Isnin, Oktober 27, 2008

Membetulkan Niat Menuntut ILMU....

Menuntut Ilmu


Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
“Daripada Ka’ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn ‘Umar, al-Hakim daripada Jabir bin ‘Abdillah. Al-Hakim mensahehkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut. Ada perselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.)

Tujuan menuntut ilmu agama adalah untuk keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya. Juga untuk menegakkan kebenaran dan membelanya. demikian tugasan dan tanggungjawab taalib al-‘Ilm dan ulama’ (ahl al-‘Ilm). Menuntut ilmu adalah ibadah dan ianya membawa insane muslim ke syurga.

Namun ada di kalangan manusia golongan yang ingin bermegah-megah dengan ilmu agamanya, bukan untuk kebenaran tetapi sekadar untuk menaikan diri dan kedudukannya sahaja. Dalam hadith ini disebut tiga niat buruk yang menyebabkan penuntut ilmu agama dihumban ke dalam neraka.

Pertama : Liyujaariya bihi al-‘Ulama’ – iaitu untuk bersaing dengan ulama. Kata al-Imam Ibn Athir (wafat 606H) : “maksudnya ialah untuk dia bersama ulama di dalam perbahasan dan perdebatan bagi menzahirkan ilmunya kepada orang ramai dengan tujuan riya’ dan sum’ah (inginkan kemasyhuran). (Ibn al-Athir, al-Nihayah fi gharib al-Hadith wa al-Athar, 1/256, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.)

Turut berbincang dan berbahas dalam majlis ulama atau dengan para ulama bukanlah satu kesalahan. Apatah lagi jika seseorang itu bernar-benar berkemampuan. Islam menggalakkan kebangkitan ilmu dan generasi intektual yang baru.

Islam mengalu-alukan ijtihad yang baik dan memenuhi tuntutan. Namun yang salah ialah pada niatnya yang ingin menjadikan ilmu sebagai jambatan kesombongan dan ketakburan. Ilmu yang sepatutnya membawa dirinya kepada syukur dan insaf dijadikan sebagai punca sikap bangga diri dan menunjuk-nunjuk.

Kesan niat yang sangat buruk sangat bahaya; orang yang seperti ini hanya mementingkan dirinya sahaja bukan kebenaran fakta. Dia hanya ingin menegakkan hujahnya untuk menaikkan namanya bukan untuk kebenaran yang Allah redhai. Jika dia melihat kebenaran di pihak lain dia akan menolak dan mencari dalih yang baru demi menjaga kemasyhuran namanya. Maka tempat orang seperti ini di dalam neraka.

Kata al-Imam al-Tibi (wafat 743H) : “Maksud hadith ini ialah dia tidak menuntut ilmu kerana Allah, sebaliknya untuk dia berkata kepada para ulama : “aku ini berilmu seperti kamu”, kemudiannya dia takabur dan meninggikan diri pada orang ramai. Ini semuanya (sifat) yang tercela dan azab siksa akan dikenakan kepadanya.” (Al-Tibi, Syarh al-Tibi ‘ala al-Miskah al-Masabih, 1/420, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.)

Kedua : Liyumaariya bihi as-Sufahaa’ – untuk bertengkar dengan orang jahil. Kata Imam al-Munawi (meninggal 1031H) : “Maksudnya ialah untuk dia berhujjah dan bertengkar dengan mereka secara sombong dan membanggakan diri.” (Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/176, cetakan al-Maktabah al-Tijariyah al-kubra, Mesir)

Niat buruk kedua dalam menuntut ilmu agama ialah menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertengkar dengan orang yang jahil kerana ingin menunjukkan kehebatannya. Sedangkan antara tujuan ilmu ialah untuk menyelamatkan orang jahil agar menemui kebenaran. Ini kerana akal golongan yang jahil sangat terhad dan memerlukan bimbingan. Namun ada golongan yang menuntut ilmu untuk bertengkar dengan golongan jahil ini dan menunjukkan kehebatannya kepada mereka. Orang jahil yang terhad ilmu dan akalnya pasti menyangka dia hebat. Mungkin hal ini tidak dapat dilakukan di hadapan ulama maka dia mencari ruang di kalangan orang jahil.

