Selasa, November 25, 2008

BUATMU..........

BARUKU FAHAM ERTI PERSAHABATAN SEBENAR…

………………………………….

KU DEDIKASIKAN KHAS BUAT SAHABAT-SAHABATKU….
INNI UHIBBUKUM LILLAH…

Terasa bagaikan baru semalam kita saling berpelukan sambil mengalir dan menitiskan air mata bersama…. Masih segar di ingatan kenangan kita bersama,,senda gurau dan segalanya….


SAHABATKU…..
Sepanjang cuti ini, aku amat beryukur kerana semua sahabat-sahabatku selalu mengingatkanku kepada ALLAH. Terasa Indah sangat ukhwah kita. Apa tidaknya, kalian sentiasa mengejutkan aku dari lena tidur dengan menghantar ‘SMS’ pada setiap awal pagi.


“SALAM TAHAJJUD YA AKHI”
Inilah SMS yang biasa aku terima dari sahabat2ku khususnya rakan usrahku ( Izzat, Hafiz, Rauhan, Abg Fazli , Ghaffar, Afiq, Nabil, Quddus dan sahabat lain). Begitu juga diriku,,,Kami berbalas SMS pada awal2 pagi sekitar 3 – 5 pagi untuk Qiamullail dan tahajjud. Indah sangat Ukhwah ini! Sungguh!


SAHABATKU,…
Ketahuilah,,tika aku menerima SMS dari kalian,,kadang2 mengalir air mataku dan terasa aku begitu jauh ketinggalan dari kalian semua.. Amat jauh ketinggalan!! Di saat aku sedang lena,, pastinya kalian sedang menghadap ALLAH ,,tentu kalian sedang mengalirkan air mata keinsafan, memuji SANG PENCIPTA dan memujaNYA.. Aku yakin kalian semestinya sedang berkasih-kasihan dan bermanja2 dengan KEKASIH AGUNG….. Aku amat iri hati dengan kalian…Terasa amat hina diri ini dibandingkan dengan kalian semua..


SAHABATKU….
Semoga nasihat baba untuk kita saling membersihkan hati sepanjang cuti ini menjadi pendorong dan semangat kita bersama. Sesungguhnya aku tidak kuat dalam menempuh dunia ini. Aku terlalu cepat lupa dan leka dengan hiburan dunia. Maka sedarkanlah aku,,Kerana kalianlah sahabatku…



SAHABATKU…
Aku akui bahawa aku bukanlah insan yang baik. Apa yang aku selalu ucapkan dan aku TULIS INI,,sering aku lupa dan tidak amalkan..Justeru,,ingat dan sedarkanlah aku.. Jika kalian lihat aku payah menerima nasihat kalian,, janganlah kalian berputus asa dalam menasihati diri ini. Memang aku akui,selalunya aku susah menerima nasihat dan pendapat orang lain, Tapi, aku harap kalian tidak putus asa dengan diriku..



SAHABATKU…
Semester depan, ada TUGAS DAN AMANAH besar yang bakal kita hadapi. Iaitu mengidupkan syiar islam di bumi ipsm tercinta kita. Aku pasti amat sukar dan susah AMANAH tersebut. Tapi, aku percaya dengan kalian. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepadaku dan kepada kalian dalam menghadapi AMANAH tersebut.. Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan pertolongan kepada hambaNYA yang menolong dalam menegakkan AGAMA-NYA..


SAHABATKU…
Semoga ukhwah kita semakin kuat dan kukuh dan kekal buat selamanya…
Semoga sama2 mencapai maqam Taqwa..i'Allah..


Salam ukhwah dariku....

Muhammad Ubaidullah Bin Mohd Kamaruddin

Khamis, November 13, 2008

SUKA DAN DUKA HARI TERAKHIR………….



……………………. EXAM/Paper terakhir..…

Hari ini merupakan hari terakhir/ last paper utk aku,,, Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menghabiskan peperiksaan akhir semester ini dengan seadanya.. RISAU sgt sebab x dapat menjawab dengan baik dalam 2 kertas Major iaitu Matematik.. Tp,, semua usaha dah dilakukan,,,sekarang hanya boleh bertawakkal..
“Jika kamu berazam(sungguh-sungguh),Maka bertawakkallah kepada ALLAH…”
“Jika Kamu tolong agama ALLAH,,ALLAH akan menolong kamu!”

