Khamis, Oktober 29, 2009

PENDEKATAN DAKWAH DENGAN LIDAH DAN QUDWAH

1.0 Pendahuluan

Dakwah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat Islam. Tanpa usaha dakwah masyarakat akan menjadi pincang kerana perkara kebajikan tidak akan berlansng dan kemungkaran akan berleluasa. Namun, persoalan yang timbul ialah; apakah pendekatan yang perlu digunakan dalam melakukan dakwah. Kertas kerja ini menyorot dua pendekatan yang boleh digunakan iaitu dakwah dengan lidah dan dakwah dengan qudwah.

2.0 Pengertian Dakwah

Dakwah bermaksud menyeru dan memanggil. Dakwah yang dimaksudkan di sini ialah seruan kepada manusia untuk menerima Islam dan seruan untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran

Dalilnya ialah firman Allah:

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون

Maksudnya:Hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan (Islam), menyuruh melakukan kebajikan dan mencegah melakukan kemungkaran. Justeru, hakikat dakwah sebenarnya ialah amar makruf, nahi munkar.

3.0 Pendekatan Dakwah Dengan Lidah

Al-Quran menjelaskan, pendekatan dakwah yang perlu dilakukan ialah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Allah berfirman:

ادعوا إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

Maksudnya:Berdakwahlah kamu ke arah jalan Tuhanmu dengan Hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Hikmah mempunyai dua maksud iaitu kebijaksanaa dalam meletakkan sesuatu pada tempatnya dan juga bermaksud sunnah Nabi saw. Nasihat yang baik pula adalah dengan menggunakan lidah. Bergitu juga berbahas dan berdebat memerlukan kemahiran berbicara. Di sinilah pentingnya pendekatan dakwah menggunakan lidah.

4.0 Pendekatan Dakwah dengan Qudwah

Pendekatan yang asas dalam berdakwah ialah dengan qudwah atau tunjuk ajar. Ini kerana manusia lebih terpengaruh dengan apa yang dibuat berbanding apa yang didengar. Justeru itu, para anbiya’ yang membawa dakwah Islam ke seluruh umat ditarbiyah oleh Allah untuk menjadi manusia terbaik yang boleh diikuti oleh manusia. Pendekatan ini menuntut pendakwah menghiasi diri dengan dua perkara iaitu amal dan akhlak.

4.1 Amal Pendakwah

Amal para pendakwah perlu digilap Justeru pendakwah mesti menampilkan diri mereka sebagai

  1. seorang yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat terhadap persoalan ghaib iaitu hakikat alam akhirat, syurga dan neraka dan keyakinan pada janji-janji Allah seperti janji rezki dan kemenagan Islam.
  2. seorang yang prihatin dengan ibadah-ibadah khusus iaitu solat lima waktu, puasa wajib, zakat dan haji.
  3. seorang yang prihatin dengan amalan-amalan sunat seperti solat rawatib, solat dhuha, solat malam, puasa sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya.

4.2 Akhlak Pendakwah

Akhlak pendakwah juga perlu dibina. Justeru pendakwah perlu dilihat sebagai

  1. Seorang yang amanah, merendah diri, pemalu, pemaaf dan tidak lekas marah.
  2. Seorang yang menjaga lidah.
  3. Seorang yang mencintai dan meyayangi orang lain
  4. Seorang yang mengutamakan kepentingan orang lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan

5.0 Dakwah Dengan Lidah

Dakwah dengan lidah memerlukan pendakwah menghiasi diri dengan beberapa perkara iaitu:

  1. Ilmu tentang perkara yang ingin disampaikan.
  2. Kepetahan lidah dalam menyampaikan dakwah.
  3. Bijak dalam mengukur dan melihat tahap ilmu sasaran dakwah.
  4. Bijak menggunakan pendekatan penyampaian yang sesuai berdasarkan sasaran dakwah.