Sebenarnya berbahas, atau berhujjah, atau berdebat itu sendiri bukanlah perkara yang terlarang dalam syariat, tetapi ianya mestilah dengan cara yang baik dan membawa kesan yang positif. Bukan untuk kesombongan dan ketakburan tetapi untuk membimbing manusia kembali kepada hidayah. Firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 125 yang bermaksud : “Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan ) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya tuhan mu Dia lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui siapa yang mendapat hidayah petunjuk.”

Kata al-Tibi : “Maksud : berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik ialah dengan cara yang terbaik dalam perdebatan, iaitu dengan lunak dan berlemah lembut tanpa bersikap kasar dan keras. Ini kerana golongan yang jahil itu kurang pertimbangannya.” (Al-Tibi, op.cit. 1/420.)

Ketiga : Yasrifa bihi wujuuha an-Naasi ilaihi – agar dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya. Ini niat buruk yang ketiga iaitu menuntut ilmu agar mendapat habuan, harta dan pangkat. Dia menjadikan pengetahuan agama untuk mencari popularity atau mendapat kedudukan dan jawatan. Menjadikan orang ramai tertarik kepadanya. Orang yang seperti ini sebenarnya bersedia untuk menjual agamanya untuk habuan dunia yang dia buru.

Kesalahannya bukan kerana dia mendapat habuan dunia atau kemasyhuran tetapi niatnya yang memburu dunia dengan mempergunakan agama itu adalah suatu kesalahan.

Jika menjelmanya tiga niat buruk ini dalam jiwa pemegang amanah ilmu maka ilmu tidak lagi menjadi cahaya yang menerangi kegelapan, sebaliknya ilmu akan dijadikan jualan untuk mendapatkan habuan. Oleh itu Nabi s.a.w. menjanjikan tiga niat buruk ini dengan neraka. Dalam hadith yang lain baginda menyebut : maksudnya :

“Daripada Abu Hurairah ; Sabda RasululLah s.a.w. : “ Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Solihin – lihat Ibn ‘Allan, Dalil al-Falihin, 4/191 cetakan Dar al-Fikr, Beirut)

Pengajaran Semasa

1. Semua para penuntut ilmu syarak pada zaman ini disemua peringkat hendaklah membersihkan niat asal mereka dalam menuntut ilmu. Jika golongan ilmuan Islam dapat dipulihkan niat mereka agar bersih dan mencari redha Allah s.w.t. pastinya Islam akan terbela dan setiap yang mempermain-mainkannya akan terjawab.

2. Kemunculan individu dan NGO tertentu yang cuba menjadikan nas-nas agama sebagai sendaan adalah terbit daripada salah satu dari tiga niat di atas. Mereka ini bukan sahaja tidak mencukupi ilmu pengetahuan agamanya sebaliknya mereka gagal membersihkan niat mereka dalam menuntut ilmu syarak atau ketika membaca bahan agama.

3. Kelahiran tokoh agama ‘segera’ yang mengajar agama di surau, masjid dan sebagainya tanpa mendalami ilmu-ilmu Islam dan disiplin setiap ilmu adalah berpunca dari niat ingin menzahirkan diri sekalipun mereka tidak layak. Sebahagian mereka sememangnya mempunyai sedikit pengajian agama. Namun niat ingin segera muncul di khalayak ramai menjadikan mereka tergesa-gesa menjadi guru orang ramai sebelum mereka menguasai ilmu. Maka lahir fatwa-fatwa yang menyanggahi kitab Allah dan sunnah RasululLah s.a.w.

4. Orientalis telah memperdayakan umat Islam dalam persoalan niat menuntut ilmu ini. Maka kita dapati pada hari ini ramai yang memiliki sijil agama sehingga ke peringkat kedoktoran falsafah dari dunia barat dengan ‘berguru’ kepada Yahudi dan Kristian. Sikap tidak mementingkan ilmu dan ingin segera memeliki sijil segera dan memperolehi habuan dunia menjadikan sebahagian mereka mengambil jalan pintas dengan berguru kepada musuh-musuh agama dalam bidang agama. Kebanyakan mereka pulang ke dunia Umat Islam dengan membawa pemikiran yang beracun. Secara sedar atau tidak mereka ini hari demi hari hanya menambahkan keraguan jiwa mereka terhadap agama, demikian juga mereka sebarkan kepada umat Islam.

