Ahad, Januari 31, 2010

LAPORAN PERKAMPUNGAN MENARA GADING TRG 2010 (PMGanu 2010)



LAPORAN PERKAMPUNGAN MENARA GADING TRG 2010 ( PMGanu 2010)

Pada 28-30 Januari 2010 telah berlangsungnya program Perkampungan Menara Gading 2010(PMGanu) bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program yang julung-julung kalinya diadakan di negeri terengganu ini merupakan anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Program ini juga telah mendapat kerjasama dan tajaan dari pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu(MAIDAM) dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Objektif penganjuran PMGanu 2010 kali ini bertunjangkan 3 perkara iaitu:
1. mendedahkan lepasan SPM,STPM dan STAM mengenai cara hidup mahasiswa di IPT.
2. Melahirkan budaya ilmu dikalangan bakal-bakal mahasiswa terengganu.
3. Membina dan merapatkan jaringan ukhwah antara peserta-peserta.

Pelbagai pengisian telah disajikan kepada para peserta sepanjang berlangsungnya PMGanu kali ini. Antaranya, Ceramah, Forum dan Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yang sememangnya disusun dan dirancang dengan teliti bagi memastikan objektif utama program ini dapat dicapai.

Majoriti barisan urusetia untuk program kali ini merupakan mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Manakala fasilitator untuk PMGanu ini dijemput khas dari Persatuan Pelajar Islam Selangor(PEPIAS). Para urusetia dan fasilitator program PMGanu pada kali ini jelas kelihatan amat bersemangat dan bersungguh-sunguh dalam mempastikan program yang pertama kali dianjurkan di terengganu ini berjalan dengan lancar. Apa yang sungguh membanggakan adalah kerana mereka langsung tidak mendapat sebarang bayaran untuk penat lelah dan keringat yang mereka curahkan sepanjang program ini berlangsung. Tahniah dan syabas kepada semua komuti dan fasilitator.

Pada awalnya, pihak penganjur telah menetapkan hanya untuk menerima penyertaan peserta seramai 80 orang sahaja. Tetapi, pada hari pendaftaran PMGanu, jumlah peserta yang mendaftar ialah seramai 106 orang (43 lelaki dan 63 perempuan). Jumlah peserta seramai 106 ini merupakan di luar jangkaan penganjur dan menyebabkan penganjur terpaksa menyediakan penginapan tambahan untuk peserta. Sepanjang program ini, peserta dilihat memberikan kerjasama dan menunjukkan minat yang tinggi dalam melalui setiap aktiviti yang dirancang.


Selaku pengarah program ini, saya menyusun sepuluh jari meminta kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang berlangsungnya program ini. Jutaan terima kasih kepada pimpinan PKPIM pusat, Abg Fahmi dan Kak Akma, Presiden PEPIAS, Abg Zulhelmi dalam usaha sehingga terhasil PMGanu yang pertama ini. Buat semua sahabat Barisan Perjuangan saya, iaitu semua komiti-komiti dan fasilitator yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan PMGanu ini.Kalian semua merupakan mahasiswa dan pejuang yang hebat. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Ingatlah bahawa, “barangsiapa yang membantu agama Allah, maka Allah akan membantunya”


Tidak dilupakan buat adik-adik peserta PMGanu 2010 yang sekarang bergelar “Graduan Perkampungan Menara Gading Terengganu 2010”, didoakan agar kalian menjadi mahasiswa yang terbaik. Ingatlah bahawa, Generasi yang terbaik ialah Generasi yang mengubah Generasi selepasnya kepada lebih baik dan kalianlah Generasi itu.

Akhir kata, Kepada semua yang terlibat, semoga rantaian Ukhwah yang telah terbina sepanjang PMGanu 2010 ini berkekalan hingga akhirnya.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah di PMG lain kita akan bertemu lagi!!

Disediakan:
Muhammad Ubaidullah Bin Mohd Kamaruddin
Pengarah PMGanu 2010

Jumaat, Januari 22, 2010

Perkampungan Menara Gading 2010

Program Perkampungan Menara Gading-MENARA TERENGGANU 2010 yang akan diadakan di UMT pada 28-30 JANUARI 2010 . Program ini adalah merupakan satu program yang julung-julung kalinya diadakan di negeri Terengganu.

Program ini bertujuan melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan prograsif agar mampu bergerak secara proaktif sejajar dengan peredaran zaman. Program ini juga bertujuan untuk membantu mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta memupuk sahsiah yang tinggi dengan memiliki matlamat yang jelas dan mampu untuk membangunkan diri, keluarga dan negara berlandaskan kefahaman dan penghayatan Islam yang syumul.

