Rabu, Ogos 03, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan...





Assalamualaikum...

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua..

Semoga di bulan ramadhan yang mulia ini,kita mampu meraih rahmat, keampunan dan pelepasan dari azab neraka Allah swt...

JOM Sama2 kita isi bulan ini dengan Pesta Ibadah...



......................................................................

Agak terlalu lama saya tidak mengemaskini blog ini,,InsyaAllah akan saya isinya semula jika ada kelapangan...

Ramadhan kali ini merupakan ramadhan terakhir bagi saya dan rakan2 sem8 Pismp Ambilan Januari 2008 di IPG KSM di bumi Ulul Albab ini.,.

Bermula kami mengikuti program Ppismp pada Julai 2006 hinggalah sekarang, kami telah menyambut ramadhan disini sebanyak 6 kali..

Dan Kira-kira pertengahan bulan November ini,tamatlah pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) saya di IPG KSM yang tercinta ini...

InsyaAllah, dijangkakan pada awal tahun 2012 saya dan rakan2 akan ditempatkan di mana2 sekolah di Malaysia,,

Dan pastinya semua mengharapkan agar ditempatkan di negeri pilihan masing2...

...................................................................

Setakat ini dahulu...

Semoga sama2 mengisi ramadhan ini dengan sebaiknya...

Salam...

Jumaat, Januari 28, 2011

Perjalanan Cuti Akhir Tahun 2010

Assalamualaikum..

Untuk post kali ini,, insyaAllah saya ingin berkongsi ttg beberapa program dan perjalanan saya yang telah saya ikuti sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2010 yang bermula 16 Nov 2010 hingga awal januari 2011...

Kursus Pengukuhan TIAF

Pada 19hb Nov 2010 iaitu hari raya korban ke-3, saya memulakan perjalanan saya ke Kuantan untuk mengikuti Kursus Pengukuhan Terapi Islam Al-Fatah(TIAF) pada 20-21 November yang bertempat Kompleks Dagangan Mahkota Indera Mahkota..

Ketibaan saya di Terminal Bas Kuantan disambut mesra oleh Sahabat Tiaf, Cikgu Nuar bersama zaujah dan anak beliau. Saya dibawa oleh Cikgu Nuar untuk menginap di tempat kursus. Kemudian, saya berpeluang untuk makan malam bersama keluarga Cikgu Nuar dan keluarga Ustaz Wan Asrul. Banyak perkara yang dapat saya kutip sepanjang bersama 2 tokoh hebat ini.

Dan selama 2 hari berkursus, banyak ilmu yang dicurahkan oleh Ustaz Wan Asrul. Semoga Allah merahmati Guru saya ini..



Barisan Muallij Islam Bergambar sebelum berpisah


Terima kasih Ustaz Wan Asrul

Jutaan terima kasih kepada Ustaz Wan Asrul atas segala ilmu yang dikongsi.. Dan tidak dilupa kepada Cikgu Nuar,selaku penganjur kursus yang bersusah payah membantu saya sepanjang di Kuantan..
Semoga Berjumpa lagi....

...................................................................

TEMERLOH

Selesaia sahaja program di kuantan, saya meneruskan perjalanan saya ke Temerloh... Bandar yang terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin ini akhirnya dapat juga saya jelajahi..
Saya telah menumpang salah seorang peserta kursus,iaitu Cikgu Rahim.

Destinasi saya ialah rumah Ashraf.. Junior saya di IPG KSM.. Tujuan utama saya ialah nak merasa masakan IKAN PATIN ibunya. Saya berkesempatan dibawa melawat sekitar bandar Temerloh sepanjang menumpang di rumah ashraf..

Terima Kasih Ashraf...


Kem Remaja Cemerlang

Pada 6-8 Dis 2010, saya dijemput oleh rakan sepengajian saya di Darussyifa' KT untuk menjadi Fasilitator Kem Remaja Cemerlang di Madrasah Insaniyyah, Setiu,Terengganu.

Kem selama 3 hari ini memfokuskan kepada penguasaan dan pemahaman tentang ibadah.

Semoga peserta2 kem mampu menjadi remaja yang cemerlang dan menyumbang pada agama..


sebahagian peserta kem


AWARENESS THROUGH MOSQUE TOUR (ATMT)

Alhamdulillah pada 13-15 Dis 2010, saya berpeluang menjadi salah seorang peserta program ATMT yang bertempat di Masjid Negeri Terengganu iaitu Masjid Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih.

Program ini merupakan salah satu usaha dakwah kepada Bukan Islam dalam mengenalkan Islam melalui lawatan ke Masjid. Peserta kem didedahkan cara berkomunikasi dan pengetahuan yang perlu ada khusus untuk dakwah golongan Bukan Islam sepanjang lawatan mereka ke Masjid.

Kursus yang dijalankan dalam bahasa inggeris ini telah disampaikan oleh Syed Raziuddin Ali iaitu,. Ahli Discover Islam, Bahrain.. http://www.discoverislam.net/

Sesungguhnya banyak yang diperoleh melalui kursus selama 3 hari ini khusus dalam berdepan dengan golongan Bukan Islam dan berhujah serta dakwah kepada mereka.




