Ahad, Mac 29, 2009

SIHIR????





SEJARAH SIHIR


Sihir telah difirmankan oleh Allah s. w. t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a. s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s. a. w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR


Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka” (Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat Ar-Rasul s. a. w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah ijmak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit penyakit”.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah swt. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.

3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s. a. w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s. w. t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah swt.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s. a. w. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi” - pengikut-pengikut

9. Al Qarna” - pengawan-pengawan

10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur






CARA PAGAR DIRI DARI KENA SIHIR???


(Imam Malik)
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.”


MEMAGARI DIRI DARI SIHIR
Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1)


Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.

Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah,dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.

Riwayat al Bukhari.


Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci’”

Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.

Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.’

Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir. Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur ingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”

Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :
Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.

Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”

Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.

Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:

“Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:

“Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu”. Riwayat al Bukhari.




>>>>PERUBATAN ISLAM<<<<<

1 ulasan:

Abuuwais berkata...

artikel yang baik..dapat menambahkan ilmu dan ruang pengalaman baba dalam berubat...tapi orang yg banyak pengalaman sudah dapat ilham utk menyerap ilmu dan diubahsuai utk diamalkan sesuai dengan diri sendiri...
elok kalaau anta tulis semula kuliah baba dulu dan diletakkan dalam satu blog khas..tapi bagi baba baca@edit dulu sebelum post...mudahan boleh jadi panduan utk lebih ramai orang

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template