5.1 Ruang Dakwah Dengan Lidah

Antara ruang-ruang dakwah dengan lidah yang boleh dimanfaatkan ialah:

  1. Nasihat menerusi perbualan dan pergaulan seharian
  2. Tazkirah ringkas pada waktu-waktu yang bersesuaian. Antaranya dengan membaca buku-buku nasihat agama yang sesuai pada kesempatan yang terluang seperti selepas solat waktu di surau dan masjid.
  3. pertemuan dalam kumpulan kecil (usrah)
  4. Ceramah, forum dan seminar di rumah, pejabat, masjid dan surau.

5.2 Dakwah Dengan Penulisan

Dakwah dengan penulisan juga adalah sebahagian dakwah yang berkesan dewasa ini. Antara ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan ialah:

  1. menulis tazkirah ringkas untuk diedarkan kepada masyarakat setempat.
  2. mencetak bahan-bahan nasihat yang diperolehi menerusi sumber-sumber yang dipercayai.
  3. menggunakan ruang teknologi maklumat seperti email, blog dan web.
  4. menggunakan ruang penulisan dalam akhbar seperti surat pembaca dan lain-lain.

6.0 Penutup

Para pendakwah perlu meletakkan kerja dakwah sebagai satu usaha mendapatkan redha Allah. Dengan itu mereka perlu bertindak menurut kehendak Allah. Jika tidak amal dakwah hanya akan menjadi sia-sia.

Rabu, September 16, 2009

Nasyid IPGM Zon Timur





Alhamdulillah pada 10hb september yang lalu (khamis) telah berlangsung Pertandingan Nasyid IPGM Zon Timur. Pertandingan ini bertempat di IPGM Kampus Dato' Razali Ismail, kuala terengganu. Pertandingan ini disertai 4 buah IPGM Zon Timur iaitu, IPGM Kampus Sultan Mizan, IPGM Kampus Kota Bharu, IPGM Kampus Dato' Razali Ismail dan IPGM Kampus Tengku Afzan..






Dan sepanjang berlangsung pertandingan ini, inilah keputusannya...




Johan : IPGM Kampus Dato' Razali Ismai


Naib Johan:IPGM Kampus Tengku Afzan


Ketiga: IPGM Kampus Sultan Mizan


Keempat:IPGM Kampus Kota Bharu




Walaupun hanya meraih tempat ketiga, tetapi kami berpuas hati dengan pencapaian ini.


Ini merupakan percubaan sulung kami. Sebelum ini kami hanya bertanding di peringkat IPGM KSM sahaja.. Tambahan pula, kami hanya berpeluang berlatih hanya dalam masa sehari kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan berbanding kumpulan lain yang rata2nya sudah 3minggu memulakan latihan,.




Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian..


Ahad, September 06, 2009

JOM JADI JUTAWAN..


SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 1 PAHALA.SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT 27 PAHALA
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 270 PAHALA .........
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU 18900 PAHALA SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 94500 PAHALA
MARI KITA TUKARKAN DALAM BENTUK RM.SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 1.00
SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT RM 27.00
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 270.00
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU RM 18,900.00
SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 94,500.00 SATU HARI!!!
PAHALA SOLAT DALAM 30 HARI DALAM BULAN RAMADHAN RM 2,835,000.00WOW! MASYA ALLAH KITA SUDAH JADI JUTAWAN HANYA DALAM BULAN RAMADHAN 30 HARI SAHAJA!!!!
NABI SAW MEMBERITAHU SEKIRANYA KITA MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI CONTOH ALIF LAAAAAAM MIIM, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN PAHALA ATAS SETIAPNYA.
SAHABAT PUN BERTANYA SATU PERKATAAN SATU PAHALAKAH?NABI SAW MEMBERITAHU LAGI BUKAN BEGITU, ALLAH SWT MEMBERIKAN PAHALA ALIF 1 PAHALA LAM 1 PAHALA DAN MIM 1 PAHALA.
WOW!!!
BILA KITA BACA AL-QURAN DALAM RAMADHAN INI DAN DITUKARKAN DALAM RM BERAPAKAH JUMLAHNYA?
BAGAIMANA DENGAN ZIKIR, SADAQAH, SOLAT SUNAT, ZAKAT,PUASA, MALAM LAILATUL QADAR DAN LAIN-LAIN LAGI?
SESUNGGUHNYA ALLAH SWT ITU TERAMAT MAHA PEMURAH DAN MAHA KAYA. TIDAK ADA MANA-MANA PERNIAGAAN, PEKERJAAN, MULTI LEVEL MARKETING, JUTAWAN INTERNET DAN LAIN LAIN DALAM DUNIA YANG MAMPU MENAWARKAN BONUS SEBANYAK INI!!!BAGAIMANA DENGAN ANDA?
MASIH NAK JADI PAPA KEDANA ATAU JADI JUTAWAN!!!!! AYUH AJAK KELUARGA, RAKAN DAN YANG LAINNYA MENYERTAI KAMI MENJADI JUTAWAN JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEBELUM TERLAMBAT DAN TARIKH TUTUP SAMPAI.TETAPI SEDIHNYA MASIH RAMAI KITA YANG MAHU MISKIN DIDUNIA DAN MISKIN DI AKHIRAT! MENGAPA?ALAH SWT JUGA MENGAJAR KITA BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA MANUSIA INI SENANTIASA (DIULANGI SENANTIASA) BERADA DALAM KERUGIAN MELAINKAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN JUGA DI DALAM KESABARAN.
TAK GUNA JIKA KITA ADA DEGREE KE, JADI AKAUNTAN KE, MASTER IN BUSINESS ADMIN (MBA) KE, KALAU TAK TAU NAK KIRA UNTUNG RUGI BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT.
JADI MARI KITA LIHAT SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI!!!!!!*SESUNGGUHNYA RM1.00 TAK MUNGKIN SAMA NILAI DENGAN 1 PAHALA ALLAH SWT. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERAPA BESAR NILAINYA SATU PAHALA ITU. RENUNGKANLAH. WALLAHU'ALAM.
SELAMAT BERPUASA,SELAMAT BERAMAL,SEMOGA RAMDHAN INI MEMBERI SATU MAKNA KEPADA KITA. REBUTLAH PELUANG YANG HADIR SETAHUN SEKALI INI SAHAJA. MUNGKINKAH INI RAMDHAN TERAKHIR BUAT KITA TAK SIAPA YANG TAHU.......



dipetik dr:http://ummihumaira.blogspot.com/2009/08/jutawan-ramadhan.html

DOA DIPLOMATIK

Salam Ramadhan..

Untuk post kali ini saya ingin berkongsi "Doa Diplomatik' yang saya peroleh semasa kursus AKRINE...
Doa ini elok dibaca untuk mereka yang mempunyai masalah gangguan samada sihir, saka atau lain2.. InsyaAllah,, dengan izin Allah,, jin akan lembut hati dan memudahkan proses merawat sekaligus untu kesembuhan diri pesakit,, InsyaAllah...
Inilah doanya...

DOA SETIAP SELEPAS SEMBAHYANG

Ya Allah.

Kiranya ada dalam tubuhku ini, sebarang makhluk halus yang masuk, kerana aku sendiri yang memanggilnya,, atau yang dihantar atau ia datang sendiri,, maka aku maafkan mereka Ya Allah..

Engkau ampunkanlah mereka Ya Allah..

Engkau kurniakanlah mereka hidayahMu Ya Allah..

Dan engkau berikanlah mereka kekuatan serta permudahkanlah mereka keluar dari tubuhku ini Ya Allah..

Ya Allah,

Hanya denganMu aku berlindung dan berserah.

Sabtu, September 05, 2009

IKRAR PEMUTUS

Untuk post ini, saya sertakan ikrar pemutus untuk dikongsi kepada semua pembaca blog ini.. Biasanya, sebelum rawatan, ikrar ini akan diajar kepada pesakit untuk memudahkan proses rawatan. tetapi bagi saya, Ianya boleh dan perlu dibaca oleh semua. InsyaAllah anda akan terlepas dan terputus ikatan dengan makhluk halus, biiznillah...