Bergambar bersama barisan peserta


Ceramah oleh Syed Ali


Sesi Praktikal sbg Pemandu Pelancong Masjid


SEMINAR SAINS SOLAT


Pada 20 dis 2010 bertempat di Wisma Darul Iman, saya berpeluang mengikuti Seminar Sains Solat anjuran Kerajaan Negeri Terengganu sempena smbutan Maal Hijrah.

Pembentang kertas kerja untuk seminar ini ialah Prof Madya Dr Fatimah Bt Ibrahim, dari Jabatan kejuruteraan Bio- Perubatan, Universiti Malaya.

Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah:
  • Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains
  • Solat sbg Terapi Sakit Pinggang & Terapi Kuruskan badan
  • Solat: Merawat Mati Pucuk
Penyampaian yang menarik dan sangat memberi input2 yang berguna kepada saya sebagai muslim. Barulah kita rasa beharganya Solat yang kita lakukan selama ini.
Sesungguhnya Solat merupakan satu kurniaan yang amat besar dan tidak terhingga dari Allah..

Untuk Pembaca, Persoalannya,,,
Sedangkan Sains pun membuktikannya..
Jadi,, adakah hujah lagi untuk kita meninggalkannya??

KEM TASAWWUR ISLAM

Pada 28 Dis 2010, satu kem tasawwur Islam telah diadakan untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah yang sedang bercuti.

Kem yang disertai hampir 40 orang peserta ini bertujuan untuk membina tasawur islam dalam diri mereka serta mempertingkatkan sahsiah islamiah peserta.Saya diamanahkan sbg ketua fasilitator untuk mengendalikan kem ini,

Semoga program sehari ini mampu memberi impak positif kepada para peserta khusus memahami tasawur Islam dan mengadaptasi dalam kehidupan seharian mereka..


Bergambar bersama peserta dan rakan2 fasilitator


............................................


Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang akhir 2010 ini akan menjadi bekal kepada "perjalanan sebagai seorang bakal pendidik"..

Sesungguhnya semua perjalanan yang telah saya tempuh sepanjang 2010 tidak akan dapat saya lalui tanpa Izin dan KurniaNya..

Maha Besar Kurnia Mu Ya Allah..

Sekian sahaja perkongsian saya..
Terima Kasih...

2011



Assalamualaikum...
Alhamdulillah,, dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumiNya dan merasai nikmat2Nya yang tak terhitung banyaknya..

Mungkin agak terlewat untuk sy mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2011..Semoga tahun baru ini memberi kita peluang yang lebih banyak dalam proses membaiki dan meng'upgrade' diri kita supaya tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..

Rasanya dah terlalu lama sy x menulis di blog ini..
Ini disebabkan kekangan masa yang dialami oleh saya sendiri..

Bagi "perjalanan sebagai bakal pendidik" ,, tahun ini,,merupakan tahun terakhir saya di IPG Kampus Sultan Mizan, I'Allah, semoga saya dan rakan2 berjaya melalui tahun terakhir kami di Bumi Besut ini..

Dan insyaAllah pada 30 Januari ini(genap 23 tahun), saya akan memulakan Praktikum terakhir saya di SK Alor Keladi,Jertih selama 3 Bulan..

Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar..


.................................................................................................

BARU

"Tahun Baru,, Semester Baru dan Azam Baru"


Bercakap mengenai BARU, semua pastinya menginginkan perkara BARU!!


Bagi kanak-kanak contohnya, di fikiran mereka inginkan "Uniform sekolah yang Baru, Mainan Baru,, Basikal Baru,, Sepatu Baru dan kalau boleh,, semuanya ingin yang baru2 belaka"..Dan pastinya selepas mereka mendapatkannya, mereka akan mula bergaya dan menunjuk-nunjuk di hadapan rakan-rakan mereka.. Bagi mereka ini merupakan kebanggaan..


Tidak kurang juga pada yang dewasa,. Bagi golongan gadis-gadis dan anak dara istilah "Baju Baru, Tudung Baru,,Kasut Baru,Perfume Baru ataupun Purse Baru" pasti tidak dapat dipisahkan...


Tidak kurang juga, ada yang inginkan "Bini Baru".. ( saya tidak termasuk,kerana masih belum kawen..hehe)


Jadi perkataan BARU amat digemari oleh kita samada sedar ataupun tidak.


Ini kerana perkara yang BARU,, pasti lebih memberi motivasi dan semangat kepada diri.. Dengan benda2 BARU, manusia lebih gembira, bersemangat dan ceria..


Persoalannya,, bagaimana dengan Tahun BARU 2011 ini,, mampu memberi dan menyuntik semangat dan kekuatan pada diri kita??


Adakah Tahun Baru ini mampu menjadikan kita lebih matang, tenang dan bermotivasi khususnya dalam menempuh alam kehidupan sementara yang penuh mencabar ini??


Jawapannya pasti sudah ada dalam diri masing-masing...


B- Berubah
A- Aku
R- Rancang
U- USaha




Persoalan yang lebih UTAMA, bagaimana dengan IMAN kita?? AMAL kita?? TAQWA kita?? ILMU kita??AKHLAK kita?? DAKWAH kita??


Adakah ianya masih ditakuk lama??


Ayuh! Marilah sama2 kita memper BARU semuanya....

Sesungguhnya, berbahagia dan beruntunglah bagi manusia yang hari INI lebih BAIK dari hari Semalamnya..

