Jumaat, Januari 28, 2011

Perjalanan Cuti Akhir Tahun 2010

Assalamualaikum..

Untuk post kali ini,, insyaAllah saya ingin berkongsi ttg beberapa program dan perjalanan saya yang telah saya ikuti sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2010 yang bermula 16 Nov 2010 hingga awal januari 2011...

Kursus Pengukuhan TIAF

Pada 19hb Nov 2010 iaitu hari raya korban ke-3, saya memulakan perjalanan saya ke Kuantan untuk mengikuti Kursus Pengukuhan Terapi Islam Al-Fatah(TIAF) pada 20-21 November yang bertempat Kompleks Dagangan Mahkota Indera Mahkota..

Ketibaan saya di Terminal Bas Kuantan disambut mesra oleh Sahabat Tiaf, Cikgu Nuar bersama zaujah dan anak beliau. Saya dibawa oleh Cikgu Nuar untuk menginap di tempat kursus. Kemudian, saya berpeluang untuk makan malam bersama keluarga Cikgu Nuar dan keluarga Ustaz Wan Asrul. Banyak perkara yang dapat saya kutip sepanjang bersama 2 tokoh hebat ini.

Dan selama 2 hari berkursus, banyak ilmu yang dicurahkan oleh Ustaz Wan Asrul. Semoga Allah merahmati Guru saya ini..



Barisan Muallij Islam Bergambar sebelum berpisah


Terima kasih Ustaz Wan Asrul

Jutaan terima kasih kepada Ustaz Wan Asrul atas segala ilmu yang dikongsi.. Dan tidak dilupa kepada Cikgu Nuar,selaku penganjur kursus yang bersusah payah membantu saya sepanjang di Kuantan..
Semoga Berjumpa lagi....

...................................................................

TEMERLOH

Selesaia sahaja program di kuantan, saya meneruskan perjalanan saya ke Temerloh... Bandar yang terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin ini akhirnya dapat juga saya jelajahi..
Saya telah menumpang salah seorang peserta kursus,iaitu Cikgu Rahim.

Destinasi saya ialah rumah Ashraf.. Junior saya di IPG KSM.. Tujuan utama saya ialah nak merasa masakan IKAN PATIN ibunya. Saya berkesempatan dibawa melawat sekitar bandar Temerloh sepanjang menumpang di rumah ashraf..

Terima Kasih Ashraf...


Kem Remaja Cemerlang

Pada 6-8 Dis 2010, saya dijemput oleh rakan sepengajian saya di Darussyifa' KT untuk menjadi Fasilitator Kem Remaja Cemerlang di Madrasah Insaniyyah, Setiu,Terengganu.

Kem selama 3 hari ini memfokuskan kepada penguasaan dan pemahaman tentang ibadah.

Semoga peserta2 kem mampu menjadi remaja yang cemerlang dan menyumbang pada agama..


sebahagian peserta kem


AWARENESS THROUGH MOSQUE TOUR (ATMT)

Alhamdulillah pada 13-15 Dis 2010, saya berpeluang menjadi salah seorang peserta program ATMT yang bertempat di Masjid Negeri Terengganu iaitu Masjid Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih.

Program ini merupakan salah satu usaha dakwah kepada Bukan Islam dalam mengenalkan Islam melalui lawatan ke Masjid. Peserta kem didedahkan cara berkomunikasi dan pengetahuan yang perlu ada khusus untuk dakwah golongan Bukan Islam sepanjang lawatan mereka ke Masjid.

Kursus yang dijalankan dalam bahasa inggeris ini telah disampaikan oleh Syed Raziuddin Ali iaitu,. Ahli Discover Islam, Bahrain.. http://www.discoverislam.net/

Sesungguhnya banyak yang diperoleh melalui kursus selama 3 hari ini khusus dalam berdepan dengan golongan Bukan Islam dan berhujah serta dakwah kepada mereka.




Bergambar bersama barisan peserta


Ceramah oleh Syed Ali


Sesi Praktikal sbg Pemandu Pelancong Masjid


SEMINAR SAINS SOLAT


Pada 20 dis 2010 bertempat di Wisma Darul Iman, saya berpeluang mengikuti Seminar Sains Solat anjuran Kerajaan Negeri Terengganu sempena smbutan Maal Hijrah.

Pembentang kertas kerja untuk seminar ini ialah Prof Madya Dr Fatimah Bt Ibrahim, dari Jabatan kejuruteraan Bio- Perubatan, Universiti Malaya.

Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah:
  • Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains
  • Solat sbg Terapi Sakit Pinggang & Terapi Kuruskan badan
  • Solat: Merawat Mati Pucuk
Penyampaian yang menarik dan sangat memberi input2 yang berguna kepada saya sebagai muslim. Barulah kita rasa beharganya Solat yang kita lakukan selama ini.
Sesungguhnya Solat merupakan satu kurniaan yang amat besar dan tidak terhingga dari Allah..

Untuk Pembaca, Persoalannya,,,
Sedangkan Sains pun membuktikannya..
Jadi,, adakah hujah lagi untuk kita meninggalkannya??

KEM TASAWWUR ISLAM

Pada 28 Dis 2010, satu kem tasawwur Islam telah diadakan untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah yang sedang bercuti.

Kem yang disertai hampir 40 orang peserta ini bertujuan untuk membina tasawur islam dalam diri mereka serta mempertingkatkan sahsiah islamiah peserta.Saya diamanahkan sbg ketua fasilitator untuk mengendalikan kem ini,

Semoga program sehari ini mampu memberi impak positif kepada para peserta khusus memahami tasawur Islam dan mengadaptasi dalam kehidupan seharian mereka..


Bergambar bersama peserta dan rakan2 fasilitator


............................................


Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang akhir 2010 ini akan menjadi bekal kepada "perjalanan sebagai seorang bakal pendidik"..

Sesungguhnya semua perjalanan yang telah saya tempuh sepanjang 2010 tidak akan dapat saya lalui tanpa Izin dan KurniaNya..

Maha Besar Kurnia Mu Ya Allah..

Sekian sahaja perkongsian saya..
Terima Kasih...

1 ulasan:

dya adriza berkata...

seronok! program yg bermanfaat..

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template