Isnin, Januari 19, 2009

Hari lahir...

Selamat hari lahir ummi!!! Aku menelefon ummi pagi tadi bagi mengucapkan ucapan ini. Saat itu ummi baru sahaja bangun dari tidur dek kerana panggilan aku. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungimu.Tanggal 19 January tahun ini,iaitu hari ini,usia ummiku sudah mencecah 44 tahun.. Ummi hanya meminta agar mendoakannya menjadi ibu dan isteri solehah..
Sesungguhnya beliau merupakan ibu yang begitu hebat. Ummiku Mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan dan memberi kasih saying kepada 9 orang anak.Maafkanku kerana sering berkasar denganmu dan sering melawan cakapmu..Akanku cuba menjadi anak yang soleh buat abu dan ummi.

Buat abu,, pada 4 Febuari ini, genaplah umurmu berusia 48 tahun. Selamat hari lahir Abu!!! Beliau adalah ketua keluarga kami yang begitu gigih berusaha dan kuat bekerja demi menyara, memberi nafkah dan membesarkan keluarga kami. Sifat sabar dan ketenanganmu amatku kagumi. Antara amalan yang selalu abu amalkan ialah, Abu tidak pernah meninggalkan solat dhuhanya,. Walau mendapat pelbagai masalah, beiau amat tabah.

Semoga Allah merahmati kita sekeluarga dan menyatukan kita di syurga kelak,,Insya Allah..

…………………………………………………………………………
Sesungguhnya lagu ‘Lafaz Yang Tersimpan” amat bermakna kepada diriku. Aku amat payah meluahkan perasaanku kepada kedua ibu bapaku.. Semoga Allah sentiasa merahmati kedua ibu bapaku. Terima kasih atas didikan abu dan ummi.

1 ulasan:

Abuuwais berkata...

Allah tahu apa yang ada dlam hatimu nak...kerana dia sentiasa ada dalam hatimu dan malah lebih dekat dari dirimu sendiri.Tapi ramai ubu2 di Palastain yang kehilangan semua anak-nya malah suami mereka telah syahid. Kita yang masih ada peluang ini, gunakan masa sepenuhnya utk berjihad. Belajarpun suatu jihad kerana kebangkitan umat ini berada ditangan rijal-rijal sepertimu. Baba sentiasa berdoa moga Allah merehmati setiap langkahmu...menuju jalanNya yang lurus dan meluruskan anak2 generasi yang dahaga tarbiah dari Murabbi sejati...be a good muslim and a great teacher.

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template