........................


Semoga celoteh pertama saya tahun ini memberi makna dan suntikan semangat khusus pada diri saya dan pembaca...

Isnin, November 15, 2010

Salam 'Idul Adha



Di Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut 'Idul Adha kepada semua umat Islam. Moga sama2 menghayati segala yg tersurat dan tersirat khususnya erti sebuah pengorbanan..


Iklan_ Akrine



Di sini saya ingin mengiklankan mengenai kursus rawatan islam anjuran Akrine yang bakal dianjurkan di Pantai Timur.

KURSUS INTENSIF RAWATAN ISLAM(KIRI) AKRINE

Tempat : Hotel Juita Inn, Kota Bharu

Tarikh : 25 dan 26 Disember 2010

Yuran : Peserta baru - RM 250

Pelatih Akrine - RM 180

Pelajar Sepenuh Masa - RM 150

Cara Mendaftar:

Smskan :

>> nama,pekerjaan,tempat tinggal, pelatih lama atau baru atau pelajar,,

dan hantar kepada 019-7584801 (ustaz majid)

>>>Sebarang Pertanyaan bolehlah terus hubungi ustaz Majid ataupun lawati blog Akrine di

http://akrine.blogspot.com/

Selamat Bercuti



Selesai Sudah Peperiksaan buat semester ini..

Dan sekarang, semua pelajar IPG KSM mula pulang untuk bercuti..

Di Kesempatan ini, saya mengucapkan selamat bercuti dan diharapkan agar sama2 memanfaatkan cuti ini dengan berfaedah..

Khamis, November 04, 2010

Salam Imtihan




Selamat Menghadapi Peperiksaan buat semua sahabat khusus kepada semua guru pelatih di semua IPG Malaysia. Walaupun peperiksaan sudah bermula seawal 1 nov,, tetapi buat pelajar semester 6, peperiksaan akan bermula 9 nov.






Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

Sekian,.

Pemuda Hari Ini dan Risalah

Salam...sekadar perkongsian untuk penyampaian risalah Wahai Pemuda oleh ISHAB...


Pemuda Hari Ini dan Risalah

Mari kita renung sejenak dan bertanya-tanya! Apakah permasalahan yang dihadapi oleh pemuda dan mahasiswa pada hari ini? Kita akan dapati bahawa permasalahan-permasalahan yang akan menjadi tumpuan dan kerisauan para pemuda masa kini berlegar dalam soal pembelajaran, soal peluang pekerjaan, soal hubungan cinta, soal kewangan dan mungkin juga soal kekeluargaan.

Pemuda hari ni telah tenggelam dengan segala permasalahan yang bersifat peribadi dan individual. Telah luput dan pupus daripada kehidupan generasi muda untuk memikirkan permasalahan-permasalahan besar dan penting seperti keadaan negara Islam yang ditekan kuasa besar dunia, kesempitan negara Islam yang dibelenggu hutang dan kemiskinan, korupsi dan kelemahan sistem pengurusan negara Islam, kemunduran ilmu dan tahap pendidikan di kalangan negara Islam, dan kemerosotan nilai dan moral peribadi-peribadi muslim.

Generasi muda hari ini lebih memikirkan diri mereka daripada ummatnya. Permasalahan individu dianggap soal serius mengatasi permasalahan ummat. Apa yang diharapkannya adalah kebaikan dan kebahagiaan hidupnya sendiri dan sanggup membiarkan ummatnya dihina sengsara.

Umpama si anak-anak kecil yang bercita-cita dan menyangka dirinya adalah objek yang paling penting di atas muka bumi. Segalanya dibatasi oleh dirinya dan keinginan peribadinya, tidak lebih dari itu.

Imam Hasan Al Banna: Amal dan Kegembiraan baginya

“Saya berpendapat seorang yang baik akan mencari kebahagiaan dan panduan dengan berkhidmat kepada manusia. Dia merasa seronok apabila dia berupaya menghilangkan kesusahan orang dan membuat orang lain gembira. Dia sanggup berkorban untuk pembaharuan masyarakat sebagai keuntungan hakiki bagi dirinya…

Saya yakin tindakan yang tidak bermanfaat kepada orang lain dan juga dirinya ialah tindakan yang salah dan tidak berguna. Tindakan yang paling baik ialah tindakan yang bermanfaat kepada diri sendiri, saudara mara, rakan taulan dan juga negara. Tindakan yang memberi manfaat kepada umum ialah tindakan yang hebat dan mulia.”

(Detik-detik dalam Hidupku)

Selekeh-lekeh amal adalah amal yang hanya memberi kebaikan kepada dirinya sahaja, dan sebaik amal apabila kesannya dirasai bukan sahaja oleh dirinya tapi juga manusia di sekilingnya. Lantas kegembiraan baginya adalah manusia lain turut bergembira kerananya. Sebaliknya, kesedihan untuk dirinya apabila manusia tenggelam dalam kejahilan dan menjauhi petunjuk Ilahi.

Barangkali inilah yang telah dirasai oleh para nabi apabila menyeru manusia kepada petunjuk Tuhan, mereka gembira apabila manusia menerimanya dan bersedih, risau apabila manusia menolak risalah.