Sebab itu seorang tabi’ besar Muhammad bin Sirin (wafat 110H) menyebut : maksudnya : “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan as-Sunnah) adalah Deen (agama). Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu.” (riwayat Muslim pada muqaddimah sahihnya)

Bayangkan bagaimana dipelajari aqidah Islamiyyah daripada guru yang kafir yang tidak percayakan Islam, bagaimana dipelajari tafsir daripada guru yang tidak percayakan al-Quran, bagaimana dipelajari hadith daripada guru yang tidak beriman dengan Muhammad sebagai Rasul, bagaimana dipelajari fekah daripada guru yang tidak pernah mengamalkan hukum hakam syarak. Namun hanya kepada Allah kita mengadu betapa ramai anak-anak umat Islam yang mendapat kelulusan agama dengan panduan mereka yang tidak beriman kepada Islam. mereka pulang dengan membawa gelaran-gelaran ilmu, namun sebenarnya sebahagian mereka hanya membawa racun kepada umat Islam.

Allah Maha Pengampun....

عن أنس یقول: (( قال الله تعالى: یا ابن آدم، إنك ما دعوتني قال: سمعت رسول الله
ورجوتني غفرت لك، على ما آان منك، ولا أبالي. یا ابن آدم، لو بلغت ذنوبك عنان
السماء، ثم استغفرتني غفرت لك، یا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطایا ثم لقيتني
لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan
Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak
Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon
ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,
andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang
menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT yang tidak
terbatas bagaikan lautan tidak berpantai.
(2) Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa
banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNya
dan dengan syarat dia mati dalam lman, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
(3) Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun
semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan. Amal soleh
tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang
melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan
pengampunan Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.
(4) Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya
menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah SWT.

Isnin, Oktober 20, 2008

KULIAH PERUBATAN ISLAM....

KULIAH PERUBATAN ISLAM

…………………………….
Alhamdulillah, pada malam semalam (ahad 20/10/08) telah diadakan kuliah perubatan Islam. Kuliah ini diadakan selepas solat maghrib dan disampaikan oleh En Zul (Naqib Usrah Pismp).
………………………….
Pada sebelah petang sebelum kuliah ini, aku dan rakan2 usrah menghadiri usrah seperti biasa selepas solat asar. Seperti biasa usrah dimulakan dengan membaca AlQuran dan tafsir. Pada minggu ini, kami membaca surah Al-buruj.. Selepas itu,, masing2 mendengar sedikit tazkirah mengenai “ Kesan Ketadaan Taqwa” oleh rauhan.. kemudian, Ghafar membaca pendahuluan kitab Usul Dakwah… Selepas itu, semua ahli usrah memberikan pendapat dan berkongsi ilmu masing2,,,
…………………….
Selesai usrah,, aku, hafiz, rauhan dan izzat menuju ke Kedai Nasi Ayam d hdpn IPSM untuk berbuka puasa. Pada waktu itu ianya sekitar jam 6.30 ptg…Maghrib kira2 6.56… Maka kami bersembang2.. Rauhan menunjukkan silap matanya manakala hafiz dan izzat membca surat khabar sambil bersembang2…Tidak berapa lama, ridhwan juga dating untuk berbuka puasa dan duduk sekali dgn kami..Selesai berbuka puasa,,,kami berjalan kaki ke Surau Al-Firdaus. Agak terlewat,,tetapi masih sempat untuk mendengar kuliah EN ZUL…
……………………
Beliau memulakan kuliah beliau dengan menceritakan tentang ilmu yang hendak disampaikan. En Zul telah mendapat ijazah perubatan islam semasa menuntut di UKM bangi dari Darul Syifa’ ataupun dari Dr.Haron Din.. Banyak pengalaman berubat yang diceritakan beliau.. Menurut beliau, hukum menuntut ilmu perubatan islam adalah Fardhu Kifayah.. Ini kerana bagi mengelakkan umat Islam yng mengalami masalah tertentu seperti gangguan makhluk halus daripada berubat dengan org bukan Islam yg pastinya menggunakan mantera2 yang berunsur syirik..
…………………………….
Keyakinan dan keberanian amatlah perlu bagi mempelajari Ilmu ini.. Ada beberapa syarat untuk mempelajari ilmu ini. Yang penting adalah penuntut perlulah mengamalkan bacaan Al-Fatihah selama 7 hari selepas solat… (pada hari pertama sekali selepas setiap solat fardhu,,hari kedua sebanyak 2 kali,, dan begitulah pada hari ke 7 iaitu sbyk 7 kali pada setiap slpas solat fardhu)..Selepas selesai 7 hari,, penuntut perlulah memagar diri dan kemudian mengamalkan asas 10..( akan dipelajari minggu akan datang). Kemudian, secara rasmi kita isyhtiharkan bahawa syaitan dan iblis adalah musuh kita dan x perlu takut kecuali pada ALLAH..
……………………….
Secara keseluruhannya, apa yang diamalkan dalam mempelajari ilmu ini adalah berlandaskan ISLAM.. Apa yang ISLAM suruh kita buat juga disebut dalam pengamalan ilmu perubatan ISLAM ini. Secara Positifnya, dengan mempelajari ilmu ini, ia menjadi MOTIVASI kepada kita supaya lebih byk beramal dan memperbaiki diri kita.. Maklumlah,,kita nak mengubat penyakit..So,perlu ubati diri kita dlu…
………………….
Apapun yang paling penting adalah niat kita menuntut ilmu ini.. Semoga Ilmu yang bakal dipelajari ini bermanfaat untuk diri ,, masyarakat dan khususnya agama ISLAM yang kita anuti dan sayangi ini.///..