………………………………….USRAH TERAKHIR………..

Selesai sahaja solat asar,, aku bersama rakan usrah lain menuju ke tempat biasa untuk usrah.. Ini merupakan usrah terakhir bagi kami untuk semester ini.. kali ini kami membaca surah Al-A’la…. Baba menyampaikan amanat terakhir beliau untuk usrah kami yang terakhir ini… SEDIH… tersentuh dengan kata2 dan luahan dari hati beliau yang cukup ikhlas itu… Beliau memberikan tugasan kepada kami untuk dilakukan sepanjang cuti ini.. Semoga ALLAH memanjangkan umur kami untuk terus bersama dalam usrah ini pada tahun akan datang,, .

……………KULIAH PERUBATAN ISLAM KE-4 @ TERAKHIR………….

Selepas usrah,,aku bergegas balik ke bilik untuk mempersiapkan diri untuk menghadiri Kuliah Perubatan Islam yang terakhir untuk semester ini… Malam ini,, beliau menerangkan khasiat dan kegunaan asas 7 – asas 10… kami perlu menghafal semua doa Asas 10 ini semasa cuti nanti.. Semoga aku istiqomah dalam mempelajari ilmu perubatan yang menjadi Fardhu kifayah ini..
“Dan Beristiqomahlah kamu seperti mana yang disuruhkan keatasmu”
(al-quran)
Apa yang penting,,beliau menyuruh agar kami menggunakan cuti ini untuk membersihkan hati.. Caranya: elakkan buat maksiat…!! Bykkan Zikrullah dan tambahkanlah ilmu di dada khusunya ilmu agama…


…………….Blog dan Internet………..

Mungkin juga ini merupakan ‘post’ aku terakhir sebelum aku meninggalkan tempat belajar tercintaku ini. Maklumla,,di rumah,,xda kemudahan internet..
I’Allah,,akan diusahakan…
p/s: Kepada semua guru pelatih,,selamat bercuti diucapkan,,Semoga cuti ini lebih baik dari cuti2 sebelum ini(untuk agama dan iman kita)… Semoga menggunakan cuti ini dengan menambahkan ilmu pengetahuan dan amal2… Salam kemaafan kepada semua..
…………….

Selasa, November 11, 2008

JIHAD?? GANAS KE??






ARTIKEL INI DEPETIK DARIPADA ARTIKEL ILMIAH DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN(MUFTI PERLIS)


Daripada Ibn `Abbas katanya: Rasulullah s.a.w apabila menghantar tenteranya maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. 1




Maksudnya:Daripada Ibn `Umar r.a. “Seorang wanita di dapati terbunuh dalam satu peperangan (yang disertai Nabi s.a.w) maka baginda pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak”. 2


Hadith-hadith di atas adalah antara hadith-hadith yang menggariskan disiplin mujahidin Islam ketika berada di medan jihad. Sekalipun Islam mengajak umatnya berperang menegak serta mempertahankan maruah dan harga diri, Islam tidak mengizinkan umatnya bermaharajalela di medan peperangan di atas nama ianya peperangan seperti yang kita lihat apa yang dilakukan oleh kuasa-kuasa jahat terhadap negara-negara yang mereka perangi. Islam mengawal dan mengajar umatnya, sekalipun peperangan itu adalah peperangan, namun nilai-nilai keluhuran dan akhlak tetap wajib dituruti dan dipatuhi. Firman Allah:




“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. 3



Adalah mudah bagi bagi kita untuk mengamalkan sikap yang murni dan akhlak yang mulia dalam keadaan biasa dan aman. Ini kerana suasana aman menjadikan akal dapat berfikir dengan baik serta menguasai diri, tetapi perkara ini menjadi begitu sukar dalam suasana peperangan. Sekalipun begitu Islam tetap dengan kemuliaannya. Islam mewajibkan mereka yang berperang di atas namanya terus beriltizam dengan peraturan dan akhlak sekalipun ketika di medan perang. Peperangan di atas nama Islam adalah demi untuk meninggikan kalimah Allah. Juga supaya manusia dapat menerima dan melihat keindahan Islam. Ini tidak mungkin dengan cara ditumpahkan darah manusia sebanyak-banyak. Sebaliknya Islam meletakkan peraturan agar dikurangkan nyawa yang terkorban dan darah yang tumpah. Inilah lambang peradaban Islam yang tiada tolak bandingnya. Dengan itu, manusia akan menjadi jinak hatinya dengan agama ini. Inilah rahsia bagaimana Islam dapat berkembang pantas pada zaman kegemilangannya. Negara atau wilayah yang dimasuki oleh tentera Islam dengan pantas penduduknya akan beriman dengan ajaran Islam, tanpa sebarang paksaan, sebaliknya akhlak yang dipamirkan oleh tentera Islam. Tiada paksaan di dalam Islam untuk seseorang beriman dengan ajarannya. Kepercayaan dan keimanan sesuatu yang tidak mungkin terhasil dengan paksaan. Keimanan itu bermula dengan hati yang percaya. Sekiranya seseorang yang dipaksa itu mengucapkan sesuatu dengan lidah, namun jika hatinya tidak beriman, dia tetap dianggap tidak beriman. Pedang dan senjata tidak mungkin dapat memasukkan iman ke dalam hati manusia. Namun peranan pedang dan senjata ialah untuk menghapuskan tangan-tangan yang menghalang iman masuk ke dalam hati manusia lain.




Untuk itu Islam menetapkan agar pembunuhan hanyalah di medan perang dan tidak boleh direbakkan ke luar medan. Hanya dibunuh mereka yang terlibat dengan peperangan. Adapun golongan musuh yang tidak menyertai peperangan, mereka tidak dibunuh selagi mereka tidak menzahirkan permusuhan dan penentangan bersenjata. Secara terperincinya, mereka ialah:




Pertama: Wanita dan kanak-kanak. Antara dalilnya, hadith daripada Ibn Umar r.a yang disebut di atas.

Kata al-Imam al-Syafi`iy (wafat 204H): “Tidak diharuskan sesiapapun di kalangan muslimin untuk sengaja membunuh wanita dan kanak-kanak (dalam peperangan), kerana Rasulullah s.a.w. melarang membunuh mereka” . 4




Kata Ibn Rusyd (wafat 595H): “Demikian juga tiada khilaf di kalangan ulama mengenai tidak harus membunuh kanak-kanak dan wanita selagi mereka tidak terlibat berperang. Apabila wanita turut berperang, maka dia boleh dibunuh. Ini semua berdasarkan apa yang pasti daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda melarang wanita dan kanak-kanak dibunuh” . 5




Kedua: Orang tua dan orang yang uzur. Jumhur ulama (majoriti), iaitu Abu Hanifah, Malik, Ahmad dan satu dari pendapat al-Syafi`iy, menyatakan mereka ini tidak dibunuh, melainkan jika dikhuatiri terhadap tindakan dan perancangan mereka di dalam peperangan. Dalilnya firman Allah di atas:



Maksudnya: “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. 6


Dalam riwayat yang dhaif daripada Abu Daud dikatakan Nabi s.a.w.bersabda:


“Pergilah kamu (ke medan perang) dengan nama Allah, dengan Allah dan di atas agama Rasullulah!. Jangan kamu membunuh orang tua yang lemah, kanak-kanak, wanita. Jangan kamu mengkhianati harta rampasan, himpunkan harta peperangan kamu, buatlah yang elok dan baik, sesungguhnya Allah sukakan mereka yang berbuat baik”. 7


Sekalipun hadith ini sanadnya dhaif, namun golongan tua yang tidak membantu peperangan samada dari segi tenaga atau buah fikiran, tetap tidak wajar dibunuh. Ini dapat diqiaskan kepada wanita yang tidak membantu peperangan. Kata Ibn Daqiq al-`Id (wafat 702H): “Hukum asalnya ialah tidak boleh membunuh.