أن عائشة زوج النبي صلى الله عليه وسلم حدثته؛ أنها قالت لرسول الله صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله! هل أتى عليك يوم كان أشد من يوم أحد؟ فقال (لقد لقيت من قومك. وكان أشد ما لقيت منهم يوم العقبة. إذ عرضت نفسي على ابن عبد يا ليل بن عبد كلال. فلم يجبني إلى ما أردت. فانطلقت وأنا مهموم على وجهي. فلم أستفق إلا بقرن الثعالب.

Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w. bercerita:

“Sesungguhnya beliau pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Adakah kamu pernah mengalami suatu hari yang lebih berat daripada hari peperangan Uhud? Rasulullah s.a.w menjawab: Ya! Waktu itu aku bertemu dengan kaummu (Quraisy), tetapi yang paling berat lagi ialah ketika aku berada pada hari Aqabah. Aku menyeru Ibnu Abdul Yalil bin Abdul Kulal untuk mengikuti aku (Islam). Namun beliau enggan memenuhi ajakan tersebut. Aku seterusnya pergi meninggalkan tempat itu tanpa tahu arah mana yang harus aku tuju (kerisauan/gundah gulana). Aku tidak tahu ke mana langkahku, tetapi yang jelasnya (sedar-sedar) aku telah sampai di daerah Qarnu Tha'alib…(hingga akhir hadith)”

(Sahih Muslim)

Inilah perasaan yang sewajarnya ada pada diri setiap pemuda, kegembiraan baginya adalah apabila risalah hidupnya dirasai oleh manusia sekelilingnya. Lantas dia berjuang dan berjihad memastikan agar seluruh ummat manusia merasainya. Kegembiraannya adalah kegembiraan ummatnya. Sabda Baginda s.a.w.:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“Sesiapa yang tidak menghiraukan urusan umat Islam maka dia bukanlah daripada mereka.“

Mewarisi tugas para nabi dan rasul menyeru manusia menumpukan hidup semata-mata untuk Allah (Ubudiyyah Lillah Wahdah) sepertimana yang dijelaskan oleh Sayyid Abul A’la Al-Maududi di dalam Syahadatul Haq. Manusia perlu dipimpin oleh Islam dan risalah Islam bukanlah sekadar simpanan peribadi di kocek-kocek para penganutnya.

Mereka dan Kejayaan

Alangkah malangnya apabila generasi pemuda hari ini hanya menilai kejayaan dengan material. Kejayaan bagi mereka adalah apabila beroleh segulung ijazah ataupun apabila hidup mereka terjamin dengan kehebatan perniagaan. Segala tenaga mereka dikerahkan bagi mendapat pendapatan yang baik, tempat tinggal yang mewah dan membina keluarga yang besar. Berbahagialah mereka dengan dunia mereka yang dibatasi keinginan peribadi semata-mata.

Generasi Muda di Zaman Rasulullah

Zaid bin Tsabit Beliau telah menawarkan diri untuk menyertai Perang Badar ketika beliau masih muda (13 tahun) dan kecil tubuhnya, membawa pedangnya yang lebih panjang daripada dirinya. Tetapi Rasulullah s.a.w. menolaknya. Beliau pulang bertemu ibunya, Nawwar binti Malik r.a. dengan kesedihan, lalu dinasihati oleh ibunya bahawa jihad boleh dilakukan dengan lisan dan pena. Maka beliau pun menghafal Al-Quran, fasih membacanya, mahir menulis dan membaca. Lalu Baginda s.a.w. menganjur beliau untuk mempelajari bahasa Ibrani dan kemudiannya bahasa Suryani lalu beliau menjadi juru cakap kerajaan Islam. Juga diberi kepercayaan untuk menjadi penulis wahyu. Manakala pada zaman Abu Bakar r.a. beliau diamanahkan untuk mengumpulkan Al-Quran pada usianya 21 atau 22 tahun.

Muaz dan Muawwiz Muaz bin Amr bin Jamuh (14 tahun) dan Muawwiz bin Afra’ (13 tahun) menyertai Perang Badar. Mereka berdua di kalangan Ansar, ingin membunuh Abu Jahal di dalam peperangan. Mereka bertanyakan kepada Abdur Rahman bin Auf r.a. mengenai Abu Jahal. Muaz telah menebas betis Abu Jahal tetapi tangan beliau telah dipotong oleh Ikrimah. Muawwiz bi Arfa’ telah akhirnya membunuh Abu Jahal. Mereka bertemu Rasulullah, Baginda berkata, “Kalian berdua telah membunuhnya.”

Usamah bin Zaid Anak kepada Zaid bin Haritsah r.a. Tokoh pemuda dalam kepahlawanan. Terlibat di dalam ekspedisi peperangan bermula pada umur 14 tahun, termasuk Fathul Makkah dan Perang Hunain. Pada usia 15 tahun, beliau menjadi perantara para sahabat dengan Rasulullah s.a.w. Sebelum Baginda s.a.w. wafat, beliau telah menjadi komandan ekspedisi perang ke Syam melawan Rom pada umur 18 tahun. Hadith: “...Dan orang ini (Usamah bin Zaid r.a.) adalah orang yang paling aku cintai setelah bapanya” (Al-Bukhari dan Muslim)

Ali bin Abi Thalib Menerima Islam pada umur 10 tahun.