………………………………………………………….

Ahad, Oktober 19, 2008

Luasnya Neraka Allah...


Luasnya Neraka Allah s.w.t.
www.iLuvislam.com
oleh: Muhammad Muaz

Assalammualaikum. Sahabat semua. Bacalah. Ya Allah,takutnyer... bacalah sampai habis.. sekejap sahaja.. tak sampai 5 minit pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.......

LUASNYA NERAKA ALLAH

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam,"

* Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya.

Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk pintu masing-masing?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali.

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai'. Menurut Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi, hadis ini adalah hadis dhoif. Hadis dhoif boleh dijadikan panduan/penggalak untuk beramal tetapi ia tidak boleh digunakan sebagai hujjah)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." - [2:159]


SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw: "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA. Sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA."

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt:

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." - [69:24]

UNTUK RENUNGAN DAN AMALAN BERSAMA.

Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun:

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN" - [21:87]

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

*
Menurut koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi, hadis diatas adalah hadis dhaif.

6 Soalan Imam Al- Ghazali

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Sabtu, Oktober 18, 2008

REHLAH DI LATA TEMBAKAH….




<<< Jumaat 18 September 2008 >>

<<<< Alhamdulillah >>>>>

Akhirnya berjaya juga hasrat kami (usrah En Zul) untuk menganjurkan rehlah atau cuti2 bagi kumpulan usrah kami. Kali ini, program ini dipetanggungjawabkan untuk diuruskan oleh izzat dan mungkin giliran ahli usrah yang lain pula untuk uruskan program yang akan datang. Pada mulanya, program ini dirancang untuk diadakan di Lata Rek…Tp, memandangkan jarak yang agak jauh menyukarkan kami…

<<< Bermulanya perjalanan >>>>>

Kami bertolak dari IPSMB kira-kira jam 8.30 pagi dan tiba hamper sejam kemudian. Pada asalnya kami menjangkakan yang program akan bermula jam 10 pg. Ini kerana, menurut perancangan pada jam 10 pg,, EN Zul akan memberikan tazkirah beliau. Tp, apbl kami tiba di sana, kami dimaklumkan yang beliau akan tiba lewat lantaran anak beliau yang sedang menduduki kertas terakhir PMR ingin mengikuti juga program ini. Biasala, dah merdeka katakan, mesti r nak Merdeka!..hehe

<<<>>>

Lapar… Itulah yang kami rasa sebaik tiba di lata. Setelah dimaklumkan yg En Zul tiba agak lewat,,, Kami pon apa lg,, terus menuju ke gerai selera yang terdapat disitu.Dengan dikepalai oleh saya dan hafiz,,yg kuat makan,,hehe…kami pon mengisi perut kami pada pg itu.. Sambil2 makan,, biasala,,kami sempat bergurau senda..

<<<>>>

Lepas makan,, pastilah semua dah kenyang dan ada ‘power’. Jd, kami pun memunggah segala peralatan termasuk makanan dan minuman ke tempat yang ingin kami tuju,,iaitu tingkat 2..ini kerana tempat ini sesuai untuk bersantai dan pastinya MANDI…=)..