Program ini akan diadakan pada :

Tarikh :
28-30 JANUARI 2010
Tempat :
Universiti Malaysia Terengganu ( UMT )
Sasaran :
Pelajar Lepasan SPM,STPM dan STAM
Bayaran :
RM 30
(bayaran boleh dilakukan semasa hari pendaftaran)



Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi :

Saudara Khairul Ikhwan : 0139966160
Saudari Ainon : 0145396634

http://pmganu.blogspot.com/

Isnin, Januari 18, 2010

Semester Baru



Alhamdulillah dengan izin Allah, Saya kini berada pada Semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Masih ada 3 semester lagi untuk dilalui untuk mendapatkan Ijazah dan ditempatkan ke sekolah2 di Malaysia,, insyaAllah. Bermakna sudah hampir 4 tahun saya berada di Besut. Bagi kami pelajar semester 5, semester ini kami akan menempuhi praktikum selama sebulan di sekolah2 sekitar besut. Praktikum ini akan bermula pada 21 Mac ini, insyaAllah.

Pada Semester ini juga, beban tanggungjawab saya juga agak bertambah kerana diamanahkan beberapa jawatan. Insya Allah, pada 28 hingga 30 Januari ini, program Perkampungan Menara Gading akan dianjurkan di Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Program ini memfokuskan sasaran kepada 80orang peserta yang terdiri daripada lepasan SPM,STPM dan STAM.Dan Saya diberi amanah sebagai pengarah untuk program ini. Majoriti Ajk program ini adalah pelajar2 UDM.

Pada minggu lepas juga saya diberi keizinan olehNya untuk mengikuti dan membantu Guru Saya, Baba (Tn HJ Zulkefle Ab Rahman) bagi merawat seorang pelajar wanita yang mengalami masalah gangguan. Pada mulanya, saya menerima sms dari Baba yang meminta saya melihat keadaan seorang pelajar yang kerasukan. Baba ketika itu sedang menguruskan sesuatu urusan dan saya diminta mewakilinya sementara Baba menyiapkan urusan2nya. Ketika tiba, pelajar itu sudah kelihatan sedar sementara kawannya membaca yasin disebelah. Saya meruqyah air untuk diminum oleh pelajar itu. Pada mulanya saya anggap kes selesai, tetapi saya kemudiannya mengikuti mereka ke surau selepas diminta oleh rakan2nya agar merawat pelajar itu. Menurut rakan2, pelajar ini telah mengalami masalah ini kira-kira 2 tahun lepas. Menurut perawat2 yang merawatnya, ia adalah masalah sihir.

Saya memulakan ruqyah dengan membaca Pembuka ruqyah (27-30 Al-Fajr) dan Surah Al-Fatihah. Pelajar itu kerasukan sebelum saya sempat menghabiskan bacaan fatihah. Mulanya, saya mengajak agar jin dalam tubuh pesakit untuk berdialog dengan saya, malangnya jin tersebut enggan. Saya menawarkan pelbagai tawaran tetapi sia2. Ia semakin sombong. Saya kemudian membaca ayat2 ruqyah untuk menyiksa jin tersebut. Ketika dibaca, ia menangis dan kesakitan. Teapi jin ini masih sombong dan enggan keluar dari badan pesakit. Saya menggunakan sejadah untuk memukul belakang pesakit tersebut, dan ternyata jin itu dalam kesakitan dan mengelak dari dipukul. Pesakit kemudian bangun untuk menyerang saya tetapi rakan2 seramai 5 orang memegang pesakit tersebut. Saya kemudian menekan jari kaki pesakit dan akhirnya jin yang td mulanya sombong kesakitan dan mula bercakap sambil memarahi saya agar melepaskannya. Saya terus meruqyah dan memberi amaran untuk menyembelihnya jika dia masih enggan. Saya kemudian cuba menarik jin tersebut, tetapi tidak berhasil. Malah Jin tersebut sempat memperli saya kerana dia tidak berjaya ditarik keluar. Ternyata selepas disembelih, jin tersebut masih gagal disembelih. Maklumla, saya ini masih belajar, kurang amalan, dan banyak maksiat yang sentiasa dibuat.

Tak lama kemudian, baba datang dan meminta rakan2 pesakit tadi melepaskannya. Sebaik saja dilepaskan, ia terus melarikan diri dan mengunci diri dalam tandas surau. Baba kemudiannya meruqyah air dan memujuk pesakit agar keluar dari tandas untuk berbincang secara baik. Akhirnya pesakit keluar dan masuk kembali ke surau. Saya lihat ketenangan Baba dalam menghadapi kes ini. Baba meminta pasakit agar melihat tapak tangan dan muka baba. Pesakit akhirnya cuba bertindak ganas dan menyerang baba. Dengan menggunakan tapak tangan dan menepuk di dahi pesakit, pesakit terus tersedar dari rasukan. Kemudian, pesakit diberi minum air ruqyah dan diberi beberapa amalan sebagai pendinding.