Arqam bin Abi Arqam Menjadikan rumahnya sebagai markaz sedangkan ia sangat berisiko kerana beliau adalah di kalangan Bani Makhzum (Abu Jahal) yang sering bersaing dengan Bani Hasyim. Umur beliau dalam lingkungan 15 – 17 tahun.

Saad bin Abi Waqas Menerima Islam pada umur 17 tahun.

Talhah bin Ubaidillah Menerima Islam pada umur 16 tahun.

Pemuda dalam Al-Quran

Ashabul Kahfi (17:13-14)

Nabi Ibrahim (6:74-83) Keberanian, kecerdikan, mencari kebenaran.

Thalut (2:247) Kuat tubuh badan, berilmu.

Nabi Daud (2:251) Telah membunuh Jalut ketika usianya masih muda.

Kisah Ghulam dan Ashabul Ukhdud (85:4)

Nabi Musa (28:26) Kuat tubuh badan, amanah.

Nabi Yusuf (12:55) Pandai menjaga , berilmu.

Nabi Muhammad (9:128) Belas kasihan kepada orang-orang mukmin.

Mengapa berlaku perbezaan antara dua generasi ini?

Sesiapa memiliki pemuda hari, maka ia akan memilik masa depan.

Umar r.a. pernah mengungkapkan:

“Barangsiapa ingin menggenggam nasib sesuatu bangsa, maka genggamlah para pemudanya

Hakikat inilah yang difahami oleh musuh-musuh Islam terutama gerakan Zionisme yang sentiasa berusaha melemahkan ummat Islam dan mahu memadam sebarang bara kebangkitan ummat Islam. Tidak lain tidak bukan, mereka telah berusaha merosak golongan pemuda dengan meracuni pemikiran, merosakkan perasaan, membunuh semangat dan memesongkan tenaga pemuda kepada perkara remeh yang memandulkan peribadi pemuda. Mereka telah melancarkan Ghazwatul Fikr kepada ummat Islam.

Setelah King Louis IX tewas dalam Perang Salib dan ditawan oleh tentera Islam, dia membuat kesimpulan:

“Kita tidak akan dapat mengalahkan orang Islam selagimana mereka rapat dengan kitab ini (Al-Quran).”

Gerakan Zionisme yang mahu menguasai dunia pula telah menggariskan protokol mereka untuk memastikan generasi masa hadapan rosak dan terencat pemikiran mereka.

Protokol Kesembilan

...Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol Ketiga belas

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol Keenam belas

Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Rentetan daripada perancangan ini lahirlah satu generasi pemuda yang berpemikiran sempit, punya keinginan dan minat kepada hiburan dan keseronokan duniawi, tenaga dilaburkan kepada minat-minat mereka seperti untuk hiburan, dan kefanitikan mereka sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuk memperoleh tiket ke konsert atau ke stadium. Mungkin yang paling baik di antara mereka pun hanya memikirkan kejayaan kerjaya dan kekayaan harta benda, apa pun tidak lebih daripada kegembiraan dan kebaikan hanya untuk diri mereka sendiri.

Apabila lemahnya golongan pemuda maka lemahlah satu generasi

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ

Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu ia menjadikan kamu kuat, setelah itu ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

(Ar-Rum : 54)

Usia pemuda adalah kemuncak kepada kekuatan manusia. Dengan lemahnya golongan ini maka lemahlah satu kaum itu.

Malang sekali apabila para pemuda masih ditanam dengan anggapan dan imej bahawa mereka masih kanak-kanak lagi. Usia mereka dilaburkan untuk bermain-main, berseronok dan bercinta. Apakah sebenarnya definisi pemuda?

Menurut pandangan perspektif ciptaan manusia, usia generasi pemuda adalah umur antara 15 - 24 tahun sepertimana yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sedangkan Islam telah meletakkan umur baligh sebagai umur di mana seseorang untuk boleh diberi tanggung jawab dan Allah bahkan akan mempersoalkan mereka ini pada hari kiamat atas apa jua perbuatan, perkataan, impian dan obsesi mereka. Maka umur inilah manusia sewajarnya mula mempunyai pemikiran yang luas, berpandangan jauh, perasaan bertanggung jawab dan bersungguh-sungguh dalam kehidupan mereka.

Pemuda adalah Kunci Kebangkitan Ummat

“Pemuda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber matair kebangkitannya. Sejarah ummat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan ‘rahim’ umat itu melahirkan tokoh – tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya…”

(Al-Maududi)

Faktor-faktor Kejayaaan pada Ciri-ciri Pemuda

إنما تنجح الفكرة إذا قوي الإيمان بها ، وتوفر الإخلاص في سبيلها ، وازدادت الحماسة لها ، ووجد الاستعداد الذي يحمل على التضحية والعمل لتحقيقها . وتكاد تكون هذه الأركان الأربعة : الإيمان، والإخلاص ، والحماسة ، والعمل من خصائص الشباب

“Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan (iman), kejujuran (ikhlas), semangat (hamasah) dan tindakan (amal) adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.

