Ahad, Oktober 10, 2010

RESDUNG..

Alhamdulillah.. Kuliah ke 9 bagi Kelas pengubatan islam telah diadakan pada Jumaat,, 8/10/10 di Darussyifa’ Kuala Terengganu. Kuliah kali ini membincangkan mengenai masalah resdung dan cara merawatnya.

Kuliah ini telah disampaikan oleh Ustaz Hj Abd Rashid dari Darussyifa’ Bangi. Ustaz Abd Rashid dikenali sebagai Pakar Resdung di Darussyifa’.

Rasanya dah lama saya tidak bercerita mengenai perubatan islam. InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi pada kuliah ke 9 ini.


Pengenalan Penyakit Resdung

Resdung atau sinusitis merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya keradangan pada rongga sinus. Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada pada tulang muka.

Biasanya lendir dihasillkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalurkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan berkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman.


Punca Penyakit Resdung

Antara punca berlakunya masalah resdung:

1. Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulangkali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema.Penyakit ini sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung seperti ‘polyps’ dan kanser.
2. Struktur tulang hidung yang tidak normal.
3. Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak
4. Tabiat menyelam di air sungai yang tercemar
5. Merokok,terdedah kepada hama,makanan laut,bulu binatang dan bahan kimia.
6. Keturunan

Gejala dan Tanda Penyakit Resdung

1. Hidung tersumbat
2. Hidung berhingus
3. Muka terasa sakit dan berat terutama pada bahagian antara mata
4. Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
5. Gejala alahan

Menurut Ustaz Rashid, terdapat 2 kategori penyakit resdung:

1. Sakit fizikal (seperti diterangkan di atas)
2. Ada unsur gangguan makhluk halus

Ketika beliau menerangkan mengenai ciri penyakit resdung yang berpunca dari gangguan makhluk halus, seorang pelajar wanita tiba-tiba kerasukan.

Kaedah dan Doa Rawatan Penyakit Resdung ( Sakit Fizikal)

1.Kombinasi Doa

1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa penghilang Kesakitan
5. Surah al-Isra’ ayat 82



2.Menggunakan kaedah Bekam kain lilin

1. Lumurkan kain putih sebesar 5 x 13 cm dengan lilin yang telah dicairkan.
2. Gulung kain putih tersebut
3. Biarkan ianya sejuk
4. Bakar hujung bekam dan letakkan hujung yang tidak dibakar pada kulit muka(kedudukan tertentu)
5. Buang apabila 2/3 kain tersebut terbakar
6. Dilakukan selama 3 hari




Ustaz Hj Abd Rashid memberikan kuliah




Demo cara menyediakan bekam kain lilin





Demo cara menggunakan bekam kain lilin



Kesan selepas bekam




Semoga perkongsian ini memberi manfaat..Sekian..

1 ulasan:

handout berkata...

terima kasih banyak sudah berbagi,.
moga sukses selalu.
jika ingin tau profil saya silahkan kunjungi..
click this

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template