Hanya dibolehkan membunuh demi mengelakkan kemerbahayaan. Sesiapa yang pada kebiasaan tidak berperang (menentang tentera Islam) dan tidak berkemampuan untuk berperang maka dia tidak mendatang mudarat seperti mana mereka yang berperang. Maka hukumnya kembali kepada asal iaitu mereka itu tidak boleh dibunuh” . 8




Apa yang penting ialah mereka tidak bertindak membantu peperangan. Oleh itu pasti daripada Nabi s.a.w. juga bahawa baginda memerintahkan supaya dibunuh Zaid bin al-Summah yang berusia 120 tahun atau lebih kerana membantu tentera Hawazin . 9




Ketiga: Mereka yang beribadat di rumah-rumah ibadat. Dalilnya ialah riwayat Ibn `Abbas yang dinyatakan tadi

Kata al-Syaukaniy (wafat 1250H): “Pada hadith ini dalil bahawa tidak boleh membunuh sesiapa daripada golongan kuffar yang hanya beribadat seperti paderi kerana mereka tidak memudaratkan kaum muslimin” . 10




Keempat: Para pekerja dan petani. Jumhur ulama menyatakan mereka tidak dibunuh. Dalilnya hadith Hanzalah al-Katib r.a., katanya:



Maksudnya:“Kami bereperang bersama dengan Rasulullah s.a.w. , lalu kami melintasi seorang wanita yang dibunuh. Ketika itu orang ramai berkumpul padanya, lantas mereka memberi ruang kepada baginda (untuk melihatnya). Baginda bersabda: “Dia ini (wanita tersebut) tidak turut berperang”. Kemudian baginda mengarahkan seorang lelaki, sabda baginda: “Pergi kepada Khalid ibn al-Walid, katakan kepadanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkannya dengan sabdanya: Jangan kamu bunuh kanak-kanak (dalam sebahagian riwayat: wanita) dan `asif (pengambil upah)”. 11




Kata al-Sindiy (wafat 1138H): “Maksud pengambil upah di sini ialah yang mengambil upah menjaga tunggangan atau seumpamanya, bukan pengambil upah berperang”. 12 Antara tanda pengambil upah ialah mereka tidak bersenjata . 13



Mungkin termasuk juga di dalam pengambil upah ini ialah mereka yang hanya bertugas menyediakan makanan, atau yang membersihkan kem tentera dan seumpamanya. Selagi mereka tidak bertindak membantu peperangan, maka mereka tidak dibunuh.



Kelima: Para perwakilan dan diplomat. Ini berdasarkan hadith Abdullah bin Mas`ud, katanya: Ibn al-Nawahah dan Ibn Uthal datang kepada Nabi s.a.w sebagai perwakilan Musailamah (al-Khazzab). Baginda bertanya:




Maksudnya:“Apakah kamu berdua mengakui bahawa aku ini Rasulullah”. Kata mereka berdua: “Kami menyaksikan bahawa Musailamah rasulullah”. Sabda Nabi s.a.w: “Aku beriman dengan Allah dan para RasulNya. Kalaulah aku ini boleh membunuh para perwakilan, nescaya aku bunuh kamu berdua”. Kata ‘Abdullah bin Mas`ud: “Telah menjadi suatu sunnah bahawa para perwakilan tidak dibunuh”. 14



Kata Syams al-Haq al-Abadi: “Pada hadith ini dalil yang menunjukkan haramnya membunuh para perwakilan” . 15




Demikian tingginya nilai tamadun yang dipegang oleh Islam sejak 1400 tahun lebih yang lalu. Ketika dunia belum lagi celik dan mengenali batasan-batasan peraturan dan hak asasi, Islam telah menggariskan peraturan dan hak dalam persoalan peperangan dan hubungan antarabangsa. Bukan sekadar atas nama kemanusiaan dan ketamadunan, bahkan atas nama agama yang membabitkan persoalan halal dan haram serta perhitungan pada hari kiamat. Ini semua adalah bukti bahawa tuduhan Islam sebagai agama ganas dan tidak berperikemanusiaan adalah palsu dan bohong. Tuduhan yang tidak berpijak di atas teks Islam yang sebenar. Islam sebenarnya telah mendahului tamadun dan peradaban yang wujud pada hari ini.


--------------------


1- Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir ketika mentahqiqkan musnad Ahmad, hadith ke-2728: “Sanad hadith ini hasan”

2- Riwayat al-Bukhari dan Muslim

3- Surah al-Baqarah: 190

4- al-Syafi`iy, al-Umm (Dar al-Ma’rifah, Beirut) 4/239.

5- Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid (Dar al-Fikr, Beirut) 1/280.

6- Surah al-Baqarah: 190.

7- Riwayat Abu Daud sanadnya dha`if.

8- Ibn Daqiq al-`Id, Ihkam al-Ahkam (Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut) 4/184.

9- Syams al-Haq Abadi, `Aun al-Ma’bud, jld 7, m.s. 196, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut

10- Al-Syaukaniy, Nail al-Autar (Dar al-Jil, Beirut) 8/74.

11- Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad. Sanad Ibn Majah adalah sanad yang sahih. Al-Albaniy juga di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah (hadith ke-701) menyatakan sahih. lihat: 2/314, (Maktabah al-Ma`arf li al-Nasyr, Riyadh)

12- al-Sindiy, Syarah Sunan Ibn Majah (Dar al-Ma’rifah, Beirut) 3/380.

13- `Aun al-Ma’bud, 7/236.

14- Riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la kata al-Haithamiy (wafat 807H):Sanad-sanad mereka adalah hasan. Lihat: al-Hathaimiy, Majma’ al-Zawaid (Dar al-Rayyan, Beirut) 5/314.

15- `Aun al-Ma’bud, 7/314

Sabtu, November 08, 2008

LELAKI ACUAN AL-QURAN...



Lelaki acuan Al-Quran ialah seorg Lelaki yg beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang sentiasa haus dgn ilmu, dahaga dgn pahala,
Yang solatnya adalah maruahnya,
yg tdk pernah takut berkata benar,
Yang tdk gentar melawan nafsu...
Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yg menjaga tuturkatanya,
Yg tdk bermegah dgn ilmu yg diperolihinya,
Sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yg pelindung,
Yang mempunyai ramai kawan dan tdk mempunyai musuh bersifat jembalang...
Lelaki acuan Al-Quran semtiasa menghormati kedua ibubapanya,
yg bakal menjaga keharmonian rumah tangga ,
Yg akan mendidik anak-anak mendalami ilmu agama,
Yg mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana Dunai baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat...
Lelaki acuan Al-Quran sentiasa bersedia utk agamanya,
Yg hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat saidina ABU BAKAR AS-SIDDIQ,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah ke atasnya....
Lelaki acuan Al-Quran tdk pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca,
Yg suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Yg tidurnya lena dgn cahaya keimanan,
Bangun subuhnya penuh dgn kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...
Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati,
Yg baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yg mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian....
Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yg tidak terpesona
dgn buaian dunia,
Kerana ia mengimpikan syurga,Disitulah rumah impiannya,

Jumaat, November 07, 2008

BUSY......

……………………………….USRAH………………………………….
Pada hari isnin, 3/11/08, aku dan teman2 yg lain mengikuti usrah bersama naqib usrah tercinta kami seperti biasa,,, Masing2 merindui untuk mengikuti usrah beliau dan rindu berjumpa dengan beliau… Seperti biasa,,usrah dimulakan dengan bacaan alquran dan tafsir surah Al- A’la… Kemudian naqib kami menghidangkan kami dengan tayangan video berunsur ilmiah dan islam.. Antara video yang menarik ialah mengenai betapa kerdilnya kita dimata ALLAH, Setiap sesuatu ada penciptanya dan keajaiban haiwan ciptaan Allah… Langsung tidak layak untuk kita berjalan sombong di atas muka bumi ini. Betapa kerdilnya kita…. “ Dan jika dunia ini bernilai disisi ALLAH walaupun sebesar sayap nyamuk,,,pastinya ALLAH tidak memberi makan kepada org kafir dan membantu org mukmin”( x pasti samada hadis,ayat or kata2 ulama’)… Jelas,, dunia kita yang kita duduki ni,,x bernilai pun,,,, Yang dinilai Allah adalah amalan kita…. Kemudian, Afiq menyampaikan tazkirah yang diamanahkannya pada usrah lepas.,.. Kemudian,,kami berbincang tentang isu berbangkit,,antaranya mengenai BLOG…. Usrah kami selesai agak lewat pada petang tu,,Asalnya,,kami rancang utk keluar makan di hadapan IPSM,,tetapi terpaksa ditangguh kerana selepas maghrib,, Kuliah Perubatan Islam Kali ke-3 akan diadakan…