Pada semester ini juga, Mas’ul untuk Usrah kami telah dilantik. Mohd Adhwan (lebih dikenali sebagai che’ mat) telah diamanahkan sebagai mas’ul bagi menggantikan Akh Fazli yang kini ditempatkan di sekolah di Langkawi, Peninggalan Akh Fazli merupakan satu kehilangan besar buat kami semua. InsyaAllah, pada tahun ini, perancangan awal telah dibuat agar usrah pada tahun ini berjalan dengan lancar.

Semester ini juga menyaksikan pertandingan merebut Jawatan dalamMajlis Perwakilan Pelajar di IPGM KSM. Sebanyak 6 jawatan dipertandingkan. Kelas saya telah menghantar 3 orang wakil, iaitu Arif Arifin sebagai calon YDP, Abd Ghaffar sebagai calon Bendahari dan Siti Hajar Aisha sebagai calon Penolong Setiausaha. Pada hari ini 18hb, keputusan pilihanRaya diumumkan, dan Alhamdulillah ketiga-tiga calon memenangi pilihan raya kali ini. Tahniah kepada kalian bertiga. Selamat berjaya dalam memikul amanah ini.

Apapun, harapan saya,

Semoga Semester kali ini memberi rahmat dan kejayaan kepada semua

.

SUNGAI DIBAWAH LAUTAN


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.



http://www.aquaaventura.com/images/gallery/cenote2.jpg





http://playadelcarmentravel.travel/wp-content/uploads/2008/10/cenotes-in-playa-del-carmen.jpg



http://www.seamonkeybusiness.com/images/photosplaya/cenote_angelita_franco.jpg


Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

Ahad, Januari 17, 2010

Kursus Anjuran TIAF

Kursus Anjuran TIAF



Alhamdulillah pada 26 Disember 2009, saya berkesempatan mengikuti kursus anjuran TIAF bertajuk “Sihir & Permasalahan serta Cara Rawatan” bertempat di Dewan A, Kompleks Balai Islam Lundang, Kelantan.
Antara ilmu-ilmu yang saya perolehi sepanjang kursus ini ialah:

1) Amalan-amalan yang berkaitan dalam perawatan. (Persediaan perawat)
a) Amalan asas perawat
b) Risiko perawat
c) Keperluan serang balas(counter attack) & Kaedahnya
d) Pagar rumah


2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan 'permainan' pengamal-pengamal
sihir.
a) Sihir campurlibat jin
b) Sihir tanpa campurlibat jin

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam merawat sihir, antaranya:
a) Kaedah menangkap Toyol dan Anak Kerak
b) Kaedah lupus susuk atau buang susuk
c) Kaedah Pecah Busung
d) Dan lain-lain kaedah yang berkaitan.

4) Pengijazahan amalan.
5) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan
6) 7 Salamun Hayy
7) Amalan Kerezekian
8) Doa Nur

Antara gambar2 yang sempat diambil:


Pengerusi Majlis, Ustaz Al Azhar


Menjawab Soalan Peserta


Sibuk membeli produk2 TIAF


Ustaz Wan Asrul

Isnin, Disember 21, 2009

Majlis Ijtima’ Perawat Akrine (MIPA) 2009








Alhamdulillah,,,, segala pujia-pujian hanyalah untukNya kerana dengan rahmat dan belas kasihannya masih diizinkan kita untuk terus hidup di muka bumi ini. Selawat dan salam atas kekasih kita Nabi Muhammad kerana dengan penat lelahnya dalam dakwah telah menyebabkan kita merasai nikmat iman dan islam sekarang. Pada 19hb Disember telah berlangsungnya program MIPA di Akrine, kuang, Selangor. Dan syukur saya berpeluang mengikuti program ini.

Perjalanan saya bermula dari kuala Terengganu dengan menaiki bas pada malam 18hb. Jutaan terima kasih kepada sahabat saya saudara hezri yang berada di klang,Selangor kerana sudi menjemput di terminal klang dan menumpangkan saya di rumahnya. Saya telah berkenalan dengan Hezri semasa Kursus rawatan di Akrine pada julai lepas. Dan hezri telah menjemput saya di terminal bas klang jam 5.30pagi.


