Isnin, Januari 19, 2009

Hari lahir...

Selamat hari lahir ummi!!! Aku menelefon ummi pagi tadi bagi mengucapkan ucapan ini. Saat itu ummi baru sahaja bangun dari tidur dek kerana panggilan aku. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungimu.Tanggal 19 January tahun ini,iaitu hari ini,usia ummiku sudah mencecah 44 tahun.. Ummi hanya meminta agar mendoakannya menjadi ibu dan isteri solehah..
Sesungguhnya beliau merupakan ibu yang begitu hebat. Ummiku Mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan dan memberi kasih saying kepada 9 orang anak.Maafkanku kerana sering berkasar denganmu dan sering melawan cakapmu..Akanku cuba menjadi anak yang soleh buat abu dan ummi.

Buat abu,, pada 4 Febuari ini, genaplah umurmu berusia 48 tahun. Selamat hari lahir Abu!!! Beliau adalah ketua keluarga kami yang begitu gigih berusaha dan kuat bekerja demi menyara, memberi nafkah dan membesarkan keluarga kami. Sifat sabar dan ketenanganmu amatku kagumi. Antara amalan yang selalu abu amalkan ialah, Abu tidak pernah meninggalkan solat dhuhanya,. Walau mendapat pelbagai masalah, beiau amat tabah.

Semoga Allah merahmati kita sekeluarga dan menyatukan kita di syurga kelak,,Insya Allah..

…………………………………………………………………………
Sesungguhnya lagu ‘Lafaz Yang Tersimpan” amat bermakna kepada diriku. Aku amat payah meluahkan perasaanku kepada kedua ibu bapaku.. Semoga Allah sentiasa merahmati kedua ibu bapaku. Terima kasih atas didikan abu dan ummi.

Sabtu, Januari 17, 2009

MURABBI....

MURABBI…..


Hari ini kami(anak usrah Baba) ke Kolej Jaiputra,kota Bharu untuk mengikuti ceramah bertemakan “Pembentukan Murabbi/Naqib”.. Kami seramai 14 orang (8ikhwt dan 6akhwat) bergerak ke rumah baba pada kira-kira 7.30pg. Aku menaiki kereta Nabil bersama akh Fazli.. Manakala,,Afiq dengan Rauhan satu kereta dan Ghafar, Izzat dan Hafiz dengan satu kereta.. Kami menuju ke rumah baba di kubang kerian untuk berkumpul di sana dan memenuhi jemputan baba supaya bersarapan di rumah beliau. Dalam perjalanan ke sana, kami bersembang dan yang paling ‘menarik’,,, Afiq dan Rauhan ‘sesat’ (sori,,best ‘buah langsat??”) … Baba menjamu kami dengan Nasi Lemak untuk sarapan pagi itu..'

Kami kemudian terus bergerak ke kolej Jaiputra. Sebelum ini, Kami semua tidak pernah datang ke Kolej ini..Majlis bermula sekitar jam 9.30 pagi. Penceramah bagi program ini ialah akh Ammar yang dijemput dari Kuala Lumpur. Jumlah peserta agak ramai,,tetapi seperti biasalah,,peserta muslimin pastinya sedikit. Cuma 10 orang sahaja termasuk kami yang seramai 8 orang..

Antara yang dibicarakan sepanjang program ini yang dapat dicoretkan dalam post ini ialah:-
• Ahammiyyah at-Tarbiyyah
 Ciri2 Umat Jahiliyyah
 Al-Jahlu
 Az Dzillu
 Ad Do’fu
 Al Firqotu
• Haraqatul Inqaaz ( Gerakan Penyelamat)
• Tarbiah
 At Tilawah
 At Tazkiyyah
 Ta’limul Islam wal Hikmah

• Fiqh Dakwah
 Dakwah ialah “menyeru manusia kepada Allah dengan hikmah & contoh teladan yang baik serta berbantah dengan cara terbaik agar manusia mengingkari taghut dan beriman kepada Allah supaya manusia bebas dari kegelapan Jahiliyyah kepada cahaya ISLAM..
• Khutuaatud Dakwah
 Bina hubungan
 Memilih
 Tarbiyyah
 Memberi pengarahan


