang dengan teliti bagi memastikan objektif utama program ini dapat dicapai.

Majoriti barisan urusetia untuk program kali ini merupakan mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Manakala fasilitator untuk PMGanu ini dijemput khas dari Persatuan Pelajar Islam Selangor(PEPIAS). Para urusetia dan fasilitator program PMGanu pada kali ini jelas kelihatan amat bersemangat dan bersungguh-sunguh dalam mempastikan program yang pertama kali dianjurkan di terengganu ini berjalan dengan lancar. Apa yang sungguh membanggakan adalah kerana mereka langsung tidak mendapat sebarang bayaran untuk penat lelah dan keringat yang mereka curahkan sepanjang program ini berlangsung. Tahniah dan syabas kepada semua komuti dan fasilitator.

Pada awalnya, pihak penganjur telah menetapkan hanya untuk menerima penyertaan peserta seramai 80 orang sahaja. Tetapi, pada hari pendaftaran PMGanu, jumlah peserta yang mendaftar ialah seramai 106 orang (43 lelaki dan 63 perempuan). Jumlah peserta seramai 106 ini merupakan di luar jangkaan penganjur dan menyebabkan penganjur terpaksa menyediakan penginapan tambahan untuk peserta. Sepanjang program ini, peserta dilihat memberikan kerjasama dan menunjukkan minat yang tinggi dalam melalui setiap aktiviti yang dirancang.


Selaku pengarah program ini, saya menyusun sepuluh jari meminta kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang berlangsungnya program ini. Jutaan terima kasih kepada pimpinan PKPIM pusat, Abg Fahmi dan Kak Akma, Presiden PEPIAS, Abg Zulhelmi dalam usaha sehingga terhasil PMGanu yang pertama ini. Buat semua sahabat Barisan Perjuangan saya, iaitu semua komiti-komiti dan fasilitator yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan PMGanu ini.Kalian semua merupakan mahasiswa dan pejuang yang hebat. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Ingatlah bahawa, “barangsiapa yang membantu agama Allah, maka Allah akan membantunya”


Tidak dilupakan buat adik-adik peserta PMGanu 2010 yang sekarang bergelar “Graduan Perkampungan Menara Gading Terengganu 2010”, didoakan agar kalian menjadi mahasiswa yang terbaik. Ingatlah bahawa, Generasi yang terbaik ialah Generasi yang mengubah Generasi selepasnya kepada lebih baik dan kalianlah Generasi itu.

Akhir kata, Kepada semua yang terlibat, semoga rantaian Ukhwah yang telah terbina sepanjang PMGanu 2010 ini berkekalan hingga akhirnya.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah di PMG lain kita akan bertemu lagi!!

Disediakan:
Muhammad Ubaidullah Bin Mohd Kamaruddin
Pengarah PMGanu 2010

3 ulasan:

VECHNO-MiX berkata...

mmg mantop!
arap program macm nieh diteruskan.
he3

Muhammad Ubaidullah berkata...

i'Allah,,
tahun depan, i'Allah buat lagi..
Korang plak handle..hehe

mohad berkata...

info yang baik...

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template