Isnin, Mei 04, 2009

ABJZ

Anda Bijak Jauhi Zina!!!!

Pada hari jumaat, bersamaan 1 mei 200,, bertempat di Politeknik Sultan Mizan, Dungun,, telah dianjurkan Training of Trainer Anda Bijak Jauhi Zina (TOT ABJZ). Baba dan isteri serta ahli usrah kami menyertainya. Alhamdulillah, Aku berpeluang menghadirinya..







Program ini bermula sekitar 8.30 pagi dan berakhir sekitar 6 petang. Ianya merupakan anjuran Wanita JIM dan Raudhatus Sakinah… Banyak info2 dan perkongsian ilmu yang dapat diambil sepanjang program ini.
Program ini bertujuan melatih kami untuk menjadi fasilitator kepada program2 ABJZ dan sekaligus memperhebatkan kempen Anda Bijak Jauhi Zina. Banyak pengisian sepanjang program ini yang disampaikan oleh penceramah2 yang hebat dalam bidang ini khususnya dari pihak Raudhatus Sakinah itu sendiri.
Kami didedahkan tentang cara2, prosedur dan modul dalam menganjurkan program ABJZ… Ianya tidaklah sukar tetapi memerlukan kesungguhan diri.






ZINA…

Ianya merupakan isu yang besar hinggakan Allah menyatakan di dalam Al-Quran mengenai larangan kepada hambanya agar “JGN MENDEKATI ZINA”.. Jelas,, untuk mendekatinya sudah dilarang oleh ALLAH,, apatah lagi melakukannya..
Sebagai umat Islam kita percaya bahawa setiap yang dilarang ALLAH dan Dibataskan Agama ada sebabnya tersendiri…
Contohnya, Didalam seminar ini kami didedahkan kepada kesan2 buruk akibat ZINA..
Antara Akibat ZINA ialah,, tersebarnya wabak2 HIV yang membawa kepada penyakit AIDS,, Peningkatan kes Buang Bayi,,, Gugurkan Janin,,, Menjatuhkan maruah keluarga,, Merosakkan Nasab keturunan,, Penyakit2 kelamin dihidapi khusus kepada pelaku zina,, dsb..





Dan paling besar ialah mengundang KEMURKAAN dari ALLAH.. Dan tidak dapat dinafikan bahawa berlaku kerosakan di muka bumi adalah dari kemurkaanNya lantaran dari banyaknya dosa dan maksiat yang kita lakukan,..

Angka menunjukkan pertambahan bilangan kes2 buang bayi dan zina khususnya di Negara Malaysia yang kita cinta dan sayangi ini. Maka,,perlulah kita sama2 mengurangkan masalah ini..

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI???? >>>>TUGAS PENDIDIK???<<<<<

Memang,, tidak dapat dinafikan bahawa mencegah adalah lebih mudah dan baik dari mengubati.. Disini, kita lihat IBU BAPA perlulah memainkan peranan mereka khususnya mendidik anak2 mereka dengan didikan AGAMA. Sesungguhnya Agama adalah benteng pertahanan kepada mereka dalam kehidupan ini. Dan Agama Jugalah membezakan HALAL dan HARAM.. Jadi,, jika anak2 terdidik,, maka kes2 Zina dapatlah dikurangkan,, insyaALLAH….

Dari tugas seorang pendidik atu Guru juga penting.. guru perlulah memainkan perananya dengan Semaksima mungkin dalam menangani hal ini. Jika kita lihat,, masa yang dihabiskan oleh seorang kanak2 adalah lebih banyak dihabiskan di sekolah. Maka, guru perlulah memankan peranan mereka sebagai Muaddib dan Murabbi. Penerapan unsur keagamaan perlu dalam setiap subjek yang diajar,. Beban ini tidak seharusnya diletakkan diatas bahu guru2 yang ber”title” USTAZ atau USTAZAH,, tetapi semua guru atau saya lebih suka gunakan PENDIDIK perlulah memainkan peranan SEMAKSIMA mungkin dalam menangani isu ZINA..

Dan dai aspek Undang2 juga, tdk dapat kita nafikan amatlah penting.. Sebab itulah Islam memperkenalkan Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir.. Undang2 ini bukanlah untuk MENGHUKUM tetapi ianya lebih kepada MENCEGAH.. Contohnya,, bukanlah senang2 Islam menjatuhkan hukuman potong tangan terhadap pencuri,,tetapi ia perlu kepada proses2nya..Senang cerita,,payah r nak jatuhkan hukuman ini kalau x cukup syarat2 agar mengelak ketidakadilan atau kezaliman berlaku.. Tetapi undang2 islam dilihat dapat MENCEGAH,, maklumla,, siapa yang x sayang tangan.. So,, xda siapa yang berani mencuri..i’Allah.. Yang perlu,, kita WAJIB YAKIN kepadaNYA… Maklumlah,, ALLAH pencipta kita,, maka DIA tahu apa yang terbaik untuk semua Hambanya..

Kesimpulannya,, semua ini terhasil dari didikan… Maka Tugas PENDIDIK AMAT PENTING… untuk didik masyrakat menjadi Ibu Bapa yang baik,, Mendidik Masyarakat kembali kepada AGAMA..
Moga ALLAH menjadikan aku seorang PENDIDIK yang Berjaya mendidik diri dan masyrakat…


Terlepas Pandang……..
Bercakap mengenai topiK ini sebenarnya lebih menghentam diri sendiri… Apa tidaknya,,, Jika diperhalusi,, sebenarnya zina itu banyak jenisnya..
Zina mata, Lidah,, Hati dan semua organ deria… Semoga diri kita sentiasa ingat kepadaNya dan cuba menjauhi Zina yang Besar atau kecil…

Akhir kalam…

ANDA BIJAK JAUHI ZINA

2 ulasan:

aNnisha berkata...

salam...
undang2 kurg penguatkuasaan..so org xkesah....byr dende je pastu wat lg...

ummu berkata...

assalamualaikum..memang berat tugas pendidik.bukans etakat mengajar A B C je...

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template