Rasanya ini kali
pertama saya menjejak kaki ke klang selepas tahun 2005 ketika menuntut ilmu di klang. Kemudian kami solat subuh di masjid sebelum di bawa ke rumahnya. Pagi itu kami bersembang dan saudara hezri menceritakan pengalaman2 merawatnya. Banyak sungguh pengalaman dan kes2 yang beliau lalui selepas kursus di akrine. Hebat pengalaman sahabatku ni kalau nak disbanding dengan aku…
Perjalanan dari klang ke kuang memakan masa kira-kira 30minit. Sepanjang perjalanan banyak ilmu yang dikongsi bersama saudara hezri. Alhamdulillah tepat jam 9pagi kami tiba di sana. Kelihatan begitu ramai perawat yang pernah berkursus di Akrine hadir ke MIPA kali ini. Alhamdulillah kehadiran perawat dianggarkan 70 orang.

Sesi
pendaftaran dilakukan dan semua perawat mendapat kad perawat Akrine masing-masing. Saya sebenarnya tidak sabar untuk bertemuperawat-perawat ‘otai’ yang akan turut hadir dalam MIPA 09 ini seperti ustaz wan asrul TIAF, ustaz abu mujahid, ustaz fahruddin dan wan RAINS, ustaz Azrin dan lain-lain

Majlis Ijtima’ ini bermula selepas ketibaan Tuan Guru Akrine, Ustaz Abdul Majid ke dewan majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan kemudiannya ucapan Perutusan MIPA 09 dari tuan guru sendiri.. Perutusan pada kali ini menekankan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh para perawat.

Konsep Niat, Doa, Ruqyah
dan Tindakan/Teknik amat dititikberatkan dalam proses merawat. Perutusan sempena MIPA bolehlah dirujuk di blog akrine,,, http://akrine.blogspot.com/ .



Pengerusi Majlis,Ustaz Zed


Perutusan MIPA 09 oleh Ustaz Abdul Majid


Selain itu, Teknik rawatan terbaru iaitu Akrionic juga diperkenal dan diterangkan oleh pencipta Akrionic ini.



Pencipta Akrionic..


Pengalaman merawat turut dikongsi oleh beberapa perawat iaitu oleh Cikgu Sarji AkrineBera, Ustaz Marzuki dan Ustaz Wan Asrul TIAF.


Khusyuk mendengar cerita pengalaman merawat


Fokus

Alhamdulillah sempat juga saya berjumpa dan bersembang dengan perawat2 ‘otai’ yang hadir di MIPA kali ini.

Antaranya Ustaz Azrin (http://www.urutbatinrawatsihir.com/) dari urut batin dan rawat sihir. Beliau seorang yang cukup sederhana. Ustaz Azrin menegaskan bahawa dalam menuntut ilmu perlulah ada pengorbanan barulah ilmu itu dihargai. Ini berdasarkan pengalaman beliau. Pada mulanya beliau menganjurkan kursus secara percuma, tetapi malangnya ianya dilihat tidak dihargai oleh pelajar. Oleh itu, beliau menetapkan bayaran jika ingin belajar atau kursus dari beliau.

Ustaz Fakhruddin RAINS (http://prainurusyifa.blogspot.com/) juga sempat saya “temu ramah”. Pada mulanya saya lihat Ustaz RAINS agak pendiam, tetapi selepas didekati beliau seorang yang mudah mesra dan serius orangnya. Beliau menyatakan bahawa sesungguhnya beliau mendapat peringatan dan teguran dari Allah kerana beliau baru je "sangkut pakaian perawat”.

Saya juga berpeluang mendekati ustaz Wan Asrul TIAF (http://terapi-alfatah.blogspot.com/) . Ustaz Wan Asrul seorang yang memiliki ilmu yang tinggi dalam ilmu perubatan.Menurut beliau, sudah hampir 19 tahun beliau mendalami ilmu perubatan ini. Antara ilmu menarik yang sempat dikongsi oleh beliau ialah cara memagar rumah dari toyol dan orang minyak. Menurut beliau juga segabai perawat dalam mengamalkan sesuatu ayat, perawat perlu tahu niat mereka samada “untuk atau kerana”. Beza Istilah “Untuk” dan “kerana” perlulah diperhalusi. Selain itu dalam berzikir kepada Allah juga ditimbulkan istilah “INGAT dan SEBUT”.

Sebelum balik ke klang, sempat juga saya berbual dengan Ustaz Abu Mujahid (http://abumujahid-urduni.blogspot.com/) berkenaan kursus anjuran TIAF di Kelantan pada 26hb ini. InsyaAllah saya akan menghadiri kursus ini. Ustaz bertanggungjawab dalam menguruskan penganjuran kursus ini khusunya menyediakan tempat,promosi dan lain2.

Gambar-Gambar yang sempat diambil:


Berkongsi ilmu


Berbincang dan berkongsi ilmu




Bersalaman sebelum berpisah



Tunggu giliran nak bersalaman


Sesungguhnya banyak ilmu dan kenalan yang diperoleh sepanjang program MIPA 09 ini. I’Allah program ini akan menjadi program tahunan di AKRINE..


Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template