…………………………………………………………………………….
KULIAH PERUBATAN ISLAM KALI KE-3
Pada kali ini kami diajarkan mengenai Asas 10… Kami dikehendaki menghafal kesemua 10 asas ini sepanjang cuti semester akan datang ini,,I’Allah,,… Seperti biasa, kedatangan pelatih guru agak ramai… En Zul menerangkan kelebihan asas 10 ini dan kegunaannya dalam berubat.. Kemudian, kami diajar tentang cara memagar rumah… Sesi pertanyaan soalan juga diadakan..Ternyata banyak persoalan yang dikemukakan khususnya dari golongan guru pelatih wanita…..

…………………………………………
STUDY??????
Pada malam keesokannya,, aku,,nabil,,hafiz,,,pok jat,,,dan ghafar mengulangkaji di surau Al-Firdaus… Kami berbincang mengenai subjek Murid dan Alam Belajar (MAB). Kami ( akan menduduki peperiksaan subjek ini pada hari khamis… Terasa sangat ukhwah dikalangan kami semua.. Perbincangan kami diselangi dengan bacaan cerita-cerita teladan dari kitab 101 kisah teladan(ustz Zahazan).., Bagi mengelak perasaan mengantuk,, kami selangi perbincangan kami dengan sembang2 dan minum air teh… Akh Rauhan dan Ariff juga turut datang mengulangkaji bersama kami.. Apapapun,,, yang diharapkan agar kami semua mendapat keputusan yang cemerlang. Kerana ianya mampu menjadi uslub dakwah kepada adik2 junior khususnya,,,
YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI……
Percayalah shbt2ku,, walaupun kadang2 kita terfikir bahawa kita terlalu lemah dalam memikul beban dakwahNya ini,, percayalah,, bahawa pertolongan ALLAH sentiasa ada..
“Hai orang-orang yang beriman,,jika kamu menolong (agama) ALLAH,, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” surah Muhammad,,ayat 7,juzu’ 26….
………………………………………………………………………………
Kelab Rakan Masjid..
Pada sebelah petang selepas asar,,, semua anak usrah berkumpul untuk sedikit taklimat untuk kem yang akan berlangsung di Bachok pada hujung semester ini oleh Naqib kami.. kemudian selepas maghrib, beliau memberi sedikit nasihat dan perangsang khususnya ahli KRM…. Sungguh berkesan kata2 beliau,,memberi kami kekuatan untuk mencintai masjid ini… “ 7 golongan yg ALLAH akan lindungi dan payungi pada saat tiada lagi lindungagn( hari qiamat),,,,,,pemimpin yg adil………..pemuda dan pemudi yg hatinya tertaut dan cintakan masjid…..”
…………………………….
---EXAM MODE-----
Peperiksaan akan bermula jam 8.30 pagi hingga 11 pg… Aku keluar dari bilik agak awal bersama roomateku,,syazwan dan menuju ke kantin untuk minum pagi…. Kemudian,,terus ke dewan bendahara untuk exam……Alhamdulillah,,,Berjaya juga aku menempuhi paper pertama …. Taktala kita sibuk dengan peperiksaan dunia ini,,, ingatlah,,,kita juga pasti kena menempuhi satu peperiksaan WAJIB,,,, iaitu soalan2 di dalam alam qubur kelak…Peliknya,,soalan2 tersebut telahpun “dibocorkan” oleh ALLAH… Xperlu nak study apa,,,yang menjawabnya adalah amalan2 kita semasa di dunia ni…



……………………
QIAM DAN STUDY MATH GEOMETRY/….
Malam td,,(malam jumaat),, aku,,apih,,,ghafar,,pok jat,,,ridhwan,,,halim,,dan afiq mengulangkaji di surau…. Kami berbincang mengenai Geometry dari awal topik,, Kemudian kami tidur dan bangun untuk solat sunat…. Inilah ukhwah kami sekelas,,…..Semoga usaha kami ini diberkati ALLAH… Semoga kami mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester 2 ini…

………………………………………
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template