<< Mandi >>

Melihatkan kejernihan air yang mengalir itu,, membuat kami x sbar2 untuk mandi..kami membuatkeputusan untuk mandi dlu,Sementara menunggu ketibaan En Zul,, Nikmat…. Memang best mandi,,bukan kerana x pernah mandi..tp kesegaran dan kesejukan air terjun memberikan satu kepuasan yg x terkata. Aku mengambil kesempatan utk belajar berenang dari kawan2 yg terrer berenang… maklumla,,, kita ni,xpandai berenang….

<<<>>>

Tak berapa lama kemudian,, tibalah en zul bersama family beliau. Kemudian kami diajar oleh “chef zul” tentang cara menyediakan dan memerap daging kambing yang dibawa olehnya.. Semua khusyuk mendengar..aku plak rakam video suasana tu…

<> Tazkirah,,..... >>

Kami berkumpul di bawah pohonon buluh yang rendang bg mendengar tazkirah. En Zul memegang Alquran+tafsir dan kitab 12 ciri ibadurrahman yg ditulis oleh Yusuf AlQardhawi…. Belaiau mengupas sedikit sbyk kandungan kitab itu yg diekstrak dari surah al-furqan….

<<<<>>>>

Kami memulakan membakar daging kambing dan sedikit daging ayam..Sambil itu kami mula makan bee hoon yang ditempah…kami sempat makan daging yang sudah dipanggang…

<<<>>>>

Kami agak terlewat untuk menunaikan solat jumaat.. Tingkat 2 agak jauh dari kenderaan. Selesai bersiap,,kami menuju ke kenderaan kami. Aku berjalan di belakang ghafar pada waktu tu.. apa yang menyedihkan,, ramai LELAKI Muslim yang tidak pergi solat jumaat. Ada juga yang baru saja tiba di Lata. Yang paling menyedihkan ialah ramai golongan TUA dan BAPA turut tidak solat jumaat..

<<>>

Aku, ghafar, hafiz dan izzat menumpang kereta en zul untuk solat jumaat di masjid Bukit payong(nama yg sama dgn tempat di daerah Marang)…Dalam kereta,, rupa2nya bukan kami saja yg meluahkan kesedihan dan kekesalan yg berlaku..En Zul turut menyedari peristiwa ini. Dalam kenderaan,, beliau menasihatkan supaya kami bersangka baik(husnu zon),,, mungkin mereka dating dari jauh dan melebihi 2 marhalah… Namun hatiku berbelah bahagi untuk itu kerana,, jika dilihat dari bahasa mereka,, mereka murupakan orang tempatan,, No plat kenderaan jg,,no plat tempatan..Hrmmm…aku menyedapkan hatiku sambil bergurau dengan rakan..”mgkin mereka sewa kereta orang tempatan kot..?/” maklumla,, kami juga menyewa kereta untuk ke Lata Tembakah…=p..

<< Pegawai Pencegah Maksiat>>>

Aku merungut dan bersembang bersama hafiz ttg dimana perginya pegawai agama dalam menengani masalah tidak solat dan gejala maksiat bedua-duaan di lata ini…Selesai solat jumaat, kami kembali ke Lata.. Orang semakin ramai dating ke sana,,,Dengan semua memakai kopiah,, kami menuju ke tempat kami bertapak.. Dalam perjalanan kami melihat,, ramai orang khususnya muda-mudi yang bergaul secara bebas dan berpakaian tidak sopan dan tidak menutup aurat,, Dalam perjalanan,, aku terdengar bisik2 mulut seorang pemuda yng bercakap mengenai kami.. “”“ Nak pergi tangkap basah ke???”” Aku hanya mampu tersenyum.. Ada juga yang malu2 dan segan untuk berpegangan tangan apabila melihat kami yang berjalan secara berkumpulan ini.
PERSOALANNYA,,, kepada siapa yg perlu dimalukan????? Kepada KHALIQ atau HAMBA-NYA ini????

<< Kembali ke IPSMB>

Selepas penat..kami pulang ke IPSM dalam jam 3 petang…Semua kepenatan,,kami singgah di Jertih untuk membeli barang keperluan harian…Ak antara yang agak sedih kerana selipar rayaku putus ketika berlari apabila hujan agak lebat di Lata td…Terpaksalah ak membeli selipar yg baru…

<>>

Semoga rehlah ini member manfaat yang berguna kepada semua ahli usrah PISMP dan PPISMP……

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template