Sesungguhnya banyak input yang dapat kami ambil sepanjang program ini khususnya dalam menjalankan dakwah dan usrah di IP kami. Semoga program seperti ini terus diadakan dari masa ke masa.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Semasa dalam program itu, kami dikejutkan dengan SMS dari baba kepada Akh Fazli.. Baba akan menyambungkan pelajarannya keperingkat pHd dan tidak dapat bersama kami lagi selama 12 minggu. Masing2 terkejut dan bersedih hati. Ini kerana kami masih lagi memerlukan bimbingan dan panduan dari beliau sebagai MURABBI kami semua. Selesai program di sana, kami menuju ke rumah baba. Dalam perjalanan, kami singgah untuk membeli sedikit keperluan dan makan malam. Selesai solat maghrib kami ke rumah baba. Baba seperti biasa,menyambut kami walaupun pada ketika itu,beliau baru sahaja pulang ke rumah beliau. Tidak dapat dinafikan, kami semua merasai ‘sentuhan; dari beliau.
Baba menjelaskan bahawa sebenarnya beliau berat hati untuk menyambung pelajarannya kerana tidak mahu meninggalkan usaha dakwah beliau di kalangan kami dan di IP kami khusunya. Solat Istikharahlah yang membantu beliau membuat pilihan untuk menyambung pelajarannya ini. Sesungguhnya beliaulah contoh MURABBI bagi kami semua.
MOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATIMU,,MURABBIKU…
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

MAAFKANKU....

Jam di handphoneku menunjukkan pukul 6.57 am…. Arghh!!! Inilah kali pertama aku lewat bangun untuk solat subuh berjemaah di surau dan bertahajjud kepada Sang Pencipta sepanjang berada di IPSM ini. Maafkan Aku YA ALLAH.. Diri ini amat lemah tanpa kekuatan dan hidayah daripadaMu. Maafkan diriku kerana tidak istiqamah dalam bertahajjud kepadaMu.. Maafkan diri ini jika semasa membuat coretan ini,,terdapat unsur riak dan bangga pada amalan yang tak seberapa di pandanganmu dan lindungilah diri ini dari perasaan ini yang boleh merosakkan amalanku..
Buat 2 insan yang bernama Ashraf(mad'u usrahku),,maafkan aku kerana tidak mengejutkan kalian pada subuh hari ini. Juga buat sahabat yang selalu aku kejutkan sebelum ini, maafkan aku. Hari ini,kita sama2 tidak dapat berjemaah di surau kita dek kerana aku tidak terjaga dari lena ku.. Maafkan aku sahabat..
Mungkin kerana lantaran banyaknya dosa samada yang disengaja atau tak disengajakan yang telah aku lakukan sepanjang hari sebelum aku melelapkan mata pada malam semalam. Ya Allah,,banyaknya dosaku padamu.. Aku teringat kata2 sahabatt usrahku padaku pada satu ketika kami bersembang,iaitu Rauhan.,katanya kalau kita tidak dapat bangun untuk subuh awal,maka periksalah amalan kita,,pasti banyak dosa yang kita lakukan” Ya Allah,, Ampunilah segala dosaku…..
Pada saat itu juga aku teringat bahawa aku dan rakan-rakan usrah yang lain mempunyai program di Kolej JaiPutra pada pagi ini. Kami sepatutnya bertolak jam 7 pagi. Aku terus mencapai tualaku dan tergesa-gesa ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat. Selesai solat,, aku bergegas ke bilik Izzat dan Hafiz untuk melihat samada mereka sudah bertolak atau belum. Alhamdulillah,, ternyata mereka belum bertolak. Dan yang pasti,, Mood aku pada pagi itu tidaklah begitu baik. Maafkan aku sahabat2 kerana bermasam muka pada kalian pagi itu. Inilah balasan yang ALLAH tunjuk kerana meninggalkan ibadah qiam kepadanya..

YA ALLAH...AMPUNILAH SEGALA DOSA2KU...

Jumaat, Januari 09, 2009

MAHASISWA BOLEH SERTAI PROTES ISRAEL

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA


......................

SELAIN ITU,, BOLEH JUGA DIRUJUK PADA MUKA SURAT 4 AKHBAR BERITA HARIAN YANG BERTARIKH 9 JANUARI 2009...