(Wahai Pemuda)

Dapat disimpulkan daripada ini bahawa pemuda mempunyai ciri-ciri berikut:

1. القلب الذكي : Hati yang cerdik yang menghasilkan keimanan

2. الفؤاد النقي : Nurani yang suci yang menghasilkan keikhlasan

3. الشعور القوي : Perasaan yang bergelora yang menghasilkan semangat

4. العزم الفتى : Keazaman pemuda yang menghasilkan amal

Kita adalah faktor kejayaan kebangkitan ummat ini, sejauh mana kita mahu berusaha mencapainya sejauh itulah ummat ini akan bergerak dan berubah. Jika segala potensi yang ada pada diri kita disalurkan kepada perjuangan risalah maka kejayaan adalah satu kepastian, dan jika sebaliknya, segala potensi itu akan dibazirkan atau bahkan mungkin akan hanya menyumbang kepada kekuatan musuh dan kelemahan ummat Islam.

Peranan Kita adalah Tanggung Jawab yang Besar

“Inilah maka kamu, angkatan pemuda yang akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipat kali ganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambah berat.”

(samb. Wahai Pemuda)

Tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu adalah orang-orang yang memikul beban ini setelah semua manusia membelakangkannya”

(Dakwah Kita adalah Penyelamat)

Ke Manakah Usia Mudamu?

Daripada Abdullah ibn Masud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Kelak pada hari kiamat, kaki seseorang anak adam tidak akan berganjak dari sisi Rabbnya, sehingga lima perkara ditanyakan kepadanya: tentang usianya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapat dan untuk apa dia belanjakan, dan tentang ilmu apa yang dia perbuat dengannya.”

(At-Tirmizi)

Peringatan ini sangat bermakna kepada kita sebagai para pemuda juga mahasiswa. Allah s.w.t. pasti akan mempersoal usia terutama ketika kita bergelar pemuda. Apa yang persoal adalah sejauh mana kita telah melaksanakan risalah perjuangan para nabi dan rasul terdahulu yang kita warisi sebagai ummat pertengahan.

Menyedihkan! Apabila golongan pemuda sibuk dengan impian mereka memperoleh ijazah tetapi mengabaikan dan melupakan peringatan “...tentang hartanya dari mana dia dapat dan untuk apa dia belanjakan, dan tentang ilmu apa yang dia perbuat dengannya.”

Akhirnya mereka hanya memikirkan ijazah untuk dirinya dan jaminan hidup yang senang lenang di masa hadapan. Mereka menjadi bahan percaturan Zionis dan leka dengan matlamat peribadi sahaja.

Yang kita mahukan adalah para pemuda yang bukan sahaja memperoleh ijazah tetapi juga bersama sebuah risalah yang akan memandu hidupnya, risalah untuk mengembalikan Islam pada kedudukannya.

Kita perlu mengembalikan pemuda kepada kehidupan generasi awal Islam, Generasi Al-Quran yang Unik:

“Dakwah Islamiyah telah pun melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah s.a.w., r.a, iaitu suatu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah Islam dan di dalam sejarah kemanusiaan seluruhnya. Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir lagi segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang telah muncul dan timbul di dalam peringkat pertama dari penghidupan dakwah ini.”

(Petunjuk Sepanjang Jalan)

Kita perlukan pemuda sepeti Zaid bin Tsabit, Talhah bin Ubaidillah, Ali bin Abi Thalib dan Usamah bin Zaid. Merekalah pemuda-pemuda yang menggunakan seluruh potensi mereka untuk kebaikan Islam dan manfaatnya dirasai oleh ummat.

Di manakah Salehudin Al-Ayyubi yang telah muncul menyelamatkan ummat daripada tentera salib? Di manakah Sultan Quthuz yang telah menghentikan kekejaman tentera Monggol?

Atau, adakah ‘rahim’ ummat kini telah mandul menghasilkan pemuda seperti mereka yang terdahulu?

Kita Memerlukan Ar-Rijal untuk Ummat ini

“Barangkali saudara bertanya apakah jalannya ke arah revolusi dan pembenterasan ini? Sesungguhnya sesuatu revolusi tidak akan tercapai dengan angan-angan kosong, sudah menjadi sunnah Allah bahawa ini hanya akan berlaku apabila telah lahir Ar-Rijal untuk mengemudi urusan ini”

(Al-Maududi)

Ketika ummat meraung menderita, apakah penyelesaian kepada permasalahan ummat ini?

Sewajarnya para pemuda menyahutnya dengan menjadi Ar-Rijal yang dimaksudkan oleh Al-Maududi. Lantas menjadikan Ar-Rasul, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam sebagai teladan sepanjang zaman.

Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.”

(samb. Wahai Pemuda)

Misi menyelematkan ummat memerlukan Ar-Rijal yang mahu berfikiran jauh dan serius memerhatikan perihal ummatnya. Lantas Ar-Rijal itu mempunyai matlamat hidup yang benar dan jelas. Ar-Rijal itu mempunyai agenda perjuangan dan bekerja keras merealisasikannya. Penyelesaiannya bukanlah menanti keajaiban mukjizat langit.

Risalah untuk Para Pemuda

Ke Manakah Arah Kita?

Di permulaan langkah ke arah membina Ar-Rijal, generasi pemuda seharusnya mempunyai kejelasan pemikiran dalam menghadapi…Pelbagai seruan, pelbagai slogan, pelbagai sistem, pelbagai langkah perancangan dan ramai manusia yang merebut kuasa kepimpinan. Ke manakah arah kita?