IKRAR PEMUTUS

Bismillahirahmanirrahim….
Ya Allah,

Sesungguhnya aku dan mewakili keluargaku, dengan ini mengisytiharkan untuk memutuskan sebarang bentuk perjanjian atau ikatan yang dibuat sebelum ini,
dengan segala makhluk halus, di dalam badan kami ini, sekiranya ada..

Sesungguhnya Ya Allah,

Kami haramkan tubuh kami ini daripada dimasuki apa juga jenis makhluk halus..

Hanya padamu Ya Allah,,, tempat kami berserah dan mohon perlindungan,, Ya Allah..

MEMORI SBE

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat daripada Allah, akhirnya berjaya juga aku menjalani School Based Experienced(SBE) di SK Bukit Sawa, Marang, Trg selama seminggu bermula 30 ogos hingga 3 september 2009. Ini adalah SBE kali keempat dan merupakan yang terakhir buat semua pelajar semester 4. Pada semester hadapan, kami akan menjalani praktikum pula.

……….ALHAMDULILLAH…

Ini kali kedua menjalankan SBE di sekolah yang sama(sekolah rendah saya dahulu) kerana memenuhi permintaan ummi yang menginginkanku melakukannya dirumah agar dapat menyambut ramadhan bersama2 di rumah. Maka sempatlah berpuasa hampir 2 minggu dirumah.
Untuk tugasan SBE kali ini, terdapat 2 tugasan utama. Iaitu membuat pemerhatian terhadap proses P&P untuk subjek bahasa inggeris pada setiap hari dan mendapatkan maklumat berkenaan kelab dan persatuan di sekolah. Tugas ini tidaklah membebankan kerana pihak sekolah dan guru2 memberikan kerjasama dengan baik. Ini kerana hampir semua guru mengenali dan pernah mengajar saya ketika di zaman sekolah rendah dahulu.
Sepanjang SBE ini juga saya diberi peluang mengajar subjek bahasa inggeris untuk tahun 3. Sebenarnya agak kekok untuk menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya sepanjang p&p kerana bimbang mereka tidak faham apa yang ingin disampaikan, tetapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. Pelbagai nasihat, kata2 semangat dan peringatan diberikan oleh guru2 di sini. Nasihat2 yang amat berguna untuk bekalan diri ini sebagai pendidik kelak,.


……………. ADA JIN KE TAK PADA BULAN RAMADHAN??.......

Apa yang paling bermakna ialah pengalaman apabila saya diminta merawat seorang guru yang mengalami masalah gangguan makhluk halus yang telah lama dialaminya.. Segalanya bermula apabila aku terdengar pertanyaan guru tersebut kepada rakannya,,”Dalam bulan ramadhan, jin kena rantai ke x?”.. Kebetulan masa tu saya sedang melayari internet dan membuka video Expose Mistik di Youtube.. Guru tersebut berminat dan akhirnya selepas agak lama berbual, beliau menceritakan masalah yang dialaminya selama ini..
Entah kenapa badan tidak begitu selesa ketika bersembang dengan guru tersebut, rasa pening dan hendak pitam. Mungkin kerana apa yang ada dalam badannya.. Wallahua’lam..