MUNGKIN INI DAPAT MEMBANTU MENAIKKAN SEMANGAT PARA MAHASISWA DALAM MEMPERJUANGKAN ISU PALESTIN...

..........................

Perhimpunan aman besar-besaran bantah kekejaman Yahudi di Palestin

KUALA LUMPUR: Pelajar universiti di negara ini dibenarkan menyertai perhimpunan aman yang dirancang bagi membantah tindakan kejam Israel terhadap Palestin, manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan bantahan seumpama itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian tidak mempunyai halangan untuk pelajar dan universiti menyertai bantahan itu, selaras dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lalu.

"Rakyat pelbagai lapisan dapat bersatu melahirkan pendirian kita mengenai keganasan dan saya percaya kita tidak dapat menerima tindakan yang menyebabkan kematian, kerosakan serta kesengsaraan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kepimpinan Masa Depan Malaysia di Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pelajar IPTA boleh menyertai gerakan besar-besaran bagi menunjukkan bantahan terhadap pencabulan dan keganasan Israel di Semenanjung Gaza yang akan diadakan Pemuda Umno.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam dilaporkan berkata, gerakan massa secara besar-besaran oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia melalui pertubuhan bukan kerajaan itu sudah diambil maklum dan dipersetujui oleh Kabinet.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran ketika bercakap kepada pemberita di Putrajaya, semalam berkata, pihaknya akan menggembleng lima juta pelajar dan lebih 300,000 guru dari sekolah di seluruh negara bagi menyertai gerakan besar-besaran itu.

Sementara itu, semua pihak tanpa mengira parti, kaum dan agama, termasuk NGO turut menyatakan sokongan terhadap gerakan itu dan sanggup untuk menyertai gerakan menyuarakan bantahan rakyat terhadap rejim Zionis.

Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Putera MCA dan MIC dalam waktu terdekat ini bagi mengambil langkah yang perlu untuk menyelaraskan gerakan itu.

Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata, parti itu akan mengetepikan sebarang sentimen politik dan sedia menyertai gerakan iti kerana membabitkan isu berkaitan kemanusiaan sejagat, khususnya kepentingan penduduk Palestin.

Khamis, Januari 08, 2009

PALESTIN...

Kita dan Palestin
www.iLuvislam.com
Nik Abduh Nik Abdul Aziz


Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajipan. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..

Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Palestin adalah ujian Allah

Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.


Cinta Palestin tanda iman dan taqwa

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.

Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Cerita yang panjang

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.

Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.


Allah terima taqwa di dalam dada

RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.

Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing - masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balaisah di hadapan rumah anda.

Bukan negara - negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih - buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin?

Selasa, Januari 06, 2009

MUSAFIRKU................

MUSAFIRKU…

…….................................................................................

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga aku dan sahabat2 seperjuanganku bermusafir pada 22-30hb disember. Sesungguhnya aku mengambil masa yang agak lama untuk menaip dan menyiapkan pengalaman dan ilmu yang aku dapat semasa musafir dan pengembaraan aku ini.Semoga coretan ini bermanfaat kepada diriku dan pembaca.

……………………………………………………………………………

Aku memulakan perjalananku dari rumahku ke rumah sahabatku, izzat(Pengerusi Usrah kami) di melor pada pagi isnin dengan menaiki bas. Pada petangnya kami berangkat ke rumah baba kami di kubang kerian untuk meminjam kenderaan beliau. Sesungguhnya aku begitu kagum dengan sikap murah hati beliau yang sudi meminjamkan kereta beliau ( satria neo).Baba pernah berkata kepada kami semua bahawa, beliau telah menginfakkan harta beliau untuk agama ISLAM yang tercinta ini. Baba mengatakan bahwa semua harta yang dimiliki sebenarnya adalah pinjaman daripada ALLAH sementara kita di dunia ini. Aku dan sahabat2 amat kagum dengan sikap dan peribadi beliau ini. insyaAllah,, kami akan cuba mencontohi baba kelak…

Dalam perjalanan kami singgah ke KB Mall untuk membeli sedikit keperluan. Ketibaan kami di rumah ayahanda usrah kami disambut oleh baba yang ketika itu sedang menunggu kehadiran kami sambil menaip sesuatu untuk di’post’kan dalam blog beliau. Di atas meja berhampiran laptop beliau terdapat banyak buku2 ilmiah. Terdetik juga di hati aku bahawa ceteknya ilmu yang ada pada diriku dan kurangnya pembacaan aku dalam bahan2 ilmiah dan agama.