Islam sebagai Penyelesaian

Fikrah atau ideologi perjuangan kita adalah fikrah Islamiyyah, yang kita yakini satu-satunya jalan penyelesaian untuk menyelamatkan ummat manusia.

الإسلام الحنيف الذي لا عوج فيه ولا شر معه ولا ضلال لمن اتبعه

Islam yang suci yang sekali-kali tidak terdapat di dalamnya sebarang apa pun jua penyelewengan, keburukan dan kesesatan yang akan menimpa sesiapa yang mengikutnya.

إسلامية بحتة، على الإسلام ترتكز

Islam dengan setulin-tulinnya

(samb. Wahai Pemuda)

Penyelesaian Islam telah dijamin Allah s.w.t. sebagai lengkap dan tiada sebarang pengabaian.

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمْ الْإِسْلَامَ دِينًا

Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu akan agama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai ugama bagi kamu.

(Al-Maidah : 3)

Rugilah mereka yang menyangka di sana ada jalan selain jalan Islam.

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ

Dan barangsiapa mencari selain dari Islam maka usahanya itu sekali-kali tidak akan di terima."

(Ali Imran : 85)

Umar r.a. sekali lagi mengingatkan:

نحن قوم اعزنا الله بلاسلام فان ابتغينا العزة بغير الاسلام ازلنا الله

“Kita dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka jika kita mencari kemuliaan dengan selain Islam, kita akan dihina oleh Allah.”

Kehinaan Ummat tanpa Islam

Musuh-musuh Islam telah mengatur agenda mereka:

1. Penyelewengan terhadap kefahaman Islam: Aqidah yang salah, ibadah yang dicemari bidaah atau ibadah yang sempit untuk amalan peribadi semata-mata.

2. Menanam kefahaman sekularisme: Menyekat perlaksanaan syariat Islam.

3. Memastikan ketundukan dalaman (inhizam dakhili): Fahaman materialisme, penjajahan minda dan budaya.

4. Memastikan ketundukan luaran (inhizam khariji): Melemahkan ketenteraan, penjajahan ketenteraan dan ekonomi (hutang) dan menjatuhkan sistem khalifah.

Segalanya berpunca daripada ummat Islam yang dijauhkan daripada agamanya lantas berkiblatkan barat.

Agenda Kebangkitan Kita

Agenda kita adalah untuk membangunkan kembali keperibadian dan identiti Muslim, kemudian, mengumpul kembali kekuatan persaudaraan Muslim, kemudian, mengukuhkan kembali fikrah dan syariat Islam dalam semua sistem, akhirnya, mengembalikan peranan mencorak peradaban dunia. Oleh itu kita mahukan:

1. Individu Muslim

2. Keluarga Muslim

3. Masyarakat Muslim

4. Kerajaan Islam

5. Daulah Islam

6. Empayar Islam

7. Ustaziyatul Alam

“..kita mahu mencanangkan seruan dakwah kita kepada seluruh dunia dan kita mahu menyampaikannya kepada sekalian umat manusia sehingga meresap keseluruh pelusuk bumi dan sehingga tunduklah setiap makhluk yang angkuh itu kepada seruan tersebut, agar tidak lagi berlaku fitnah dan kembalilah agama itu semuanya kepada Allah. Pada ketika itu bergembiralah orang-orang mukmin dengan pertolongan Allah. Allah pasti menolong sesiapa yang di kehendakinya kerana Dia adalah Maha Gagah lagi Maha Penyayang.”

(samb. Wahai Pemuda)

Ketika ini musuh-musuh Islam yang dikepalai oleh puak Zionis sedang menguasai kuasa dunia, bukan sahaja dengan penguasaan politik, ketenteraan dan ekonomi tetapi juga telah merosakkan identiti masyarakat, keluarga dan setiap individu-individu muslim. Maka agenda kebangkitan ummat tidak lain dan tidak bukan adalah agenda mengembalikan identiti ummat ini kepada Islam yang sebenarnya dan membawa mereka kepada keagungannya yang telah dijanjikan Allah untuk menjadi penguasa alam ini (24:55).

Apakah Kewajipan Para Pemuda?

1. Melakukan dakwah kepada manusia (fikrah secara teori) dan mengajak mereka beramal dengan fikrah Islam dalam kehidupan (amal secara praktikal).

2. Mengembalikan sumber manhaj hidup kita kepada Al-Quran, As-Sunnah dan Salafusoleh.

3. Berjihad bersungguh-sungguh untuk mencapai redha Allah, sehinga kita hidup dalam kemuliaan atau syahid dalam kemuliaan.

...فنحيا بها كراما أو نموت كراما...

4. Slogan perjuangan kita adalah:

الله غايتنا ، والرسول زعيمنا ، والقرآن دستورنا ، والجهاد سبيلنا ، والموت في سبيل الله أسمى أمانينا

”Allah matlamat kita, Ar-Rasul pimpinan kita, Al-Quran perlembagaan kita, jihad jalan kita dan mati syahid setinggi cita-cita kita”

Majulah dengan penuh keyakinan...kerana kita adalah ummat pilihan, sebaik-baik ummat.

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.

(Ali Imran : 110)

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ

Demikianlah pula Kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi terhadap umat manusia.

