Selasa, April 07, 2009

PERBEZAAN??






Alhamdulillah dapat juga aku menaip untuk post kali ni.. Terima kasih kepada insan yang bertanya soalan. Sebenarnya ia memberi aku idea untuk menaip pada post kali ini.


Seringkali kita mendengar soalan tentang perbezaan istilah2 dalam agama Islam.. Antara biasa yang kita dengar dan bincang adalah: apa beza Sifat Ar-Rahman Allah dan sifat Ar-Rahim Allah.,Beza ayat Makiyyah dan Madaniyyah,, Beza Iblis dan Syaitan,,, Beza dosa kecil, dosa besar dan pahala,, beza Taufiq dan Hidayah,, beza Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah dan banyak lagi. Dan persoalan yang timbul inilah menunjukkan betapa pekanya seseorang individu itu dan semangat inkuirinya dalam menambahkan penetahuan agama mereka.. Tahniah kepada yang bertanya soalan kepada saya tu..


Hmm.. Ok la,, Sebelum saya terangkan, saya akui bahawa saya bukanlah orang yang benar2 layak dalam membincangkan hal ini.. Tetapi ini adalah sekadar sedikit perkongsian ilmu.. Biarla sy terangkan serba sedikit pasal beza Taufiq dan Hidayah… Ada perbezaan antara kedua ini.. ???Pastinya bezanya bukanlah ,, JANTINA BERBEZA!( maklumla,, kalau sekali dengar pasti kita fikir hidayah dan taufiq ni merupakan seorang lelaki dan perempuan)maaf…Sekadar gurauan..


Ok la, Kalau dilihat dari sudut maksud tu, HIDAYAH adalah petunjuk dan ilham dari Allah kepada hambanya(alquran dan assunnah).. Kita sebagai umat ISLAM seharusnya bersyukur kerana dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN… Taufiq ni plak dapatlah ditafsirkan sebagai kekuatan yang menggerakkan kita kepada hidayah yang ALLAH kurniakan itu dan mengamalkan semua ajaran2 ISLAM... Contohnya begini: Kita Sebagai Umat Islam,,, Allah kurniakan Hidayah untuk kita agar mengerjakan IBADAH seperti SOLAT.. Contoh,, Bila kita terdengar azan,, kita terdetik bahwa kita perlu SOLAT.. Tetapi,, kalau tanpa TAUFIQ,,kita xkan mampu melakukannya.. Kerana TAUFIQ la yang menggerakkan kita melakukan SOLAT.. Perumpamaannya beginilah,,,. Kita dah duduk dalam Kereta (simbolik bg agama ISLAM),, Pastu,, kita perlu ke MYDIN,, (simbolik SOLAT) sebab nak beli barang2 keperluan.. Then,, Katakan,, MINYAK habis or ENJIN rosak ( simbolik kpd TAUFIQ),, mana mungkin kita dapat ke destinasi kita..





Maka,, disini kita lihat betapa pentingnya Taufiq dan Hidayah Dari ALLAH.. So,, xleh r kita berbangga dengan amalan2 kita,, mana la tau,, tetiba ALLAH tarik NIKMAT TAUFIQ DAN HIDAYAH ni..Marilah Sama2 kita MenSyukurinya..
Kalau ada tersalah dan silap tu,, arap diperbetulkan dan ditegur..Maklumla,, sy bukanla benar2 Faqih dalam permasalahan agama..Sekada berkongsi ilmu yg ada..
Renung2kan dan Selamat Beramal..=p

5 ulasan:

Noorsyahida berkata...

=)
baru tahu ada bezanya taufik dan hidayah.. sebelum ni tak pernah terdetik dihati untuk tanya perbezaan ni,(jahilnya ilmu didada..)

moga sama2 ditetapkan hati...

apapun, beza mana pun kita..ayuh, cari persamaan

"mencari titik persamaan dalam perbezaan"

Muhammad Ubaidullah berkata...

"mencari titik persamaan dalam perbezaan"

Bagusla ungkapan ini.. Papepun terima kasih...=)

Noorsyahida berkata...

hurm.. semua manusia berbeza kan.. perselisihan faham selalu berlaku..
tapi, nak mencari persamaan dalam perbezaan tu..sukar...

Hafzi berkata...

Teringat pesan ustazah..

"sepatutnya,kita doa 'Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan taufiq'" hehehe..
ape2pun moga dapat kedua-duanya..

Sama itu lebih baik daripada daripada mencari persamaan =) hehehe

PIC berkata...

thanks...

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template