Menurut beliau, beliau hanya menyedari memiliki gangguan selepas mendirikan rumahtangga dan memiliki anak. Pada setiap jam 12 tgh malam, anaknya akan mula menangis dan menganmbil masa yang agak lama untuk berhenti menangis. Begitulah yang berlaku pada setiap malam. Akhirnya, kawannya mengajaknya berjumpa dengan seorang perawat untuk merawat masalah yang dihadapi bayinya itu. Pada masa itulah baru yang dia tahu bahawa makhluk halus itu ada padanya dan sengaja mengganggu anaknya. Masalah yang dialaminya ialah, guru ini akan mudah marah dan mengamuk( diluar kawal tetapi separuh sedar). Selain itu, perasaan takut dan berdebar yang keterlaluan sering dialami. Ramai perawat yang dijumpai dan biasanya, selepas rawatan, dia akan pulih buat tempoh masa yang tidak lama. Kemudian gangguan itu akan dialaminya kembali. Banyak peristiwa yang telah beliau alami antaranya banyak kali bergaduh dengan jiran dan saudara mara. Ini kerana beliau sendiri tidak mampu mengawal dirinya ketika dirasuk. Yang pasti dia separuh sedar dan merasa sangat malu selepas berlaku setiap kejadian.. Menurut perawat2 yang telah dijumpainya, Jin2 itu berasal dari ilmu Silat yang telah dia pelajari sejak kecil..

Alhamdulillah, saya berkesempatan menemuinya semula pada hari terakhir SBE. Dia meminta agar di scan untuk mengetahui berapa bilangan jin yang masih ada dalam tubuhnya. Ini kerana dia merasa tanda2 gangguan kerapa dialaminya sejak Ramadhan. Sebenarnya, pada hari itu saya dalam keadaan yang tidak berapa bersedia untuk merawat. Maklumla, hari terakhir SBE dan ingin menyelesaikan beberapa tugasan terakhir. Menurut pesan guru, untuk merawat, perawat perlulah dalam keadaan yang bersedia. Tetapi bagi memenuhi hajat dan harapan beliau, saya memulakan teknik ‘Scanning’ kepada beliau.. Menerusi 2 teknik scan yang aku jalankan iaitu menggunakan tapak tangan dan besi rawatan, tidak memberi kesan kepada pesakit ini.. Kemudian saya mengajarkannya agar menggunakan Teknik Tikam Jin.. Dan menurut pesakit,, beliau merasakan haba yang sangat panas pada jarinya. Seolah2 diletak pada ekzos kenderaan. Wallahua’lam…
Kemudian,, saya meneruskan sesi rawatan dengan meminta agar pesakit membaca IKRAR PEMUTUS. Ini penting untuk memutuskan sebarang ikatan dengan makhluk halus. Ketika membaca IKRAR PEMUTUS,, kaki kanan pesakit bergerak2. Ini menandakan bacaan IKRAR tadi sedikit sebanyak memberi kesan kepada Jin tersebut. Ini diakui sendiri oleh pesakit,,.Wallahua’lam.. Kemudian, saya mencuba membacakan RUQYAH di telinga pesakit.. Ketika membaca, kelihatan badan dan tangannya terketar. Tetapi satu silap saya adalah kerana membaca ruqyah dalam tempoh yang tidak lama. Jujurnya, ketika membaca ruqyah, saya tidak dapat meberi focus sepenuhnya,.. Diakui kerana terlalu kurangnya Ilmu dan Pengalaman., Selesai membaca ruqyah,, pesakit memberitahu yang JIN tersebut sudah ada berhampirannya dan hampir2 merasuk.. tetapi dek kerana tempat rawatan yang saya lakukan sedikit terdedah.,, jadi pesakit melawan jin itu sedikit kerana bimbang malu jika dilihat oleh pelajar.. Wallua’lam…
Daripada kes ini,, amat memberi makna kepada saya khusu untuk pengalaman merawat. Sepatutnya saya,,
· Fokus yang tinggi perlu ketika rawatan
· Kesediaan perawat amat penting sebelum merawat
· Tempat yang sesuai untuk rawatan
InsyaAllah,, kelemahan dan kekurangan akan saya perbaiki. Dan jika ada rakan2 perawat ,membaca kes saya ini, diharap dapat memberi teguran, nasihat dan panduan khusus dalam merawat.

............Syukur.........
Alhamdulillah kerana SBE yang terakhir ini berjalan lancar... Semoga apa yang diperoleh sepanjang SBE kali ini berguna buat diri sebagai Seorang Bakal Pendidik...

Salam.....
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template