(Al-Baqarah : 143)

Malah Allah telah menetapkan kekuasaan dunia bakal diwarisi oleh hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh, lalu mengembalikan keamanan kepada dunia sepertimana anugerah Allah kepada Nabi Daud dan Sulaiman a.s pada zaman Bani Israel., dan juga yang ditunjukkan dalam sejarah perjuangan Islam semasa zaman Baginda s.a.w. dan diikuti zaman kegemilangan ummat Islam.

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا

“Allah menjanjikan orang-orang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)...”

(An-Nur : 55)

Para pemuda perlu kembali mengumpul kekuatan untuk memastikan kemenangan...

Kekuatan Iman

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَفْقَهُونَ

”Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang, jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.”

(At-Taubah : 65)

Kekuatan Ukhuwwah

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

”Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

(At-Taubah : 46)

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

”Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”

(Ali Imran : 103)

Kekuatan Fizikal

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ...

”Dan sediakanlah untuk menentang mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya...”

(At-Taubah : 60)

Langkah-langkah ke arah Kebangkitan

Syakib Arsalan telah mengingatkan, “Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”

Ia adalah tarbiyyah individu

Langkah yang pertama dan terutama adalah proses mengembalikan individu-individu muslim kepada identiti mereka yang sebenar. Bermula dengan membetulkan aqidah, ibadah dan peribadi mereka baik dari sudut agama dan kemanusiaan, melalui proses tarbiyyah.

Tarbiyyah bukan segalanya, tetapi segalanya bermula dengan tarbiyyah

(Mustafa Masyhur)

Ia adalah tarbiyyah masyarakat

Seterusnya kita perlu mengislah ummat bermula di dalam masyarakat dan meluas kepada negara dan antarabangsa. Nikmat Islam perlu dirasai oleh manusia seluruhnya, dan ini akan hanya diperolehi melalui pembentukan masyarakat Islam dan daulah Islam.

Ia adalah tarbiyyah ummat

Bahkan ia tidak berhenti di situ, kita perlu kembali menyuluh dunia dengan sinar Islam dengan menjadi Ustaziyatul Alam sehingga tiada lagi fitnah dan tiada lagi ad-din selain Islam menjadi ikutan manusia.

Dan segalanya bermula dari kita sebagai para pemuda kerana pemuda hari ini adalah rijal hari esok...”شباب اليوم رجال الغد


Sekian, wasalam.

oleh:

Abu Muhammad, 2/11/2010

Waterford.


Rujukan: Wahai Pemuda, Proses Revolusi Islam, Al-Munthalaq, Menjadi Pemuda Peka Zaman.

Ahad, Oktober 10, 2010

RESDUNG..

Alhamdulillah.. Kuliah ke 9 bagi Kelas pengubatan islam telah diadakan pada Jumaat,, 8/10/10 di Darussyifa’ Kuala Terengganu. Kuliah kali ini membincangkan mengenai masalah resdung dan cara merawatnya.

Kuliah ini telah disampaikan oleh Ustaz Hj Abd Rashid dari Darussyifa’ Bangi. Ustaz Abd Rashid dikenali sebagai Pakar Resdung di Darussyifa’.

Rasanya dah lama saya tidak bercerita mengenai perubatan islam. InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi pada kuliah ke 9 ini.


Pengenalan Penyakit Resdung

Resdung atau sinusitis merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya keradangan pada rongga sinus. Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada pada tulang muka.

Biasanya lendir dihasillkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalurkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan berkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman.


Punca Penyakit Resdung

Antara punca berlakunya masalah resdung:

1. Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulangkali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema.Penyakit ini sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung seperti ‘polyps’ dan kanser.
2. Struktur tulang hidung yang tidak normal.
3. Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak
4. Tabiat menyelam di air sungai yang tercemar
5. Merokok,terdedah kepada hama,makanan laut,bulu binatang dan bahan kimia.
6. Keturunan

Gejala dan Tanda Penyakit Resdung

1. Hidung tersumbat
2. Hidung berhingus
3. Muka terasa sakit dan berat terutama pada bahagian antara mata
4. Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
5. Gejala alahan

Menurut Ustaz Rashid, terdapat 2 kategori penyakit resdung:

1. Sakit fizikal (seperti diterangkan di atas)
2. Ada unsur gangguan makhluk halus

Ketika beliau menerangkan mengenai ciri penyakit resdung yang berpunca dari gangguan makhluk halus, seorang pelajar wanita tiba-tiba kerasukan.

Kaedah dan Doa Rawatan Penyakit Resdung ( Sakit Fizikal)

1.Kombinasi Doa

1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa penghilang Kesakitan
5. Surah al-Isra’ ayat 82



2.Menggunakan kaedah Bekam kain lilin

1. Lumurkan kain putih sebesar 5 x 13 cm dengan lilin yang telah dicairkan.
2. Gulung kain putih tersebut
3. Biarkan ianya sejuk
4. Bakar hujung bekam dan letakkan hujung yang tidak dibakar pada kulit muka(kedudukan tertentu)
5. Buang apabila 2/3 kain tersebut terbakar
6. Dilakukan selama 3 hari




Ustaz Hj Abd Rashid memberikan kuliah




Demo cara menyediakan bekam kain lilin





Demo cara menggunakan bekam kain lilin



Kesan selepas bekam




Semoga perkongsian ini memberi manfaat..Sekian..
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template