“JIKA ALLAH BERKEHENDAKKAN KEBAIKAN KEATAS HAMBANYA, MAKA AKAN DIBERI KEFAKIHAN (KEFAHAMAN DAN ILMU) DALAM AGAMA”(hadis)
YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU AMAT JAHIL DALAM AGAMAMU..

………………………………………………………………………………

ALHAMDULILLAH, pagi itu aku dapat bertahajud dengan izzat di rumahnya.. Semasa bersiap ke masjid. Aku menerima satu sms yang amat2 indah dan beerti dari baba…


“ MOGA ALLAH MERAHMATI MUSAFIR ANTUM HARI INI…HATI2…BANYAK ZIKRULLAH..JANGAN LUPA ADAB2 MUSAFIR..LIHATLAH DAN CARILAH KEBESARAN ALLAH…MAATHSURAT BERJEMAAH DALAM MUSAFIR ITU SANGAT INDAH,JANGAN LUPA ANA DALAM DOA RABITAH ANTUM..JANGAN LUPA…UPDATE BLOG CATATAN PERJALANAN..” (23/12/2008..5:38AM)


Membaca sms ini membuatkan aku agar sentiasa meningati tujuan musafir dan kepada Allah… Semoga perjalanan musafir kami ini tidak sia2… Alhamdulillah,,sepanjang perjalanan,,kami selalu membaca ma’thurat secara berjemaah. Dan tidak dinafikan, sms inilah yang memberi kekuatan kepada aku untuk membuat coretan ini.. Semoga ianya bermanfaat..

………………………………………………………………………………..


Kami bertolak dari Kelantan ke alor star seramai 3 orang…Aku, izzat dan syazwan (kawan izzat seorang pelajar UPSI). Kami bergilir2 memandu kereta sepanjang perjalanan ke Alor Star.. Ketika kami singgah di Masjid Titi Taduri,baling,, kami melihat ada jenazah sedang disembahyangkan. Ia mengingatkan kami bahawa kematian itu pasti datang..
“SETIAP YANG BERNYAWA PASTI MERASAI MATI”
…………………………………………………………………………………….


Ketibaan kami di alor star disambut mesra oleh keluarga akh fazli (bendahari usrah kami). Sesungguhnya sambutan dan layanan yang kami terima sepanjang berada di rumah akh fazli amat mesra. Makan minum kami semuanya dibiayai oleh akh fazli..Segan juga dibuatnya. Tetapi, bagi keluarga beliau, mereka amat menghormati tetamu. Terima kasih akh!!! Kami dibawa ke beberapa tempat menarik sekitar Bandar alor star. Kami tidak melepaskan peluang ini dengan mengambil gambar2 pemandangan yang menarik,,antaranya, Masjid al-Bukhari..

………………………………………………………………………………..

Kemudian kami berempat(ditambah dengan akh fazli) berangkat ke Kuala Kangsar dengan mengekori kereta Akh Nabil Fikri yang kebetulan datang bersama ibunya ke jitra bagi menghadiri kenduri kahwin. Seperti di alor star, di Kuala Kangsar juga,kami mendapat layanan yang cukup mesra dari keluarga Nabil..Sesungguhnya aku berasa amat selesa dengan layanan daripada keluarga akh Fazli dan Nabil. Moga ALLAH merahmati keluarga mereka..Amin..


………………………………………………………………………………………..
Pada pagi jumaat, Kami kemudiannya menuju ke Tanjung Malim untuk menghantar syazwan(lebih mesra dengan panggilan pok we) ke rumah sewanya.Kemudian kami sempat melihat sekitar kawasan kuala kangsar.


……………………………………………………………….…………………..
Kami kemudian menuju ke Cheras untuk menginap di rumah abang kepada akh Fazli. Beliau juga seperti adiknya, amat mesra dalam melayan kami sebagai tetamunya. Kami menginap di sana selama 2 malam.


…………………………………………………………………………………….
Pagi sabtu kami menuju ke Muzium Shah Alam untuk Perhimpunan Karisma Nasional 2008 dan Karnival Simbiosis Belia dan Masyarakat. Sahabat kami, Hafiz Qayyum, Abd Ghaffar dan Rauhan turut datang ke program ini. Hafiz menaiki bas dari kuantan,, Ghafar kebetulan sedang berada di rumah abangnya yang menuntut di Uitm manakala Rauhan datang dari Melaka bersama adiknya. Sesungguhnya banyak ilmu dan kenalan yang kami dapati sepanjang 2 hari disini. Antara yang dapat aku bertemu ialah akh Zhafri dan Akh Fitri. Akh Zhafri ialah sahabat semasa di kolej Mara Kulim, Kedah manakala Akh Fitri merupakan senior aku semasa aku belajar di KISAS,klang. Semoga segala yang kami dapat semasa program ini akan membantu dalam perjuangan kami di bumi Ipsm kami.

……………………………………………………………………………………..

Pada hari terakhir di sana, kami sempat meronda2 di Putrajaya, Bangi dan DarusSyifa’.. Kami sempat membeli buku karangan Dr Haron Din untuk memudahkan pembelajaran Kuliah Perubatan Islam kami di maktab nanti..

………………………………………………………………………………………

Kami bertolak pada petang ahad iaitu akhir zulhijjjah dan kami membaca doa akhir dan awal tahun di dalam kenderaan.. Sungguh indah perjalanan kami ini!!.. SALAM MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA!!!!!!!!!!!!!
Malam itu kami sekali lagi menginap di rumah Nabil di Kuala Kangsar. Esoknya kami meronda sekitar Bandar Kuala Kangsar yang dikenali sebagai Bandar Diraja. Kami sempat menginap di rumah saudaraku di Sayong sebelum membeli sedikit buah tangan di sayong yang terkenal dengan pembuatan Labu Sayong dan Kraftangan. Alhamdulillah, pemilik kedai kraftangan itu bermurah hati menunjukkan demonstrasi pembuatan kraftangan berasaskan tanah liat itu.. Semua ini tidak kami rancang tetapi seolah2 Allah mempermudahkan segala urusan kami.
Terima Kasih YA ALLAH!!!!!!

……………………………………………………………………………………

Pada tengahari itu, kami berangkat pulang ke Kelantan untuk masing2 membawa diri ke destinasi yang dituju. Aku menginap dirumah Saudara Hafiz malam itu dan keseokan paginya menumpang kereta sepupunya untuk pulang ke Terengganu. Di sana layanan yang diterima amatlah mesra. Manakala, Izzat dan abg Fazli menghantar kereta ke rumah baba. Tetapi rupa2 nya baba sekeluarga berada di Cameron Highland.
Aku menumpang kenderaan sepupu hafiz,,iaitu Abang Taqiuddin dan isteri beliau. Aku kagum dengan beliau yang merupakan seorang hafiz Al-Quran dan Berjaya dalam kerjaya beliau. Menurut Hafiz, suara beliau seakan sama dengan Sheikh Abdur Rahman Sudais..
Alhamdulillah,akhirnya aku selamat tiba di rumahku pada kira2 jam6.50 ptg..

…………………………………………………………………………………….

Sesungguhnya Terlalu banyak perkara yang aku dapati sepanjang musafir kali ini,,,Apa yang tidak dapat dilupakan pastinya kenangan indah bersama sahabat2ku,,,,Terima Kasih Sahabat Untuk Ukhwah ini!!!
Dan pastinya Layanan MESRA dari semua pihak sepanjang musafir kami kali ini………..
TERIMA KASIH!!!!!!!!!

…………………………………………………………………………………….

‘APAKAH KAMU TIDAK MELIHAT(BERMUSAFIR) DI MUKA BUMIKU INI, DAN KAMU LIHAT APA YANG BERLAKU KEPADA KAUM2 SEBELUM KAMU………….”

MARILAH BERMUSAFIR DAN MELIHAT KEBESARANNYA!!!!
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template